Alhamdulillah
thumma alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah.
Subhanallah,
hari ini masih lagi hidup. Masih lagi mampu menghirup udara-Nya. Terus
melaksanakan tugas hamba dan khalifah sebaik mungkin walaupun kadang kala pasti
ada sahaja kelalaian yang menjengah kehidupan kita. Itu pasti. Manusia itu
sifatnya pelupa, tergesa-gesa. Maka hadirnya insan yang terdekat, bangkit dan
menyedarkan. Terima kasih Allah. Terima kasih mak, abah dan sahabat-sahabat dan
paling utama cintaku setelah Allah dan Rasul, suamiku Muhammad Mu’izzuddin bin
Mustaffar.
Syukur,
kini telah bertukar status dari single kepada married yakni isteri orang. Alhamdulillah. Sejujurnya, masih lagi tidak percaya dan
tidak terasa seperti isteri orang memandangkan kami duduk berjauhan. Beban
amanah yang bertambah. Teringat pesanan Hasan Al-Banna bahawa perkahwinan ini
bukan sekadar romantik tetapi terpikul beban dakwah yang terpikul di bahu
kami. Allahu Allah.
Ya
benar, saat ini pemimpin-pemimpin parti sibuk berkempen. Negara sudah seakan
tidak “aman” dek kerana tercetusnya pertumpahan darah di Lahad Datu dan yang
terbaru ada ura-ura yang mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei bakal berulang. Allahu'alam. Tanpa keizinan-Nya tidak akan terjadi. Angkara orang atasan yang kotor dan jijik sikapnya. Suami saya juga tidak
terkecuali dalam usaha membantu pihak yang mendokong aspirasi kebenaran dan
keadilan. InshaAllah bang, ayang selalu doakan abang usai solat ayang. Allah
bersamamu tatkala dirimu kesusahan dan kesenangan dengan syarat ingatlah Dia di
saat susah dan senangmu.
Lafaz
syukur meniti di bibir kami biarpun kami berjauhan. Biarlah rindu kami rindu
kerana-Nya, kasih kami kasih kerana-Nya. Semoga kami mampu membina baitul
muslim wa baitul dakwah yang diredhai Allah. Biarlah anak kami nanti
(InshaAllah) adalah anak-anak yang soleh solehahah yang meneruskan misi
menegakkan Islam di muka Bumi Allah s.w.t. Biarlah kami punya usaha yang
sungguh-sungguh dalam mendidik diri kami agar menjadi ayah dan ibu yang
soleh/solehah kepada anak-anak kami nanti.
Buat
suamiku, terima diriku seadanya. Pandanglah agama yang ada dalam diriku. Biarlah kekurangan dan kelemahan yang ada pada
diri ini dan dirimu sama-sama kita redha dan usaha membaiki diri ke arah redha
Ilahi. InshaAllah. Alam rumah tangga sudah pasti akan didatangkan dengan 1001 cabaran. Kita masih lagi dalam tempoh taaruf
dan proses ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga ikatan ini
berkekalan hingga ke syurga-Nya.
“ Apabila telah berkahwin
seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya.
Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”
( Riwayat Baihaqi)
Ya,
benar. Moga separuh lagi akan dilengkapi dengan kerja-kerja dakwah, amal-amal kebajikan dan
amal-amal soleh kerana orang yang beriman itu pasti sahaja diiringi dengan
amalan soleh yang membantunya di akhirat kelak selain daripada rahmat-Nya jua
yang menentukan nasib kita kelak. Buat abang, bimbing ayang ke syurga-Nya. Redha Allah terletak pada redha abang. Semoga
diri ini dapat menjadi isteri solehah, penyejuk mata penenang hati. Amiin
inshaAllah. Doaku moga dirimu sentiasa diperkuatkan untuk terus melangkah
di jalan-Nya yang telah Dia letakkan, dilapangkan urusan dan menjadi suami
soleh yang dapat membimbing diri ke syurga-Nya. InshaAllah. Doa
sungguh-sungguh! Semoga dengan pernikahan ini lebih mendekatkan diri kita dengan Allah, bukan nafsu menjadi landasan tetapi ketakwaan kita kepada-Nya!
Akhirul kalam, ini adalah pilihan Allah yang terbaik buat diri. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Untuk hidup mendatang yang tidak diri ketahui, hanya doa dipanjatkan kepada Ilahi, agar terus melangkah dengan berani, menghadapi hidup ini, semoga peroleh barokah dari Ilahi. Amiiin thumma amiiin!
3 comments:
Insya Allah. Yakin dgn apa yg Allah dah tetapkan. semoga baitul muslim yg dibina diberkati hingga JannahNya.
Selamat.....
Assalamualaikum wbt.
Dear Siti,
Semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusan siti dan suami dunia dan akhirat,semoga Allah mengurniakan kalian zuriat yang soleh dan solehah. Anak-anak pewaris para sahabat RA. Semoga kalian sentiasa dilindungi, diberkati, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kejayaan dan seluruh kebaikan didunia mahupun akhirat. Semoga Allah mengurniakan kalian syurga firdaus.
Amin.
Amin.
Amin.
Hawa: Allahummma Amiiin!
Damia: Wslam wbt...Subhanallah! syukran sahabat! syukran juga kerana memenuhi jemputan..Ammin thumma amiiin!!!Giliran Damia pula selepas ini utk memikul tanggungjawab yg sama, inshaALlah one fine day, Allah had planned everything:)Jzakillahu khayran kathir Damiaku!
Post a Comment