Sunday, July 26, 2009

Moh poie!

PRESIDEN dan AHLI- AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSAT
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)

Dengan segala hormatnya mempersilakan

YBhg. Tan Sri/Pn. Sri/ Dato'/ Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Sdr./ Sdri.

Untuk hadir ke

SEMINAR TAJDID GENERASI DAN GERAKAN DAKWAH : Menangani Kemelut Sosio-politik Ummah Menerusi Manhaj Ilmiah Ruhaniyyah

Bersempena dengan
MUKTAMAR SANAWI KALI KE 38 ABIM

Pada

1 Ogos 2009/ 10 Sya'aban 1430H

Bertempat di

Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor (UNISEL)
Shah Alam


Masa

8:00 pagi hingga 5:30 petang

Untuk maklumbalas dan pendaftaran, sila hubungi Sekretariat Seminar di talian 016-410 2767/ 016- 263 5700.

Program-program berikut juga akan diadakan bersempena dengan Muktamar ini:


1. Forum : PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM : MENGAMBIL IKTIBAR
DARIPADA GENERASI SALAHUDDIN AL AYUBI


Tarikh : 31 Julai 2009/ Jumaat
Tempat: Dewan Seminar, Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 9:00 malam
Panelis : Prof. Dr. Sidek Baba dan Prof Dr. Razali Nawawi
sila layari
www.abim.org. my/muktamar


2. MALAM ASPIRASI GENERASI SALAHUDDIN
Tarikh : 1 Ogos 2009/ Sabtu
Tempat : Ruang Solat Bawah, Masjid Negeri, Shah Alam
Masa : 8:45 malam
Pidato Khas : Al Fadhil Tuan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al- Maliki
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

sila layari
www.abim.org. my/muktamar

Orang ramai adalah dijemput hadir untuk memanfaatkan kehadiran tokoh-tokoh ilmuwan di sepanjang program-program tersebut di atas. Sila layari laman web
www.abim.org. my/muktamar untuk makluman lanjut.


p/s:Moga Allah permudahkan segalanya untuk ke sana..Amiiiinnn...

Saturday, July 25, 2009

Tunggu dulu

“Dik, akak teringin pakai tudung labuh macam adik

“Tapi entah bila…”

“Tak semestinya akak kena pakai tudung labuh, yang penting menutupi dada”

“Ha’ah la dik, tengokla skang ni seksi akak kan”…

Ini merupakan sedikit perbualan antara saya dan kak aida sepanjang perjalanan kami ke Seremban. Saya sempat mengambil nombor telefonnya dengan niat untuk menerangkan kepadanya dengan lebih lanjut mengenai permasalahan-permasalahan yang kami bincangkan semasa di dalam bas. Saya memulakan perbualan dengannya, dia nampak seperti teragak-agak, namun akhirnya kami menjadi lebih mesra setelah berbual banyak perkara.

Dia menyatakan hasratnya untuk bertudung labuh, namun saya sempat menerangkan kepadanya bahawa bertudung labuh tidak semestinya perlu terlalu labuh, asalkan menutup dada seperti firman Allah di dalam surah An-Nur ayat 31:

[baca seterusnya]

Wednesday, July 22, 2009

Dari hati ke hati

Alhamdulillah wa syukurillah,

Masih lagi dikurniakan nikmat iman, Islam dan pancaindera yang sempurna dalam meniti kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah di muka BumiNya.Nikmat terbesar adalah dapat bertemu dengan Sang Pencipta.Bisakah?Semuanya bergantung pada amalan kita yang sudah tentu perlu disulami dengan keikhlasan dan tidak lupa juga rahmat dari Allah s.w.t kerana tanpa rahmat dariNya kita laksana rumah yang terbiar tanpa penjaga.Erm, nampaknya sudah seminggu lebih semester baru ini berlalu dan kesempatan untuk mengemaskini blog saya cuba untuk mencari sebaik mungkin. Memandangkan petang ini tidak ada sesi Lab bagi section saya, jadi terfikir untuk mengemaskini blog.

