Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Dah berselawat hari ini? Dah baca doa bangun tidur? Dah
istighfar?
Malu kan? Kalau kita kerap mengatakan bahawa kita cinta Nabi
tetapi kita ralat sekali dalam berselawat dan mengamalkan sunnahnya. Sudah
pasti cinta kita itu dusta.
Kalau sepasang kekasih asyik sekali bercinta, pasti tidak
lekang ingatannya kepada sang pujaan hati siang dan malam. Bagai tidak keruan.
Wah, cinta apakah ini? Kita masih tidak layak mendapat cinta manusia andai
cinta Allah belum menjadi cita-cita utama. ‘Ala kulli hal, saya bukan Doktor
Cinta. Doktor hati untuk diri sendiri dan bagi yang memerlukan boleh kot ^_^.
InsyaAllah.
Subhanallah, tahun ini tahun 2012 dan sudah semakin hampir
ke penghujungnya. Entah apa corak kehidupan pada masa akan datang yang telah
Allah rencanakan buat saya. Apa jua yang Allah hadir pastinya terselit seribu
hikmah, tinggal lagi diri untuk muhasabah dan redha dengan ujian.
Saya sering kali diajukan soalan sebegini oleh rakan-rakan
satu office dan tidak kurang juga
warga di sini;
“Kenapa awak boleh ambil engineering pula?”
“Kenapa tak ambil bidang yang sama?”
“Kenapa tak buat phD terus?” (Fast track)
“Kenapa tak pilih Dr bla bla kenapa buat bawah Dr dot dot?”
Kesimpulannya mudah.
Saya hanya melemparkan senyuman dan sedikit “penat” untuk
menjawab soalan-soalan di atas. Lagi
seronok jawab soalan examJ
Jawapan mudah saya “ Ini yang Allah takdirkan”. Full stop.
Analoginya cukup mudah. Muallaf yang baru hendak
berjinak-jinak dengan Islam. Ada yang berpuluh-puluh tahun hidup dalam agama
selain Islam, tetapi apabila hidayah-Nya datang bertamu, mula mempelajari dan
mempraktikkan Islam.
Apa pun bidang yang kita pelajari usah kita lupa itu semua
ilmu Allah. Syukur pada Allah untuk sebuah kefahaman. Dan kefahaman dalam
beragama itu yang paling penting dalam hidup seorang Muslim.
Setinggi mana pun kita belajar hatta sampai Phd itu semua
hanya gelaran di dunia. Ulama-ulama zaman silam ilmunya sangat tinggi. Umurnya
pendek tetapi memiliki ingatan yang hebat, akhlak yang mantap, adab yang
tinggi. Muhasabah diri kita. Apa sebenarnya yang kita kejar?
Pernah tak dengar ustaz cakap orang yang jahil adalah orang
yang tidak tahu ilmu agama. Renung-renungkan.Biarlah semua yang saya lakukan ini kerana Allah. Belajar
kerana Allah. Berukhwah kerana Allah, cinta kerana Allah dan segalanya-galanya
kerana Dia! Sungguh-sungguh doa agar Allah pelihara niat yang satu ini. Jika
kita mengeluh dan sebagainya, kembali kepada niat yang asal.
Cakap-cakap orang yang negatif cuba kita neutralkan dengan
fikiran-fikiran yang positif. InsyaAllah kita akan senang bekerja.
Last but not least,
mari kita panjatkan doa yang tidak pernah henti agar Allah s.w.t sentiasa beri
kita kecintaan kepada Rasul-Nya, sahabat-sahabat dan orang-orang soleh. Semoga
dengan kecintaan kepada mereka yang hebat dalam menegakkan Islam ini,
menumbuhkan cinta yang lebih mendalam terhadap pencipta kita yakni Allah.
Allah Allah. Terima kasih untuk segalanya.
Mak Abah terima kasih untuk segalanya. Sejak dari dalam
kandungan sehingga sekarang.
2 comments:
love ur entry!
always inspire me..
=)
Syukran!!! Moga Allah tuntun kita ke jalan-Nya. amin ya rabb! tkasih sudi baca catatan, khas utk peringatan diri sendiri sebenarnya.
Post a Comment