Wednesday, August 26, 2009

Berminat?

Assalamu'alaikum Wrmt. Wbth.dan Salam Sejahtera

Dengan segala hormatnya

menjemput

Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Tuan/

Puan/ Saudara / Saudari ke:

FORUM PENGKAJI PEMIKIRAN & TAMADUN

SIRI KE- 21:


SENIBINA ISLAM : SATU

PEMIKIRAN SEMULA


Pembentang:

Dr. Nangkula Utaberta

Kumpulan Teknologi dan Kelestarian Peradaban Melayu

Jabatan Senibina

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh: 26 Ogos 2009 / 5 Ramadhan 1430H (Rabu)
Masa
: 10:00 pagi – 1:00 tengahari
Tempat: Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah,

Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Akademi Kajian Ketamadunan/ Kolej Dar al-Hikmah (AKK-KDH)

03-8925 2392 /0132637009 (Saudari Zulaihan)

Sekretariat ABIM Pusat. Tel: 03-42568400 (Sdri. Noraliza)

~Penyertaan adalah PERCUMA~

Sunday, August 23, 2009

Kau datang lagi

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh kaum kerabat Baginda. Dengan dakwahnya dan para sahabat Islam tersebar luas ke serata alam ini. Alhamdulilah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa’kan kepada Ilahi Rabbi kerana Dia mempertemukan saya dengan Ramadhan kali ini, bimbang kalau-kalau nyawa ini dicabut tanpa merasai nikmat Ramadhan kali ini, diri yang masih sedikit amalannya dan moga Allah menerima segala amal ibadat yang dilakukan.Berbaik sangkalah dengan Allah. Teringat kata-kata Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki bahawa, jikalau kita asyik mengatakan Allah tidak akan menerima amalan kita, maka itulah jadinya, sebaliknya kita harus think positively.Astargfirullahal’azim…kalimah yang bisa membantu kita di alam kubur kelak..InsyaAllah.Mudah-mudahan…

Ramadhan bulan yang penuh barakah dan terdapat banyak kelebihan yang terkandung di dalam bulan yang mulia ini. Teringat pula kisah Perang Badar yang cukup terkesan di hati. Dapatkah kita menjadi seperti para pejuang Islam seperti yang digambarkan dalam sejarah Islam ini?Segala-galanya memerlukan mujahadah yang berterusan. Seharusnya kita gunakan peluang yang ada untuk kita cuba sedaya upaya untuk mendapatkan rahmat dan redhaNya.Dialah yang meminjamkan kita segala kudrat yang kita guna pakai setiap hari.Rugi andai tiba sahaja bulan ini, kita hanya sekadar berpuasa untuk memenuhi rukun Islam yang ketiga ini. Adakah hanya dengan berpuasa dan berbuka kemudian membuat aktiviti-aktiviti lain seperti biasa. Rugilah kita andai menjadi golongan seperti ini.Sentaklah emosi dan rasa dengan menghayati apa sebenarnya hikmah puasa sebulan di bulan Ramadhan diwajibkan ke atas umat Islam.

Barangkali ada yang begitu susah untuk bangun menunaikn solat tahajjud ataupun qiamullail pada hari biasa, namun pada bulan Ramadhan ini seharusnya kita gunakan sebaiknya peluang yang ada untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta dengan kerap membaca Al-Quran , bertadarus, Tahajjud, memperbanyakkan sedekah dan pelbagai lagi amalan-amalan sunat yang dilakukan secara ikhlas semata-mata ingin mendapatkan keredhaanNya.Jauhi sifat riak dalam beribadat dan sentiasa ada perasaan malu, takut dan berharap pada Allah s.w.t.Harus diingat pokok pangkalnya segalanya perlulah dilakukan atas dasar iman yakni keranaNya.

Jadilah kita hamba yang senantiasa rindu akanNya dan menjadikan akhirat sebagai matlamat utama kita dan bukan hanya sibuk dengan urusan dunia yang penuh dengan tipu daya syaitan.Doalah semoga Dia menerima segala amalan kita dan cuba memperbaiki diri dari sehari ke sehari.


