Thursday, May 3, 2012

Penyejuk hati



Habib Ali Al-Jufri dengan guru beliau Habib Umar bin Hafidz. Semoga Allah mempertemukan saya dan kita semua dengan dua orang tokoh ulama keturunan Nabi ini. Cemburu apabila ada yang dapat mencium tangan beliau. Bagi wanita, mendengar mutiara kata dan menatap wajah mereka sudah cukup. Mendengar kuliah-kuliah mereka sudah cukup "mengetuk" pintu hati walaupun hanya mendengar dan melihat hanya melalui alam maya. Pulang ke rumah hujung minggu lepas sempat menonton CD kuliah dari Habib Umar, terima kasih Abah sebab beli!:)

Hidayah Allah itu ibarat ketukan pintu berulang-ulang kali. Tinggal lagi untuk kita mahu membukanya atau tidak. Berbahagialah hati yang sentiasa diketuk. Habib Ali berpesan bahawa jiwa remaja mudah sekali lemah, tetapi jika dia berubah setelah berbuat kesilapan atau maksiat itu menandakan masih ada iman di dalam hatinya dan perlu bersyukur bahawa Allah masih sayangkan kita. Alhamdulillah. 

Semalam saya ditanya oleh seorang adik;

"Kak, pada pendapat akak la kan, camne nak maintain mood alim kite ni x laa berada dalam suasana pembelajaran Islam or subjek islamik n institusi pengajian Islam..senang cite macam sy laa kan, belajar medik kat institut yang langsung xde pengajian Islam sebagai sujek..cmne ye??"

Mengenali adik ini sewaktu berpraktikal di Hospital Tuanku Jaafar Seremban tahun lepas. Gelaran ustazah diberinya pada saya dan kawan-kawannya yang lain turut mengikut. Saya fikir mereka hanya memandang pada tudung. Biarlah mereka beranggapan sedemikian. Mudah-mudahan akhlaq dan jiwa saya akan menjadi seperti gelaran tersebut.

Alhamdulilah, dia banyak bertanya mengenai perkara-perkara agama. Saya hanya membantu mana yang mampu. Tidak beberapa lama selepas berpraktikal, adik ini putus cinta dengan kekasihnya yang belajar di UIA Gombak. Dan alhamdulillah selepas itu saya memintanya untuk menyertai kumpulan usrah yang ada di tempat belajarnya. Dia berjinak-jinak, dan kini banyak perubahannya. Subhanallah. Terima kasih Allah.

Soalan-soalannya sudah banyak berubah. Daripada soalan-soalan yang nakal dan pelik kepada soalan-soalan yang lebih bagus. Antara soalan terbaru daripada dia adalah seperti di atas. Syukur tidak terhingga kepada Allah azza wa jalla atas nikmat yang satu ini. Semoga kamu terus istiqamah. Ameen Ya Rabb.

Bagaimana dengan diri saya dan kita yang sememangnya sudah punya usrah. Yang sudah ada sedikit kefahaman. Sejujurnya banyak lagi yang perlu diperbaiki. Allah tidak pernah membiarkan kita. Hampir setiap hari ada sahaja modul dari Dia. Andai kita terlanggar atau tersepak batu cuba kita check semula. Apa yang telah kita lakukan atau fikirkan sebelum itu. Serius, Allah kerap menegur kita. Jadi, syukur itu perlu kerana dia tidak mahu kita berlama-lama dalam dosa.

Siapa kata hidup ini banyak kesusahan. Banyak kemudahan dan kesenangan sebenarnya. Bahagian yang susah itu hanya sedikit. Sangat sedikit. Pastinya impian kita tergolong dalam golongan sedikit yang disebut Allah di dalam AL-Quran. 




"Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama"
(Al-Fatir:28)


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bantu kami untuk mengingati-Mu, bersyukur akan nikmat-Mu, dan bantu kami memperbaiki amal kami.

No comments: