Sunday, November 27, 2011

Apa khabar hari-harimu?



Bagaimana dengan solat kita?

Bagaimana dengan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w?

Bagaimana dengan solat-solat sunat, tahajjudmu?

Bagaimana dengan pelajaranmu? Sudah cukup bersungguh-sungguh atau sambil lewa?

Bagaimana dengan keterlibatan dengan masyarakat?

Bagaimana dengan usrah?

Bagaimana dengan hubungan dengan sahabat-sahabat dan orang di sekeliling?

Bagaimana dengan taubat kita?

Bagaimana dengan Quran? Sudahkan mentaddaburnya pada hari ini?

Bagaimana dengan lafaz syukur kepada Sang Khaliq?

Dan bagaimana pula dengan doa buat seluruh umat Islam.

Sudahkah bermanis muka sesama manusia lain? Senyum?

Doa buat kedua ibu bapa?

Sudah cukup menjaga pandangan?

Mari muhasabah diri. Perbanyakkan menghisab diri sendiri di dunia ini agar ringan hisab di sana kelak. Biiznillah.


Monday, November 21, 2011

Benci kerana-Nya


Bagaimana dengan hari ini? Semalam? Kelmarin?

Ada tak kita doakan untuk saudara-saudara kita di Palestin?

Berapa kalikah dalam sehari kita mengingati saudara seakidah yang siang dan malamnya dipenuhi dengan perjuangan demi membela agama dan negara Islam?

Perhatikan barangan yang kalian beli. Adakah keuntungannya disalurkan kepada Yahudi Laknatullah?

Sungguh, hati ini sungguh benci akan bangsa yang kejam yang tidak punya sifat perikemanusiaan.

Hatta saya menangis air mata darah sekalipun tidak akan dapat membantu menghilangkan beban mereka.

Ayuh sahabat-sahabat, buang sikap malas dalam pelajaran, ibadah, dakwah dan yang seangkatan dengannya. Kita tidak mahu mereka mempersoalkan di manakah kita berada pada saat mereka kesusahan. Panjatkan doa buat mereka, doa yang tidak pernah putus.

Ya, mereka masih tersenyum walaupun hidup mereka tidak dipenuhi dengan zaman kanak-kanak yang ceria seperti kita. Mereka hanya mahu syahid fisabilillah!

Mereka mahu kita sebarkan kepada semua orang di Malaysia bahawa mereka memerlukan doa. Bukankah doa senjata mukmin?

Ayuh bangkit. Buang sifat malas. Serius dalam menuntut ilmu. Bila sudah berjaya kelak gunakan kepakaran yang sedia ada demi membantu ummat Islam. Tanamkan azam melahirkan pejuang-pejuang agama Allah jika kelak kita mahu mendirikan rumah tangga. Membina keluarga Islam yang taat dan patuh pada perintah ALlah. Seterusnya akan lahir sebuah empayar Islam yang dahulunya sungguh gah!

Ayuh!!! Doa dan terus berdoa!

Semoga Allah hancurkan umat Israel yang sungguh kejam!

Allahu Allah, saya benci Israel!!!

Sunday, November 20, 2011

Moga istiqamah


Sayang Rasulullah s.a.w?Kalau sayang mari amalkan sunnahnya. Biar sedikit tetapi konsisten. Itu sebaik-baik amal. Rasulullah pasti gembira melihat kita ummat akhir zaman ini masih menghidupkan sunnahnya. Sunnah nombor 3 khas untuk kaum Adam. Semoga istiqamah ya!:)


Marjoram







Langkah pertama. Perancangan sendiri mungkin berbza dengan perancangan Allah. Nantikan.

Wednesday, November 16, 2011

Jom bercinta nak?


Seronok kan bercinta dalam usrah. Semoga kecintaan ini membawa kita kepada kecintaan Si Pemilik Cinta. Usrah bukan sekadar duduk ramai-ramai dan berbincang soal agama sahaja. It's more than that. Semoga kita terus istiqamah dan mampu menjadi naqibah yang mampu mempengaruhi diri sendiri dan ahli-ahli usrah. Menjadi naqib kepada diri sendiri dan orang sekeliling pun boleh juga! InsyaAllah.


