Alhamdulillah pejam celik pejam celik kini sudah menjengah ke semester terakhir. InsyaAllah. Bakal menamatkan pengajian di Taman Ilmu dan Budi yang saya cintai ini. Saya akan merindui UIA Kuantan! Sungguh!
Dan sekarang fatrah imtihan tiba lagi. Bak kata adik junior, masing-masing duduk bawah "tempurung kelapa", junior yang seorang lagi menggelar "kepompong". Saya pula menggelarnya sebagai "bilik". Sejujurnya saya lebih selesa untuk mengulangkaji di bilik sahaja.
Saya suka mengatakan bahawa minggu peperiksaan ada yang membuatkan kita lebih dekat dengan Allah dan juga sebaliknya. Bagaimana dikatakan kita lebih taqarub ilallah?
Pertama, kita sentiasa jaga ibadah kita. Hakikatnya bila-bila masa. Solat di awal waktu, kerap membaca Quran. Tambah-tambah sudah penat menelaah bertukar kepada membaca sekeping dua muka surat dan cuba hayati makna yang Allah ingin sampaikan pada kita pada saat itu.
Tidur seawal jam 11, lagi awal lebih baik. Kemudian pelajar boleh bangun tahajud sebelum meneruskan ulangkaji. Semua maklum, solat 2 rakaat di sepertiga malam mempunyai banyak rahsia yang di mana Allah sahaja yang mengetahuinya. Hikmahnya sangat besar tambahan dalam kehidupan seorang penuntut ilmu (Tolibul 'ilm).
Sewaktu menghadiri talaqqi Ustaz Uwais, beliau mengingatkan agar kita sebagai penuntut ilmu ini kerap berdoa agar dijauhkan dari sikap lemah, lembik dan malas. Doa yang kita selalu baca dalam Mathurat. Tambahan lagi antara amalan ulama' selepas solat (sebelum membaca doa), yakni sewaktu menyapu muka selepas salam kedua. Diletakkan tangan di atas kepala sambil membaca Ya Qawwiy (Wahai Yang Maha Gagh/kuatkan ingatanku) sebanyak 11 kali. Boleh dibaca usai solat Subuh dan Maghrib.
Semoga Allah memberi kita kefahaman. Mudah-mudahan apa sahaja pekerjaan kita yang dipermudahkan-Nya akan membuatkan kita lebih bersyukur dan dekat dengan-Nya. Kan Allah itu dekat dan penuh kasih sayang. Petik lagu Opick jap^_^
Memang kita ini tidak lari dari exam oriented. Belajar sebab nak jawab peperiksaan. Tetapi dalam budaya ini banyak perkara yang kita belajar sebab ilmu itu ilmu Allah dan banyak kaitannya dengan kehidupan kita sekarang. Walaupun exam oriented semuanya terpulang pada kita akhirnya. Transformasi fikiran kita dan watak kita dalam menjadikan ilmu itu benar-benar sampai maknanya kepada diri kita.
Allahumma ja'alna minan najiihin wal faaizin wal muta'aziin fil imtihan fii kulli madah fid din fid dunya wal aaahiroh. Ameen Ya Rabb!
Three more papers to go before FYP presentation. Chaiyok2!