Allahu’alam

Wednesday, August 19, 2009

KeranaMu

Pembaca yang budiman sekalian, jangan berhempas pulas belajar hanya kerana niat untuk mendapatkan duit, kedudukan dan sebagainya, tetapi niatkan keranaNya agar kita dapat membantu sesama Islam dengan ilmu-ilmuNya yang cukup luas. Mungkin kadang-kadang agak tersasar, namun tidak salah untuk mempunyai niat sampingan sebegitu, tetapi niat utama adalah keranaNya diikuti dengan niat-niat baik yang lain. Semoga Dia mempermudahkan urusan kita dalam pencarian ilmu dunia mahupun akhirat. Ameen...Sama-sama perbaharui niat dalam menuju redhaNya...

Ya Allah...ajarkan aku bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa, tetapi hanya keranaMu...bukan sahaja untuk diri bahkan untuk seluruh umat RasulMu...bukan untuk saat ini, bahkan untuk sepanjang zaman ini...Ya Allah...ajarkan aku apa yang aku tidak tahu tentang ilmuMu Ya Allah...ingtkan aku jika aku terlupa tentangMu...Redhailah aku Ya Allah...


-Rintihan hamba yang dhoif-

Monday, August 10, 2009

Bicara seorang hamba


Bismillahirrahmanirrahim...

Semoga pengunjung blog ini dan sahabat-sahabat berada dalam keadaan yang sihat sejahtera, doa saya agar kalian tabah menghadapi sebarang ujian yang hadir dalam setiap genap ruang kehidupan.Benar, ujian itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara.Hadapilah dengan penuh hikmah dan sabar. Sebenarnya, banyak perkara yang ingin dikongsikan bersama.Alhamdulillah, banyak input yang saya peroleh dan ingin sekali dikongsikan di ruangan ini, namun baru kini punya masa berkualiti untuk berkongsi.

Dengan izinNya saya berpeluang menyertai muktamar ABIM pada 1 Ogos 2009 yang lalu, dan bersempena dengan muktamar tersebut diadakan Seminar Tajdid Generasi & Gerakan Dakwah:Menangani Kemelut Sosio-Politik Ummah menerusi Manhaj Ilmiyyah Ruhaniyyah di samping Debat Perdana oleh Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki(orang negori tau..huhu). Untuk seminar tersebut saya hanya berpeluang menyertainya selepas waktu Zuhur memandangkan pada sebelah paginya membantu sahabat menjadi fasilitator untuk program Rehlah IKRAK, memandangkan fasilitator perempuan hanya seorang sahaja. Ada hikmahnya mengapa Allah meletakkan saya bersama-sama mereka di sana pada sebelah paginya..huhu.

Friday, August 7, 2009

Mereka...

Alhamdulillah wa syukurillah...

Jangan pernah jemu mengucap kalimah Alhamdulillah, andai jemu atau tidak pernah langsung kalimah itu terlintas dahulu selain perkataan-perkataan "yes" atau apa sahaja, tanya diri kembali adakah kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Ilahi, hatta sekecil-kecil benda yang kita peroleh di dunia yang sementara ini. Dalam Al-Quran telah pun tercatat bahawa kita jarang sekali bersyukur, ayuh sahabat-sahabat, perbanyakkan syukur kerana nikmatnya tidak terkira, nikmat punya ayah dan ibu di depan mata, adik-adik, sahabat-sahabat dan pelbagai lagi nikmat besar yang tidak bisa untuk kita senaraikan di ruangan ini.Subhanallah...

Wednesday, August 5, 2009

Perantau

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

p/s: suka sangat lagu nie, bila dengar lagi semangat untuk teruskan perjuangan dalam hidup yg sememangnya banyak yang perlu kita perjuangkan dan korbankan..kepada semua yg berjuang, selamat berjuang!