Tuesday, April 6, 2010

Al-kisah Al-Takathur


Usai solat berjemaah saya memanggil Aiman, Dzakwan dan si kecil Adam.

"Cepat ambil quran ngaji ngan akak". Pantas diri memberi arahan. Kebetulan juga abah belum lagi pulang pada waktu itu. Ketika inilah teringat kisah Hassan Al-Banna yang langsung tidak pernah memarahi anak apatah lagi mencubit, mumukul juga jauh sekali. Tapi, orang sekarang lebih jauh ke hadapan dengan membuang anak, mendera dan memaki. Allah..

Segera mereka mengambil rehal dan duduk di hadapan kakaknya ini. Adam hanya mengikut perbuatan abang-abangnya namun selepas itu hilang entah ke mana. Hanya terdengar sayup-sayup suaranya dari jauh mengikut bait-bait kalamullah yang dibaca abang-abangnya. Walaupun pelat tapi comel sih!:)

"Nak baca Al-Takathur boleh?". Dzakwan memulakan bicaranya dengan muka yang tersipu-sipu malu.

"Oklah kita baca surah tu dulu pastu kita baru ngaji eh"....Saya membalas lantas dibalas dengan senyuman mereka berdua. Pelik juga beria-ia dia mahu membaca surah tersebut.

Saya menambah agar mereka membaca surah tersebut dengan kuat sehingga bergegar rumah. Hehe.

Selesai membaca terjemahan surah tersebut, mereka membaca pula Surah Ad-Dhuha sampai An-Nas,sahaja diri mahu menguji, tetapi tidak habis, kerana kepenatan katanya. Budak kecil berdua ini memang begini.Huhu. Saya menasihati mereka agar kerap membaca Al-Quran kalau mahu pandai. Jika tidak masakan Allah mahu menolong jika kita tidak mengingati-Nya. Usai membaca Al-Quran saya tidak melepaskan peluang ini untuk berusrah dengan mereka. Banyak perkara yang disentuh dan diselang seli dengan gelak ketawa mereka. Sama juga cara seorang dai'e mendekati mad'u. Perlu method yang sesuai. Jika tidak pasti lari!

Malam semalam bagi diri sangat indah kerana dapat bersama mereka setelah lama tidak pulang ke rumah. Ditambah dengan adik bongsu yang kian meningkat umurnya, meningkat juga skill dia yang sememangnya mencuit hati kami sekeluarga.Tidak lupa juga kami menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri Adam, kecil-kecil ini waktu yang terbaik, bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya kan?Alhamdulillah.

Bertambah bahagia dapat melihat wajah abah yang tidak lama kemudian muncul di muka pintu. Lama sungguh rasanya tidak bersalam dengan tangan yang jelas kelihatan uratnya itu. Alhamdulillah syukur mak dan abah masih lagi dapat bersama kami. Ya, jihad kita adalah berbakti pada mereka. InsyaAllah. Selagi nyawa dikandung badan.

Peperiksaan akhir untuk sesi Tahun Dua ini sudah selesai, sekejap rasanya. Tiba kini cuti panjang yang semestinya harus dimanfaatkan dengan berbakti kepada keluarga dan masyarakat. InsyaAllah. Juga target ingin menghabiskan dua buah buku yang dibeli pada sem lepas. Akhirul kalam mohonlah kebaikan kepada Allah s.w.t dengan doa dan sabar. Sabar itu indah namun kadang-kadang agak sukar bukan. Itulah namanya ujian.

Allahu'alam

4 comments:

Unknown said...

Sebaknye den baco cito ni...
uwaaa rindu sama mereka sumer..
nak balik!!!!!

caliph_88 said...

erm tu la nur, td lagi best kite buat usrah ngan depa cte pasal Nabi, mcm2 depa tanya then bg tgk video yg habib tue, tercengang depa tgk kisah kewafatan Nabi tambah2 habib cte dlm keadaan nangis..subhanallah..best tgk bnyak kali..ad kan???

Unknown said...

nggak ada la ct video tu..
btw laptop den masuk icu..
lcd rosak!!!!!
melayang 550...waaaaa

caliph_88 said...

isk, cmne lcd boleh rosak??