Wednesday, March 17, 2010

Bersama seiringan

mereka dahagakan islam..kita?

Bismillah…

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah Azza wa Jalla, kerana sehingga sekarang masih memberi peluang untuk hambaNya bernafas di muka Bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan unruk meneruskan perjuangan di akhir zaman. Usai sahaja kerja-kerja terus membaca blog sahabat-sahabat, dan terbaca mengenai kejadian gerhana matahari awal Januari tahun ini. Bilang sahaja berapa tanda-tanda kiamat itu, semua sudah jelas, hanya menanti tanda-tanda besar untuk muncul. Saya masih bersyukur kerana masih lagi kedengaran suara bilal melaungkan azan, masih lagi ada wanita menutup aurat dengan sempurna, masih lagi ada jemaah-jemaah di surau, semua bai’ah ini dapat saya lihat sendiri di bumi UIAM Kuantan ini. Ah, semua ini zon selesa. Cuba sahaja kalian lihat di luar sana, betapa ramai lagi yang asyik dengan duniawi dan tenggelam dengan dunia dadah, hiburan, merempit, rogol, bunuh dan pelbagai lagi perlakuan yang tidak senonoh yang jelas mencemarkan agama Islam.

“Telah menghampiri manusia akan perhitungan mereka, sedang mereka dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya)”

(21:1)

Baru-baru ini baru sahaja selesai program ukhwah bersama sahabat-sahabat. Terima kasih atas kehadiran kalian dan mudah-mudahan pertemuan yang lepas diberkati Ilahi hendaknya. Hanya satu harapan agar ukhwah yang terbina lebih menguatkan kita di jalan Allah, agar kita terus mara dan tegar walaupun dengan bilangan yang sedikit. Bilangan bukan ukuran, namun semangat dan keyakinan yang tinggi terhadapNya menjadikan kita lebih kuat. Dengan berpegang kepada Surah Muhammad ayat 7, dan juga Al-Hujurat:60, pastinya kita akan bersama-sama di dalam gerak kerja tanpa rasa putus asa dan bimbang kerana Allah sentiasa bersama kita. Perasaan gembira dan seronok itu sudah pasti perlu namun jangan berlebih-lebihan kerana ketauilah malaikat maut menziarahi kita sebanyak 70 kali sehari. Pastinya malaikat pelik melihat kita. Penuhi hari-hari kita dengan amal ibadat dan bantu-membantu sesama Muslim.Insyaallah.Sama-sama usaha ke arah itu.

“Sesungguhnya ini adalah umat kamu; umat yang satu; dan Aku (Allah) adalah Rab (Tuhan)mu, maka abdikan dirimu kepada-Ku (Allah)”

(21:92)

Pelbagai perancangan dari Biro Dakwah & Tarbiyyah yang merupakan core kepada organisasi ini. Ya, sudah pasti. Ayuh bersama memastikan agar gerak kerja berterusan, dengan mempelbagaikan pengisian usrah dan dihayati bersama pengisiannya, di samping membantu insan yang terbabit dalam merencana gerak kerja dakwah di Bumi Kuantan ini terutamanya. Program yang lebih tertumpu kepada aktiviti kemasyarakatan sememangnya ditunggu-tunggu. Benarlah bahawa mahasiswa seharusnya lahir daripada kancah permasalahan masyarakat. Ada segolongan yang berdakwah dengan mendekati masyarakat, pelajar sekolah, rakan-rakan satu kampus dan lain-lain. Indah bukan andai gerak kerja Islami ini dipikul bersama-sama tanpa ada persengketaan sesama umat Islam.

Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan).

(3:104)

Tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku…

Allahu’alam

1 comment:

alifzaimimra said...

salam ct.. boleh poskan entri ni ke Permata Tinta. ;)