Saya kenal cinta Allah bermula dengan usrah. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah^_^


"Ceduklah sebanyaknya pengalaman dan ibrah dari setiap usrah yang dikau kendalikan. Yakinlah sebenarnya engkau yang lebih memerlukan sesi usrah untuk belajar membangun persediaan diri dan kemahiran berdakwah. Kerenah, telatah, gaya interaksi, penerimaan dan pemahaman ahli-ahli usrah mampu 'mendidik' naqib dan naqibah mereka. Bertuahlah ahli-ahli usrah yang sentiasa bermotivasi mengendalikan usrah masing-masing"

(Dr. Harlina Siraj)


Menjadi seorang naqibah bukanlah beerti kita merupakan yang terbaik. Tetapi itu suatu peluang yang Allah bentangkan di hadapan kita untuk kita perbaiki diri dari segala aspek. Buang perasaan inferioriti kompleks dan semai rasa optimis agar perasaan yang sedemikian akan sebati dengan jiwa. InsyaAllah. Perbanyakkan doa agar Allah bimbing kita jadi hamba-Nya yang terbaik. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain.


Seinfiniti syukur buat Allah yang masih memberi peluang kepada saya dan sahabat-sahabat yang sentiasa dipalit dosa. Jom sama-sama perbaharui taubat. Dalam masa sehari kita sudah boleh mengumpul dosa. Dosa mata, lidah, telinga dan kaki.


Kita tidak bisa menilai

Tukang emas lah yang tau harga emas.

Seorang pemuda mendatangi Zun-Nun dan bertanya, “Guru, saya tak mengerti mengapa orang seperti Anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di masa seperti ini berpakaian sebaik-baiknya amat perlu, bukan hanya untuk penampilan melainkan juga untuk banyak tujuan lain.”

Sang sufi hanya tersenyum. Ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata, “Anak muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Bisakah kamu menjualnya seharga satu keping emas?”

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu, “Satu keping emas? Saya tidak yakin cincin ini bisa dijual seharga itu.”

“Cubalah dulu, anak muda. Siapa tahu kamu berhasil.”

Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak. Tentu saja, pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali ke padepokan Zun-Nun dan melapor, “Guru, tak seorang pun berani menawar lebih dari satu keping perak.”

Zun-Nun, sambil tetap tersenyum arif, berkata, “Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik kedai atau tukang emas di sana. Jangan buka harga, dengarkan saja bagaimana ia memberikan penilaian.”

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksud. Ia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Ia kemudian melapor, “Guru, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas.

Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar.”

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berujar lirih, “Itulah jawaban atas pertanyaanmu tadi anak muda. Seseorang tak dapat dinilai dari pakaiannya. Hanya “para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar” yang menilai demikian. Namun tidak bagi “pedagang emas”.

“Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. wahai anak mudaku. Kita tak bisa menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas.”

Terima Kasih adik Husna untuk cerita yang sangat bermakna!:)


Wednesday, November 9, 2011

Ceritera Adam


Ini gambar sewaktu Adam menghadiri Sukan PASTI. Demam-demam pun semangat nak datang. Pagi-pagi lagi Alongnya sudah menelefon supaya Adam datang lebih awal. Dalam keluarga Adam seorang yang memanggil abang sulung dengan panggilan Along. Kami semua panggil nama sahaja. Nabi menggalakkan dengan panggilan nama:). Adam pun istimewa sebab kami semua memanggilnya dengan panggilan "Abang". Kadang-kadang Adam keliru sama ada mak panggil Abah atau panggil diri dia. Abah pun jadi keliru sama. Huhu.



Along mengendalikan sukan dengan penuh semangat

Sejak "dilicinkan" kepalanya, Adam mengalami satu transformasi. Lebih baik dan sopan. Seronok tengok, Alhamdulillah. Dek kerana demam, berat Adam pun turun. Kasihan adik akak yang seorang ini. Alhamdulillah Adam sudah masuk usia 4 tahun tetapi jika mengikut kalendar Hijrah, Adam dah tua dah sebenarnya:). Cepat sahaja masa berlalu. Tanpa disedari, Adam dah besar! Rasa baru lagi Adam lahir.


Apalah agaknya yang Adam buat sebelah Cik Kak tu?


Bersiap sedia untuk sukaneka


Agak pelik bila pertandingan yang sepatutnya disertai Adam turut disertai oleh mak dan abah. Patutlah Adam dapat hadiah. Hehe.



Usai menerima hadiah.Muka macam nak makan orang je Adam.


Cerita 1

Mak: Abang, semalam abang nyanyi lagu apa masa dalam kereta?Cuba nyanyi lagi mak nak dengar.

Adam: Mak dengar abang nyanyi ye. Adam terus tersengih malu dan menutup mukanya.

