Tuesday, April 9, 2013

Pemilik Cinta setelah Allah dan Rasul



Alhamdulillah thumma alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah.

Subhanallah, hari ini masih lagi hidup. Masih lagi mampu menghirup udara-Nya. Terus melaksanakan tugas hamba dan khalifah sebaik mungkin walaupun kadang kala pasti ada sahaja kelalaian yang menjengah kehidupan kita. Itu pasti. Manusia itu sifatnya pelupa, tergesa-gesa. Maka hadirnya insan yang terdekat, bangkit dan menyedarkan. Terima kasih Allah. Terima kasih mak, abah dan sahabat-sahabat dan paling utama cintaku setelah Allah dan Rasul, suamiku Muhammad Mu’izzuddin bin Mustaffar.

Syukur, kini telah bertukar status dari single kepada married yakni isteri orang. Alhamdulillah.  Sejujurnya, masih lagi tidak percaya dan tidak terasa seperti isteri orang memandangkan kami duduk berjauhan. Beban amanah yang bertambah. Teringat pesanan Hasan Al-Banna bahawa perkahwinan ini bukan sekadar romantik tetapi terpikul beban dakwah yang terpikul di bahu kami. Allahu Allah.

Ya benar, saat ini pemimpin-pemimpin parti sibuk berkempen. Negara sudah seakan tidak “aman” dek kerana tercetusnya pertumpahan darah di Lahad Datu dan yang terbaru ada ura-ura yang mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei bakal berulang. Allahu'alam. Tanpa keizinan-Nya tidak akan terjadi. Angkara orang atasan yang kotor dan jijik sikapnya. Suami saya juga tidak terkecuali dalam usaha membantu pihak yang mendokong aspirasi kebenaran dan keadilan. InshaAllah bang, ayang selalu doakan abang usai solat ayang. Allah bersamamu tatkala dirimu kesusahan dan kesenangan dengan syarat ingatlah Dia di saat susah dan senangmu.

Lafaz syukur meniti di bibir kami biarpun kami berjauhan. Biarlah rindu kami rindu kerana-Nya, kasih kami kasih kerana-Nya. Semoga kami mampu membina baitul muslim wa baitul dakwah yang diredhai Allah. Biarlah anak kami nanti (InshaAllah) adalah anak-anak yang soleh solehahah yang meneruskan misi menegakkan Islam di muka Bumi Allah s.w.t. Biarlah kami punya usaha yang sungguh-sungguh dalam mendidik diri kami agar menjadi ayah dan ibu yang soleh/solehah kepada anak-anak kami nanti.

Buat suamiku, terima diriku seadanya. Pandanglah agama yang ada dalam diriku. Biarlah kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri ini dan dirimu sama-sama kita redha dan usaha membaiki diri ke arah redha Ilahi. InshaAllah. Alam rumah tangga sudah pasti akan didatangkan dengan 1001  cabaran. Kita masih lagi dalam tempoh taaruf dan proses ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga-Nya.

“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”
( Riwayat Baihaqi)
Ya, benar. Moga separuh lagi akan dilengkapi dengan kerja-kerja dakwah, amal-amal kebajikan dan amal-amal soleh kerana orang yang beriman itu pasti sahaja diiringi dengan amalan soleh yang membantunya di akhirat kelak selain daripada rahmat-Nya jua yang menentukan nasib kita kelak. Buat abang, bimbing ayang ke syurga-Nya. Redha Allah terletak pada redha abang. Semoga diri ini dapat menjadi isteri solehah, penyejuk mata penenang hati. Amiin inshaAllah. Doaku moga dirimu sentiasa diperkuatkan untuk terus melangkah di jalan-Nya yang telah Dia letakkan, dilapangkan urusan dan menjadi suami soleh yang dapat membimbing diri ke syurga-Nya. InshaAllah. Doa sungguh-sungguh! Semoga dengan pernikahan ini lebih mendekatkan diri kita dengan Allah, bukan nafsu menjadi landasan tetapi ketakwaan kita kepada-Nya!

Akhirul kalam, ini adalah pilihan Allah yang terbaik buat diri. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Untuk hidup mendatang yang tidak diri ketahui, hanya doa dipanjatkan kepada Ilahi, agar terus melangkah dengan berani, menghadapi hidup ini, semoga peroleh barokah dari Ilahi. Amiiin thumma amiiin!



3 comments:

bintunQamar said...

Insya Allah. Yakin dgn apa yg Allah dah tetapkan. semoga baitul muslim yg dibina diberkati hingga JannahNya.

Selamat.....

Nurul Damia said...

Assalamualaikum wbt.

Dear Siti,
Semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusan siti dan suami dunia dan akhirat,semoga Allah mengurniakan kalian zuriat yang soleh dan solehah. Anak-anak pewaris para sahabat RA. Semoga kalian sentiasa dilindungi, diberkati, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kejayaan dan seluruh kebaikan didunia mahupun akhirat. Semoga Allah mengurniakan kalian syurga firdaus.

Amin.
Amin.
Amin.

caliph_88 said...

Hawa: Allahummma Amiiin!

Damia: Wslam wbt...Subhanallah! syukran sahabat! syukran juga kerana memenuhi jemputan..Ammin thumma amiiin!!!Giliran Damia pula selepas ini utk memikul tanggungjawab yg sama, inshaALlah one fine day, Allah had planned everything:)Jzakillahu khayran kathir Damiaku!