Sampai sahaja, kami terus dibawa sarapan di kedai makan bersebelahan Masjid Zahir, Alor Setar dan kemudiannya "bertemu Allah" di Masjid Zahir. Selepas itu melawat-lawat sekitar Kota Alor Setar, dan malamnya kenduri tahlil di rumah Naimah.
Hari itu agak teruja kerana akan ke Maahad Derang, berusrah bersama Ustaz Hafiz, memetik salah satu kata-kata beliau, "Wadah-wadah dakwah di Bumi Malaysia umpama jenis-jenis rawatan, du'at merupakan perawat manakala mad'u pula adalah pesakit"
Alhamdulillah..Kenangan kedua di Maahad Tarbiyyah Islamiah Derang,sudah 2 tahun rasanya masa berlalu, sempat juga kami yang muslimat beramah mesra dengan adik-adik tahfiz di sana
Usrah sebentar bersama Ustaz Wahab selepas ziarah Tok dan Tok Wan Ceksue, beliau menyentuh soal niat, yang kita nampak seperti perkara biasa kerana selalu disentuh, namun jika tidak diingatkan kita bisa hanyut. Beliau mengingatkan kami mengenai kepentingan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.Sempat juga berkenalan dengan produk-produk HPA. Hasilnya saya membeli ubat gigi HPA:)
Ustaz Suparman atau lebih mesra dengan usikan Superman. Pelajar di sekolah berkata bahawa beliau belajar di Indonesia dan kemudiannya berkahwin dengan orang Malaysia. Sangat aktif juga dalam badan dakwah di sana. Hari terakhir kami berprogram dengan adik-adik Tingkatan 3,4,5 & 6 SMK Islah seramai 250 orang. Untuk pengetahuan sekolah tersebut merupakan sekolah lama seorang sahabat, Suhairi Ismail.
Walid merangkap pengarah program.Syukran Jiddan 'ala kulli hal
Bersama adik-adik dalam LDK. Pendapat saya pelajar sekolah agama sememangnya harus didedahkan dengan realiti kehidupan di luar. Sayang seribu kali sayang jika mereka hanya fokus kepada alam mereka sendiri.Ada bakat menjadi seorang yang profesional.
Seperti biasa saat akhir program paling tidak saya dan anda juga suka.Usai program kami berusrah dengan ustaz Razali, Pengetua SRI Islah (kalau tidak silap). Antara kata-kata beliau, ilmu adalah sebagai alat, fungsinya untuk membina generasi bukan mencari duit, belai juga menyentuh soal usrah dan kepentingan kenal sahabat dan musuh dalam gerakan.
Banyak lagi pengisian yang ingin dikongsikan sebenarnya. Buat sahabat-sahabat teruskan berbakti kepada ummat, ya ummat akhir zaman,demi Islam agama tercinta.Ingatlah walau apa pun yang kita rancang, Dia Perancang Yang Maha Hebat, mohon agar dia memimpin urusan kita seharian, usah sekali-kali mohon Dia mempermudahkan urusan kita. Oh ye, ini pesanan Ustaz Hafiz sebenarnya, saya sekadar menyampaikan. Salam muhasabah.Allahu'alam.
" Ya Allah, jadikan kami hamba-hamba yang sentiasa rindu dan cinta padaMu, taat dan patuh akan suruhanMu, redha dan tawakkal atas ujianMu, satukan hati kami ke jalanMu dengan penuh ketaatan, jangan palingkan hati kami Ya Allah, ampuni kami Ya Allah"
2 comments:
pengalaman yg cukup berharga..
saya kejelesan di sini..
takpe kan jeles utk perkara baik??
ngeee~~~
ye tidak mengapa nur, ada lagi tu pic yg nak cte, tapi malas..huhu
alhamdulillah..
Post a Comment