"Joe tinggal kat mana?". Saya bertanya dengan penuh perasaan ingin tahu.
"Tinggal kat bandar, haritu lari balik rumah berbuka dengan mak". Jawab Joe sambil melontarkan senyuman manisnya pada saya.
Berbekalkan wang yang diberi oleh kawannya yang turut sama melarikan diri, Joe pulang ke rumah. Seronok katanya bersama mak dan akhirnya orang di rumah kebajikan mengambil mereka semula. Erm, terus teringat mak di rumah.Alhamdulillah detik seketika bersama mak minggu lepas cukup untuk melepas rindu walau hanya dengan pelukan dan melihat wajahnya.
Antara tiga orang adik lelaki di bawah perhatian saya, Joe yang paling mendengar kata dan tekun melaksanakan tugasan yang saya beri. Mereka mempunyai masalah lambat tangkap dalam pelajaran. Tinggal lagi setahun mereka bakal berhadapan dengan UPSR. Melihat mereka bertiga saya teringat akan Aiman dan Dzakwan di rumah.Huhu.Adik yang suka bermanja-manja setiap kali kakaknya pulang ke rumah.
Sungguh,Joe, Faris dan Sufian benar-benar mahu menjadi seperti kanak-kanak lain. Mereka kekurangan belaian dan kasih sayang. Melalui perbualan dengan mereka jelas menampakkan ketidakseronokan berada di situ. Hanya dengan ilmu nasib mereka bakal berubah. InsyaAllah. Sebelum pulang sempat meninggalkan bait kata-kata motivasi buat mereka beserta pesanan agar mereka menyimpannya dengan baik.
Jangan terus berasa selesa dengan keadaan sekarang. Sungguh tanggungjawab melebihi masa, benarlah kata-kata Hassan Al-Banna. Allah jua sebaik-baik Penolong dan tempat bergantung. Mak, abah doakan anakmu ini agar terus kuat di sini. Bersedia untuk minggu mendatang yang menjanjikan seribu macam perkara. Semuanya dalam aturan Ilahi Rabbi.
Akhirul kalam, Salam Ramadhan Kareem. Banyak sudah peluang yang Dia beri.Hargailah kerana esok tidak semestinya ada buat kita bukan?
1 comment:
sian nyer joe..
program under faci team ke?
program ape ni?
Post a Comment