Monday, March 29, 2010

Sedarlah Insan


Duhai insan sedarlah dirimu
Ke mana akan pergi selepas hidup ini
Sudahkah bersedia dirimu ke sana
Membawa amal mulia atau dosa-dosa

Di sana tangisan tiada guna
Rayuan tiada diterima
Jasad kesakitan menangung azab
Atas perbuatan hidup di dunia

Di sana tempat kita kembali
Hamba yang berdosa akan dihukumi
Hamba yang mulia akan dirahmati
Sebagai anugerah dari Ilahi

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal

Wednesday, March 24, 2010

Imtihan



Imtihan..

Imtihan..

Imtihan..

Sedangkan setiap hari kita melalui "imtihan".

Antara sedar atau tidak, dua malaikat sedang sibuk mencatit dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Sama-sama tanamkan rasa sedar bahawa Allah Azza wa Jalla itu sentiasa melihat kita. Oh, for sure! Melihat hamba-Nya yang satu ini sedang menaip entri ini dan seterusnya. Ada perasaan malu atau segan tak?:)

If and only this sense of God-conscious is always be in our mind, insyaAllah we'll never do what He forbid us to do!Mudah-mudahan, yang paling tidak suka apabila syaitan mengajak untuk membuang masa. Di sini iman berperanan. Sungguh. Let us keep on reminding each other, make full use of the technology.

"Demi Tuhan yang memegang hati-hati ini, Kau bimbinglah kami ke jalanMu, Kau tambahkanlah rasa cinta kami kepadaMu dan juga RasulMu..Ameen Ya Rabb..."

Monday, March 22, 2010

Koreksi diri

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Ibrahim: 7)

Sahabat-sahabat, sedih tak bila Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa kita ini sangat sedikit bersyukur pada-Nya. Lihat sahaja pada tingkah laku kita yang kadang-kadang menunjukkan bahawa kita tidak bersyukur. Sama-sama koreksi diri dan nilai peribadi . Itulah realiti.

Sekarang semua sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir semester kedua, Tahun Dua. Bagaimana dengan persiapan menghadap Ilahi, walhal bila-bila sahaja malaikat maut bakal menjemput. Kembali muhasabah. Sedih melihat mereka yang tidak tidur malam stay-up, akibatnya subuh gajah dan bermacam-macam lagi. Ya Allah, kurniakan daku kekuatan untuk menghadapi mereka, ringankan lisanku untuk menegur. Ya Rahman, aku tidak mahu berada dalam keadaan selemah-lemah iman.Allah Knows Best.

Buat semua yang mengenali diri yang dhaif ini, maafkan andai diri ini ada kekhilafan. Diri hanya manusia biasa yang banyak kelemahannya. Semoga berjaya menempuh ujian dunia dan akhirat. Tidak lupa moga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi dugaan yang bermacam-macam bentuk di akhir zaman ini.

Allahu'alam

Thursday, March 18, 2010

Terima Kasih Allah


Hari-hari yang lalu, saat ini dan ketika etri ini ditulis, terlalu merindukan mereka. Itulah, kamu selalu sahaja pulang, namun keadaan sebelum ini tidak membenarkanmu berbuat demikian. Mak, abah harap antum sentiasa berada dalam keadaan iman dan fizikal yang sihat-sihat sahaja. Aduh, macam tidak pernah bercakap dengan mereka pula ye.Hehe...Mak, semasa anakmu sedang menaip entri ini,dia teringatkan kenangan raya tahun lepas, teringatkan keletah adam yang comel.Oh rindunya nak pulang, pasti sudah besar si kecil itu. Semalam Amru telah membuat diri ini tersenyum dan tergelak!Ya pasti rindu bangat dengan usikanmu...Indah saat perasaan rindu ini dicampak ke dalam diri. Semoga rindu ini tidak mengatasi rinduku padaMu dan RasulMu.Terima Kasih Allah atas nikmat dunia ini apatah lagi nikmat di syurga nanti yang sudah pasti tidak terjangkau dek fikiran untuk membayangkannya. Semoga kami dapat bersama beriringan ke syurgaMu kelak Ya Rabb...Ameen Ya Rabb.

Wednesday, March 17, 2010

Bersama seiringan

mereka dahagakan islam..kita?

Bismillah…

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah Azza wa Jalla, kerana sehingga sekarang masih memberi peluang untuk hambaNya bernafas di muka Bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan unruk meneruskan perjuangan di akhir zaman. Usai sahaja kerja-kerja terus membaca blog sahabat-sahabat, dan terbaca mengenai kejadian gerhana matahari awal Januari tahun ini. Bilang sahaja berapa tanda-tanda kiamat itu, semua sudah jelas, hanya menanti tanda-tanda besar untuk muncul. Saya masih bersyukur kerana masih lagi kedengaran suara bilal melaungkan azan, masih lagi ada wanita menutup aurat dengan sempurna, masih lagi ada jemaah-jemaah di surau, semua bai’ah ini dapat saya lihat sendiri di bumi UIAM Kuantan ini. Ah, semua ini zon selesa. Cuba sahaja kalian lihat di luar sana, betapa ramai lagi yang asyik dengan duniawi dan tenggelam dengan dunia dadah, hiburan, merempit, rogol, bunuh dan pelbagai lagi perlakuan yang tidak senonoh yang jelas mencemarkan agama Islam.

