Thursday, April 22, 2010

Indah rupa

Masjid An-Nur, UTP

Pelawaan adik semalam untuk menunaikan solat Subuh di Masjid keesokan harinya saya balas dengan jawapan yang penuh semangat. Sudah lama tertunggu-tunggu untuk merasai suasana beribadah di Masjid yang sering menjadi sebutan adik yang seorang ini. Pagi tadi saffnya begitu "memberangsangkan". Satu saff lelaki, lebih maju tiga saff, kata adik saya. Saya hanya berdiam diri. Sambil memikirkan masjid UIA yang masih lagi dalam proses pembinaan. Saya kira ramai yang menanti-nantikan masjid tersebut dengan harapan agar pembinaannya dipercepatkan, walaupun keutamaan sekarang adalah mahallah dan kuliah. Tetapi agak lama juga proses pembinaannya. Yang merisaukan nasib Masjid itu nanti, adakah bakal diimarahkan oleh warga UIA?Ditambah dengan pelajar lelaki yang menghuni di dalam UIA semakin berkurang.

Lihat sahaja, trend membina masjid yang mewah dan besar-besar, namun sedikit sekali orang yang mengimarahkannya. Indah rupanya, namun suasana kelam dan muram menyelubungi persekitarannya. Mentaliti orang sekarang masjid hanya untuk menunaikan solat. Inilah tanda-tanda akhir zaman. Terlalu mengagungkan binaan masjid.

Buat kaum lelaki terutamanya, jadilah kalian orang yang sentiasa rindu akan rumah Allah. Sentiasa mengejar solat berjemaah. Mengharapkan "pembimbingku" nanti seorang yang kaki masjid. Usah kalian bicara soal ummah, soal perjuangan jikalau mahu menunaikan solat berjemaah di masjid sahaja sudah liat. Paling kurang kalian berjemaah satu solat fardhu di masjid, daripada tidak langsung ke masjid, dan paling dasyat jika tidak pernah merindui rumah Allah. Kembali pada-Nya, urusan dunia tidak akan pernah berhenti mengejar kita namun terpulang pada individu, Allah menyediakan ruang yang cukup buat kita, tinggal lagi pelaksanaan.

Dalam kita mengindahkan luaran, mari bersama indahkan dalaman yang merangkumi akhlaq dan ibadah kita. Semailah buah iman sebaiknya agar tumbuh mekar dalam diri. Kerana dari iman bermula segala-galanya. Ayuh!


15 comments:

Ibnu Ghazali said...

setuju dgn pndapat akak..

solat 2org lebih baik dri 1org,solat 3org lbih baik dri 2org....
jom berjemaah @ masjid

Unknown said...

uik dah update blog..
sian ct kebosanan di bilik ku..

tu la kadang2 masjid beriya2 bina cantik2..tp yg solat berjemaah kat situ bilangan dia amat mengecewakan..

Fatimah bintun Qamar said...

amin: sama2 kejar solat berjemaah, kita nie sihat walafiat, mari gunakan anugerah kesihatan ini untuk beribadat sebanyak2nya, inshaAllah, dh sakit nnt mensyesal tak sudah

nur: ye la, tak bosan pun nur, mcm2 kita buat:)

mungkin ramai yg mendermakan duit utk membina masjid, tapi fikirkan akibatnya.berpendapat dui yg bnyak tue lagi elok tlg org miskin yg memerlukan, apa pun bagus, amal jariah, selagi digunakan org selagi itu tuan empunya badan mndpt pahala, inshaAllah..

Petiais said...

siti,

cuba tengok masjid putrajaya,

kubah dia. huih

lain macam rasanya bila tengok

alifzaimimra said...

menarik! akak jeles.. nak jugak pergi Masjid UTP. ^_^

Fatimah bintun Qamar said...

liyana: kite tak dpt tangkap, kenapa ye ngan kubah dia?dh tgk dh..hmm

k.hawa: sgt seronok kak^_^, alhamdulillah..

Petiais said...

rasa besar sangat

bina masjid untuk bermegah
serius besar sangat untuk mata aku la ;)

compare dengan masjid2 yang aku penah tgk la.

Fatimah bintun Qamar said...

lyana: hmm mmg agak besar tapi kubah nie function mengalirkan cas2, cnth dalam masjid sudah tentu aktiviti2 solat, keagamaan, jd mengalirkan cas2 positif, nie ap yg ct tau:)

bintunQamar said...

keutamaan lebih kpd lelaki.

wanita lbh baik solat dlm bilik di dlm bilik di dlm bilik.

laki2 pula lebih afdhal berjemaah di masjid/musolla

Fatimah bintun Qamar said...

ye betul tu hawa, tapi kita suka gak solat kat masjid, subhanallah tenang dan damai rasanya, bukan slalu kan solat kat msjid..:)

alifzaimimra said...

erm..tgk komen hawa, takpe kan kalau kte solat kat masjid? akak pn suka gak nak p masjid. hee~

Unknown said...

boleh ape salahnyer pegi msjd..
kalo nk merayau kuar shopping blh plak..
takkan la g masjid tak blh..huhu..

Fatimah bintun Qamar said...

nur n kak hawa: boleh je pi masjid, nggak ada masalah sih, mksud hawa keutamaan kepada lelaki:)

Petiais said...

itu ke pekdahnya

Fatimah bintun Qamar said...

liyana: haa ada faedahnya, kalau tgk golongan freemason cnthnya menggunakan simbol2 ini,kita boleh tgk kat gereja, kubah akan mengalirkan cas2 positif/negatif bergantung pd aktiviti dalam sesuatui bangunan tersebut, itu hikmahnya masjid bhgaian atsnya berbntuk kubah, bygkan jika bnyak gereja dibina, aktiviti2 memuja selain dripad Allah, sudah tentu cas2 negatif bnyak dialirkan, mempengaruhi suasana Bumi:)

Allahu'alam