Thursday, July 9, 2009

Saat itu akan tiba..InsyaAllah

Hawa "bergaduh" dengan Wais=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, baru selesai menaip amanat untuk adik-adik di rumah, atau lebih tepat lagi untuk keluarga di rumah.Banyak perkara yang saya luahkan, tinggal lagi untuk print dan beri pada "ketua" (Wais baca tau..huhu) untuk dibaca sewaktu saya telah pun berada di Kuantan..Sahabat-sahabat, doakan saya selamat sampai ke Kuantan dan didoakan agar mak selamat pulang kembali ke rumah.Sudah semestinya saya akan merindui saat-saat bersama mak, abah dan adik-adik semua.


Akhirnya..Alhamdulillah...


Alhamdulillah, akhirnya perjuangan untuk memansuhkan PPSMI membuahkan hasil yang positif.Walaupun ada yang menganggap ianya perkara yang remeh atau dull, namun impaknya pada anak bangsa sangat besar, lebih -lebih lagi umat Islam. Sememangnya bukan mudah untuk memansuhkannya secara serta-merta, temph 3 tahun itu mungkin masa yang terbaik.Wallahu'alam.Semuanya berkat pertolongan daripada Allah S.W.T, doa dan usaha yang tidak pernah henti.Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang bersusah payah dalam soal ini.Ini semua adalah kejayaan rakyat yang sayangkan bahasa. Untuk mendapatkan lebih fakta mengenai isu perjuangan memansuhkan PPSMI bolehlah membacanya di pautan-pautan yang berkaitan.

Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

Sunday, July 5, 2009

Janji Tuhan pasti berlaku

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara


Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal

Saturday, July 4, 2009

Kita semua tahu..tapi???

Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata: Rasulullah saw. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling mengingat-ingat. Rasulullah saw. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingat?” Sahabat menjawab, “Kami mengingat hari kiamat.” Rasulullah saw. bersabda,”Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah saw. menyebutkan: Dukhan (kabut asap), Dajjaal, binatang (pandai bicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa as. Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman mengantar manusia ke Mahsyar. (HR Muslim)


Dahulu semasa berada di Tingkatan Lima, saya suka benar membaca buku mengenai Kiamat, saya ada meminjam buku perihal Hari Kiamat, kulitnya berwarna kuning, masih segar lagi di ingatan. Buku setebal buku rujukan Biochemistry itu saya pinjam di perpustakaan sekolah.Sungguh, setiap kali membayangkan apa yang akan terjadi, perasaan gerun dan pelbagai lagi perasaan menyelubungi diri.Sebentar tadi, baru sahaja menerima berita pemergian nenek seorang sahabat ke pangkuan Ilahi.Sebelum ini juga ada menerima berita kematian ramai orang.Sahabat, jika dilihatkan tanda-tanda kiamat kecil itu telah berlaku dan ada yang belum berlaku, dan ini semua merupakan amaran daripada Sang Pencipta agar manusia tidak terus menerus hanyut dengan arus duniawi dan segera bertaubat, namun masih ada yang mengambil mudah. Astargfirullahalazim, moga kita dijauhkan dari menjadi orang sebegini.

Tanda-tanda besar masih belum muncul, dan tanda-tanda kiamatbesar jika muncul satu tanda, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya. Banyak sungguh dosa dan malaikat maut bila-bila masa kan datang mencabut nyawa ini.Semoga saya tidak leka dengan dunia ini, kerana kita sedia maklum dunia ini hanyalah persinggahan untuk mengumpul bekalan di sana nanti.Amalan di dunia bukan hanya kerana kita inginkan kebahagiaan di sana, tetapi juga kita mahukan keredhaan dariNya.Rahmat dari Yang Esa adalah apa yang kita impikan bukan...


Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat yang disayangi keranaNya...

Wednesday, July 1, 2009

Beberapa Perkara Penting Dalam Persoalan Asas Iman


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka.”
(Surah al-Anfal, 8: 2)

Iman itu adalah pengakuan dengan hati, ucapan (lisan), dan perbuatan (amalan).Bahawa seseorang yang mengakui iman dengan hati dan lidahnya, lalu dia tidak berbuat taat (dengan meninggalkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya), maka dia telah berbuat maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta berhak diancam dosa.