Alhamdulillah wa syukrillah..
Hari-hari yang dilalui semalam saya kira anugerah daripada Sang Pencipta. Alhamdulillah kini masih lagi bernafas. Terima Kasih Allah. Semuanya punya hikmah, ya hikmah untuk kita semai dan tuai agar menjadi pedoman buat mereka yang mahu berfikir.
Bermula dengan tamrin untuk adik-adik di Sekolah Menegah Agama Sultan Azlan Shah, Bota, Perak dan malamnya pula mengikuti konsert nasyid Kembara Sufi, gabungan artis nasyid tanah air dan antarabangsa, Azhan Atan, Rabbani dan Shoutul Haraqah. Alhamdulillah, Segala puja dan puji buatmu Ilahi Rabbi.
Banyak sungguh rasanya pengisian yang saya dapat daripada siri-siri kuliah di sekolah tersebut, lantas terus mempraktikkannya, bimbang juga ilmu di dada tanpa amal tiada gunanya. Astargfirullah. Buat sahabat-sahabat seangkatan, mari kita cuba sedaya upaya melaksanakan ilmu yang kita peroleh. Kini bulan lagi sekadar retorik, bukan sekadar manis di bibir atau juga sekadar menaip di hujung jari. Tidak lagi!Gerunlah dengan ayat Allah dalam Surah As-Soff : 2-3. Tamrin adik sama dengan tamrin kakak-kakak dan abang-abang fasi juga.Terima kasih kepada pihak sekolah atas pemberian buku "Indahnya Hidup Bersyariat".Jazakumullahu khairan kathir!Tidak sabar mahu membacanya.
Saya fikir ini adalah program keempat saya bersama dengan pelajar-pelajar sekolah Agama. Mereka punya potensi menjadi Muslim professional. Andai kesedaran tidak dipupuk dalam diri mereka sia-sia rasanya. Malu sungguh rasanya bila adik-adik memuji dan mengatakan "ilmu kakak sangat banyak"..Allah, berderau darah mendengarnya, dan saya hanya mampu diam. Allah lebih Mengetahui. Semoga Allah menjauhkan hambaNya ini daripada perasaan riak. Ilmu kurniaanya ini sangatlah cetek jika mahu dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Saya sendiri walau ke program ,merasakan diri ini yang diprogramkan. Alhamdulillah, terima kasih kepada insan-insan yang mewarnai hidup ini.
Kenangan bersama
Malamnya pula menghadiri Konsert nasyid. Saya sedaya upaya menghayati lirik-lirik lagu yang disampaikan artis-artis pada malam semalam. Subhanallah, terkesan di jiwa. Air mata tidak lagi dapat diseka pabila lagu "Untukmu Palestina" didendangkan dengan penuh semangat. Sungguh diri sentiasa mendoakan buat saudara seakidah. Untukmu Palestina tercinta, kami penuhi panggilanmu, kami kan terus bersamamu. Demi jiwa dan darahmu. Ya Allah kau kuatkan hati dan jiwa-jiwa mereka agar terus terpasak di jalan juangMu Ya Allah. Lagu-lagu yang disampaikan oleh kumpulan Indonesia ini benar-benar membuat hati tersentuh. Tidak rugi rasanya menjejakkan kaki di Dewan Canselor semalam. Salah satu objektif Kembara Sufi adalah untuk memperkenalkan hiburan sebenar dalam Islam. Persembahan montaj yang mantap dan penuh makna, khas buat penonton. Syabas kepada barisan penganjur dan juga penaja utamanya I luv Islam.Terima kasih juga padamu wahai adikku. Percutian 4 hari 3 malam di UTP ini tidak sia-sia, insyaAllah. Mudah-mudahan.
Akhirul kalam, mari bersama mendoakan saudara seakidah kita. Mereka terpilih berjuang di sana, kita? Hanya bergoyang kaki di sini atau mahu bersama-sama mereka. Dalam erti kata jihad kita jihad melalui penulisan, pemboikotan dan tidak lupa untuk terus mendoakan mereka. Ingat Jiwa dan darah mereka juga milik kita. Segores luka di jalan Allah akan menjadi saksi pengorbanan mereka di Padang Masyar kelak. Allahu Allah...Salam mujahadah buat semua. Salam muhasabah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah perjuangan yang saya dan mungkin juga kalian lakukan ini sangat kecil, semoga ada nilainya di sisi Ilahi. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment