Thursday, July 9, 2009

Akhirnya..Alhamdulillah...


Alhamdulillah, akhirnya perjuangan untuk memansuhkan PPSMI membuahkan hasil yang positif.Walaupun ada yang menganggap ianya perkara yang remeh atau dull, namun impaknya pada anak bangsa sangat besar, lebih -lebih lagi umat Islam. Sememangnya bukan mudah untuk memansuhkannya secara serta-merta, temph 3 tahun itu mungkin masa yang terbaik.Wallahu'alam.Semuanya berkat pertolongan daripada Allah S.W.T, doa dan usaha yang tidak pernah henti.Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang bersusah payah dalam soal ini.Ini semua adalah kejayaan rakyat yang sayangkan bahasa. Untuk mendapatkan lebih fakta mengenai isu perjuangan memansuhkan PPSMI bolehlah membacanya di pautan-pautan yang berkaitan.

Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

1 comment:

-orang biasa- said...

ustaz wan ahmad tarmizi tu..guru besarku..