Mak: Nyanyilah mak nak dengar.

Adam: Mak la nyanyi. (Masih tersipu-sipu malu)

Mak: (Lagu ini dalam cerita 2)



Cerita 2

Adam: Kak Citi, macam mana nyanyi lagu yang mak nyanyi semalam?

Kakak: Abang ikut akak nyanyi pastu abang ikut ok?

Adam: Ok!(senyum lebar).

Kakak: Satu-satu saya sayang Allah, dua-dua saya sayang Rasulullah, tiga-tiga saya sayang emak abah.

Adam: Haha..

Kakak: Lepas ni abang nyanyi depan mak, semalam abang nyanyi tak betul.

Adam: Yelah (sambil gelak jahat..huhu)


- TAMAT -


Saturday, November 5, 2011

Najjihna fil imtihan Ya Rahman


InsyaAllah esok 10 Zulhijjah adalah Hari Raya Haji. Singkap kembali sejarah Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban. Terkenang zaman nenek moyang kita yang mahu menunaikan ibadah haji terpaksa berada di atas kapal berbulan-bulan lamanya. Meninggalkan keluarga dan pekerjaan di tanah air semata-mata mahu menyahut seruan haji di Baitullah. Kecintaan ummat terdahulu terhadap Allah dan Rasul memungkinkan mereka untuk meninggalkan segala larangan dengan sekelip mata sahaja. Allahu Allah.

Alhamdulillah, selesai usai urusan di dapur. Rendang ayam, kuah kacang dan nasi himpit, trifle air tangan Uwais dan Hawa, dan juga Kek Batik air tangan saya sendiri. Mudah sahaja untuk membuatnya, tambahan memang menjadi kegemaran adik-adik di rumah. Mudah rasanya bahagi-bahagi kerja. Bagaimana agaknya kalau seorang ibu buat kerja seorang diri. Mesti penat bukan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, insyaALlah lazimi istighfar sebagai penghapus dosa-dosa kecil.

Pejam celik pejam celik sudah menghampiri penghujung semester. Akhir bulan Disember ini bakal menempuh peperiksaan akhir semester. Selepas Raya Haji ada dua lagi kertas yang harus ditempuhi. Herbal Medicine dan Drug Abuse. Baru selepas membelek jadual Final Exam. Here it is.

Research Methodology - 29 Disember 2011
Herbal Medicine - 5 Januari 2012
Industrial Pharmaceutical Regulation - 9 Januari 2012
Drug Abuse - 13 Januari 2012

Menarik nafas lega. Ada masa yang cukup untuk mengulangkaji, insyaAllah. Terima Kasih Allah. Zaman jarak peperiksaan yang dekat-dekat sudah berakhir. Zaman tahun Empat pengajian ini banyak sungguh kemanisannya yang pastinya akan tersemat kemas di ingatan ini. Buat sahabat-sahabat, semoga berjaya dengan Projek Akhir Tahun. Hasil akhir itu tidak semestinya memuaskan, yang penting bagaimana perjalanan projek itu dilaksanakan dan apa yang kita perolehi sepanjang tempoh tersebut.

Semoga Allah kurniakan kesabaran sepanjang tempoh menuntut ilmu. Ujian dunia sudah pasti jauh bezanya dengan ujian di akhirat kelak. Dalam keadaan bagaimanakah nanti kita meniti titian Sirat, di tangan manakah kita bakal menerima buku amalan, bahagiakah kita di alam barzakh nanti atau sebaliknya? Semoga tergolong dalam golongan mereka yang diputihkan wajahnya di akhirat kelak. Rahmat Allah mengatasi segalanya!


Salam Eidul Adha. Allahu Yuhibbul Muhsinin.


Allahumma najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah!

Friday, November 4, 2011

Pimpin kami

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Untaian syukur ini diratibkan hanya buat Rabbul Izzati di atas kurniaan kesihatan, kemakmuran, kesejahteraan hidup dan tidak lupa juga di atas nikmat iman dan Islam yang memungkinkan kita untuk terus mencuba untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Ya, nikmat paling besar iaitu apabila kita berpeluang bertemu dengan Allah azza wa jalla di akhirat kelak. Allah, layakkah? Saat soalan ini diajukan terngiang-ngiang kata-kata Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki di dalam satu majlis ilmu yang pernah saya hadiri.