“Telah menghampiri manusia akan perhitungan mereka, sedang mereka dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya)”

(21:1)

Baru-baru ini baru sahaja selesai program ukhwah bersama sahabat-sahabat. Terima kasih atas kehadiran kalian dan mudah-mudahan pertemuan yang lepas diberkati Ilahi hendaknya. Hanya satu harapan agar ukhwah yang terbina lebih menguatkan kita di jalan Allah, agar kita terus mara dan tegar walaupun dengan bilangan yang sedikit. Bilangan bukan ukuran, namun semangat dan keyakinan yang tinggi terhadapNya menjadikan kita lebih kuat. Dengan berpegang kepada Surah Muhammad ayat 7, dan juga Al-Hujurat:60, pastinya kita akan bersama-sama di dalam gerak kerja tanpa rasa putus asa dan bimbang kerana Allah sentiasa bersama kita. Perasaan gembira dan seronok itu sudah pasti perlu namun jangan berlebih-lebihan kerana ketauilah malaikat maut menziarahi kita sebanyak 70 kali sehari. Pastinya malaikat pelik melihat kita. Penuhi hari-hari kita dengan amal ibadat dan bantu-membantu sesama Muslim.Insyaallah.Sama-sama usaha ke arah itu.

“Sesungguhnya ini adalah umat kamu; umat yang satu; dan Aku (Allah) adalah Rab (Tuhan)mu, maka abdikan dirimu kepada-Ku (Allah)”

(21:92)

Pelbagai perancangan dari Biro Dakwah & Tarbiyyah yang merupakan core kepada organisasi ini. Ya, sudah pasti. Ayuh bersama memastikan agar gerak kerja berterusan, dengan mempelbagaikan pengisian usrah dan dihayati bersama pengisiannya, di samping membantu insan yang terbabit dalam merencana gerak kerja dakwah di Bumi Kuantan ini terutamanya. Program yang lebih tertumpu kepada aktiviti kemasyarakatan sememangnya ditunggu-tunggu. Benarlah bahawa mahasiswa seharusnya lahir daripada kancah permasalahan masyarakat. Ada segolongan yang berdakwah dengan mendekati masyarakat, pelajar sekolah, rakan-rakan satu kampus dan lain-lain. Indah bukan andai gerak kerja Islami ini dipikul bersama-sama tanpa ada persengketaan sesama umat Islam.

Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan).

(3:104)

Tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku…

Allahu’alam

Saturday, March 6, 2010

Dunya...

World is going to the end. Teruskan perjuangan menegakkan kalimah tauhid Lailahaillallah...teruskan usaha dakwahmu ya ikhwan wa akhowat, tiada lagi masa untuk berehat, melihat ummat yang satu ini jiwa menjadi tidak tentu arah, Oh Tuhan kurniakan kami petunjuk dan hidayahMu.Ya Hayyu Ya Qayyum. Selamatkan kami daripada fitnah akhir zaman, fitnah kehidupan, fitnah kematian,fitnah Al-Masih Ad-Dajjal dan fitnah jahanam jua kubur Ya Rabb...Tidak Engkau menciptakan kami sia-sia apatah lagi terpilih menjadi umat akhir zaman.

Tuesday, March 2, 2010

Intuition

Bismillah...

Semalam, semasa berada di dalam kelas Philosophy of Science, agak tertarik dengan kata-kata Ustaz Ibrahim mengenai sumber ilmu, antaranya intuition (gerak hati/ilham/wahyu), bak kata ustaz heart knowledge. Apabila ustaz bertanya mengenai maksud intuition kepada kami, semua membisu. Hati meronta-ronta ingin memberikan jawapan, malangnya gagal. Ya, walaupun pernah belajar mengenai source of knowledge semasa kelas Falsafah dengan ustaz razak dahulu, namun itulah manusia, lupa memanjang. Ilmu tidak melekat dengan baik. Entah dosa apa yang bersarang.Astargfirullah…

Ustaz, if we used to dream about a situation and after two or three weeks, we experience the same thing in our dream, can we consider it as an intuition or people called it Déjà vu?”Saya bertanya, perasaan ingin tahu membuak-buak. Anda juga mungkin mengalaminya bukan. Dan sedar atau tidak kadang-kadang apa yang terjadi dalam mimpi tidak berlaku sepenuhnya di alam realiti. Mimpi adalah suatu yang mistik dan sufistik. Ustaz juga ada menyentuh mengenai dua elemen ini.

Mimpi boleh menjadi suatu tanda dari Allah dan juga mainan syaitan. Apa pun jua mohonlah petunjuk Allah, Raja segala Raja. Di dalam Al-Quran sendiri ada menceritakan kisah mimpi-mimpi para Nabi dan juga Fir’aun sendiri. Sesetengah orang dimuliakan Allah s.w.t dengan diberi beberapa kelebihan antaranya melalui mimpi. Tidak berhajat untuk membicarakan dengan panjang lebar,sekadar agak teruja menulis sesuatu di sini setelah hampir beberapa minggu terbiar. Akhirul kalam, jadilah mereka yang bermanfaat untuk orang lain dan bukan menyusahkan. Allahu’alam.