Monday, August 30, 2010
Arwah syahid...Allahu Allah..
Selamat berburu!
Rasulullah s.a.w bersabda"
"Barang siapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
(Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759)
Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha
"Adalah Rasulullah s.a.w, apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencanngkan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya"
(Hadits Riwayat Bukhari 4/233 dan Muslim 1174)
Juga dari Aisyah, (dia berkata) :
"Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya"
(Hadits Riwayat Muslim 1174)
Selamat memburu malam Lailatul Qadar, malam yang sungguh istimewa yang tidak ada pada bulan-bulan Allah yang lain. Ayuh jangan lepaskan peluang ini, hanya mereka yang terpilih dapat merasai kemanisan malam itu dengan syarat bersungguh-sungguh dan hanya mahukan redha-Nya.
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul afwa fa’fu’annii“
Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku
Sunday, August 29, 2010
Sekadar memekik "MERDEKA"?
Wednesday, August 25, 2010
Pecutan keampunan
Monday, August 23, 2010
Ampunkan kami Ya Rabbul Izzati...
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum pandai berbahasa arab…
Bagaimana kamu mahu memahami quran?
Bagaimana kamu mahu solat?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum qiam setiap hari…
Bagaimana kamu mahu menjaga hubungan dengan Allah?
Bagaimana kamu mahu mendokong perkataan berat ini?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum hafaz quran…
Bagaimana kamu mahu berhujah untuk Islam?
Bagaimana kamu mahu solat dan qiam?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum berdoa dalam setiap perkara…
Bagaimana pergantunganmu dengan Allah?
Bagaimana kamu amal diterima?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu masih ada takabbur dan ego…
Bagaimana kamu mahu masuk syurga?
Bagaimana kamu mahu jumpa dengan Allah?
Wahai Muslim…
Kami tidak risaukah?
Kamu masih belum berubah…
Bagaimana cara kamu ambil misi Allah ini?
Bagaimana kamu boleh terus leka?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum infaqkan seluruh kamu?
Bagaimana mahu berjihad?
Bagaimana mahu hidup mulia atau mati sebagai syuhada?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu siapa sebelum menyertai saff ini…
Bagaimana kamu sanggup campur adukkan pemikiran lamamu dengan saff ini?
Bagaimana kamu menjadi beban kepada saff ini?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum jaga pandanganmu…
Bagaimana kamu mahu menjaga kemaluan?
Bagaimana kamu mahu kahwin?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum sanggup mati untuk Islam…
Bagaimana kamu mahu Islam bangkit?
Bagaimana kamu mahu masuk syurga?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum hidup dengan Allah…
Bagaimana cinta kamu terhadap Allah?
Bagaimana cinta Allah kepada kamu?
Wahai Muslim…
Kamu tidak risaukah?
Kamu belum jaga hati kamu betul-betul…
Bagaimana kamu mahu jaga perkara lain?
Bagaimana kamu mahu jadi Muslim?
Wahai hatiku..
p/s: thanks to my junior
Friday, August 13, 2010
Joe
Thursday, August 5, 2010
Hati-hati sayang...
Menurut Mereka Dr Ahmadinejad Kafir
Saat menziarahi Nabi Muhammad saw, dia juga bersolat di raudhah.
Dia juga mencari 'ketenangan' ketika wukuf di Arafah.
Tetapi menurut sesetengah kita yang tak habis mengkaji dan mengaji - Dr Mahmoud Ahmadinejad dan sekian syiah adalah kafir. Hadis Rasulullah saw yang terdapat dalam Sahih Bukhari nombor 5752 bererti:
"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan 'Wahai Kafir', maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya."
Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi saw.:
بَيْنَا اَنَا قَائِمٌ اِذَا زَمْرَةٌ حَتَّى اِذَا عَرَفْتُهُمْ خَرَجَ رَجُلٌ مِنْ بَيْنِى وَبَيْنَهُمْ فَقَالَ هَلُمَّ، فَقُلْتُ اَيْنَ؟ قَالَ إِلَى النَّارِ -وَاللهِ- قُلْتُ وَمَا شَأْنُهُمْ؟ قَالَ اِنَّهُمْ ارْتَدُوْا بَعْدَكَ عَلَى اَدْبَارِهِمْ القَهْقَرَى، ثُمَّ اِذَا زَمْرَةٌ حَتَّى اِذَا عَرَفْتُهُمْ خَرَجَ رَجُلٌ مِنْ بَيْنِى وَبَيْنَهُمْ فَقَالَ هَلُمَّ، قُلْتُ اَيْنَ؟ قَالَ اِلَى النَّارِ -وَاللهِ- قُلْتُ مَاشَأْنُهُمْ؟ قَالَ اِنَّهُمْ ارْتَدُّوْا بَعْدَكَ عَلَى اَدْبَارِهِمْ الْقَهْقَرَى. فَلاَ اَرَاهُ يَخْلُصُ مِنْهُمْ اِلاَّ مِثْلُ هَمَلِ النَّعَمِ.ااااابشنمبش
“Ketika aku sedang berdiri, terlihat olehku sekelompok orang. Setelah aku kenali mereka, ada seorang di antara mereka keluar dan mengajak kawan-kawannya, ‘Ayuh, mari’ Aku bertanya, ke mana? ia menjawab, ‘ke neraka,’ Lalu aku bertanya lagi, mengapa nasib mereka sampai demikian? Kemudian dijawab: ‘Sesungguhnya mereka telah murtadsejak kau tinggalkan dan berbalik ke belakang (kepada kekafiran). Kemudian terlihat sekelompok lain lagi. Ketika aku kenali mereka, ada seorang di antara mereka keluar dan menyeru kawan-kawannya: ‘Ayuh, mari’ Aku bertanya, ke mana? Ia menjawab: ‘Ke neraka’ Lalu aku bertanya lagi, mengapa mereka? dijawab: ‘Sesungguhnya mereka telah murtad sepeninggalmu dan kembali ke belakang. Kulihat tidak ada yang selamat dan lolos kecuali beberapa orang saja yang jumlahnya cukup sedikit, seperti jumlah unta yang tersesat dari rombongannya.”
* Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:
يَرِدُ عَلِيَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ رَهْطٌ مِنْ اَصْحَابِى، فَيُحْلَوْنَ عَنِ الْحَوْضِ فَأَقُوْلُ: يَارَبِّ اَصْحَابِى. فَيَقُوْلُ: إِنَكَ لاَ عِلْمَ لَكَ بِمَا اَحْدَثُوْا بَعْدَكَ، إِنَّهُمْ ارْتَدُّوْا عَلَى اَدْبَارِهِمْ الْقَهْقَرَى.
“Akan (datang) di hadapanku kelak sekelompok sahabatku, tapi kemudian mereka dihalau. Aku bertanya, wahai Tuhanku, mereka adalah sahabat-sahabatku. Lalu dikatakan: ‘Kamu tidak mengetahui apa yang mereka perbuat sepeninggalmu. Sesungguhnya merekamurtad dan berpaling (dari agama).’ (Sahih Bukhari, 8/150.)
* Daripada Abu Bakrah, Rasulullah saw bersabda:
لَيَرِدَنَّ عَلَيَّ الْحَوْضَ رِجَالٌ مِمَّنْ صَحِبَنِى وَرَآنِي، حَتَّى اِذَا رُفِعُوْا اِلَيَّ وَرَأَيْتُهُمْ آخْتَلَجُوْا دُوْنِى فَأَقُوْلَنَّ: رَبِّ اَصْحَابِى اَصْحَابِى. فَيُقَالُ: إِنَّكَ لاَتَدْرِى مَااَحْدَثُوْا بَعْدَكَ.
“Akan datang menjumpaiku di telaga (haudh) orang-orang yang pernah bersahabat dan melihatku. Ketika mereka dihadapkan denganku, dan aku kenali mereka, mereka terpelanting dariku. Maka aku berseru, ‘Ya Rabbi, mereka adalah sahabatku.’ Lalu dijawab, ‘Engkau tidak mengetahui apa yang mereka perbuat sepeninggalmu.’ (Musnad Ahmad,5/48 dan 50.)
* Daripada Ibnu Umar, ia mendengar Nabi saw bersabda:
لاَ تَرْجِعُوْا بَعْدِى كُفَّارًا، يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ.
“Janganlah kamu kembali menjadi kafir sepeninggalku nanti, sebahagian dari kamu menebas leher sebahagian yang lain.”
Hadis yang sama juga diriwayatkan oleh Abu Bakrah, Jarir dan Ibnu Abbas daripada Nabi saw (Shahih Bukhari,9/63-64, Shahih Muslim, 1/58.)
Dan begitulah, kerana tak habis mengaji dan mengkaji...Dr Ahmadinejad disalahertikan. Siapakah yang untung? Amerika Syarikat dan Zionis tentunya.