Katanya kita perlu bersangka baik dengan Allah, hatta dalam soal penerimaan taubat kita oleh Allah. Juga diaplikasi dalam hal yang sebegini. Walaupun kita rasa tidak layak, namun kita harus optimis dan yakin bahawa Allah memperkenankan doa hamba di dalam keadaan hamba berada dalam kesusahan dan kemudharatan. InsyaAllah, ini adalah antara faktor mustajabnya doa kita.

Sudah pasti doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Bermula daripada makanan dan minuman yang halal, doa yang bersungguh-sungguh, dan berbuat baik sesama manusia, penantian terhadap doa yang dipanjatkan kepada Ilahi Rabbi pastinya membuahkan kemanisan di akhiratnya. Buah taqwa yang akhirnya tinggal lagi untuk dipetik pastinya suatu penantian yang sungguh berbaloi. InsyaALlah.

Tahun 2011 menyaksikan pelbagai agenda politik tanah air yang sungguh menjelikkan. Dan tidak kurang juga ada momen manis untuk dikenang.Isu liwat dan skandal seks, Bersih 2.0, Kebuluran di Somalia, Isu pemeriksaan gereja Methodist, Bajet 2011, Hudud, penggantungan Prof Aziz Bari dari tugasnya sebagai Pensyarah Undang-undang UIAM, dan yang terbaru Himpunan Sejuta Umat. Campur tangan politik kotor memburukkan keadaaan. Di manakah keadilan? Di manakah mereka yang mengaku Islam?Di manakah akal yang waras? Di manakah iman? Di manakah oh di manakah!

Umat Islam itu bersaudara. Tidak dikira beriman seseorang itu selagi dia tidak menyayangi orang lain seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri. Umat Islam ibarat satu badan, dicubit peha kiri, terasa sakitnya peha sebelah kanan. Allahu Allah, barangkali hadis dan ayat Al-Quran yang berkaitan sudah kita maklum, namun sejauh manakah pelaksanaannya. Retorik?. Muhasabah.

Kedangkalan akal manusia barangkali menimbulkan satu mehnah yang membawa kepada kehancuran golongan yang lain. Semua ini tidak lain dan tidak bukan merupakan ujian Allah kepada kita yang sedar dan faham. Sayangnya Allah pada satu umat adalah dengan banyaknya ujian yang didatangkan kepada umatnya. Dunia tidak akan kekal lama, dan esok belum pasti menjadi milik kita. Seruan Al-Asr untuk kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran barangkali bisa menjadi pemangkin untuk menyebarkan risalah Islam dalam apa jua cara. Sudah pasti ianya perlu didasari dengan ilmu dan jihad (bersungguh-sungguh) yang kemudiaannya akan menimbulkan pengorbanan.

Politik itu suci. Islam juga mengambil berat soal politik. Dari pembinaan sakhsiyah Islam kepada terbentuknya sebuah kilafah Islam semuanya memerlukan usaha semua umat Islam yang bersungguh-sungguh.Keadaan ini membawa saya kepada satu analogi. Kebetulan terbaca kisah ini di dalam Syarah Hikam. Pada suatu malam sewaktu Perang Badar, serban dan baju baginda terjatuh. Baginda Rasulullah s.a.w berdoa agar Allah menunaikan janji-Nya agar memenangkan mereka di dalam Perang Badr. Selepas berdoa sahabat memujuk agar Rasulullah s.a.w tidak risau kerana janji Allah itu pasti (Lebih kurang begitu ceritanya). Di sini Rasulullah menunjukkan kesempurnaan ilmu apabila Baginda tidak hanya bergantung pada sesuatu yang zahir.

Maka, apa yang dapat disimpulkan, pentingnya untuk kita bersatu menggembleng tenaga dalam soal penyatuan ummat Islam yang akan membawa kepada tertegaknya Islam. Mahukah kita hanya dengan menongkat dagu dan melihat Islam kembali gemilang atau mahu turut serta dalam perjuangan ini. Biar kecil namun ada nilai di sisi Ilahi. Mudah-mudahan.Allahuakbar, semoga Allah mengurniakan kita kekuatan. Mana mungkin kita mampu menadah tangan untuk berdoa dan melaksanakan ibadah tanpa kekuatan dari-Nya.

Mohon doa mendoakan agar kita semua terus thabat dalam perjuangan kecil ini. Benar, kita adalah rantai-rantai mata perjuangan Rasulullah. Namun, mujahadah itu perlu. Perbaiki amalan itu perlu. Perbaiki akhlak itu perlu. Sepanjang masa.

Allahu’alam.