Monday, October 24, 2011

Ya Habib Ya Muhammad

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Saturday, October 22, 2011

Tholaba


Bagaimana dengan solat kita hari ini?

Sengaja dilewatkan atau tepat pada waktunya? Siapa kita jika mahu Allah menunggu? Kita bukan sesiapa. Kita hanya manusia yang alpa dan leka yang diciptakan dari setitis air mani yang hina.

Bagaimana dengan tahajjud kita? Manifestasi syukur yang pasti dinanti-nantikan oleh si pemburu cinta Ilahi Rabbi.

Ya benar, solat yang satu ini jika dilaksanakan secara istiqamah, khusyuk dan ikhlas mampu membantu mencegah kanser. Tetapi itu bukan tujuan asal kita. Prioriti kita adalah mahu melahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t yang tiada henti memberi nikmat.

Ditenggelami dingin malam dan keenakan tidur di atas katil dan bantal yang empuk pasti sahaja membuatkan syaitan menang dalam pertarungan ini. Betapa besarnya nafsu yang harus dilawan. Bersyukurlah sekiranya mujahadah kita mampu menepis ujian ini.

Pasti sahaja kita maklum dengan janji-janji Allah bagi mereka yang menunaikan solat 2 rakaat di sepertiga malam ini. Hakikatnya kita sudah biasa dengan peringatan tersebut. Namun langkah lebih serius perlu diambil. Sudah banyak nikmat yang diberi. Pancaindera yang lengkap, kesihatan yang baik, kemakmuran negara dan banyak lagi nikmat yang tidak terkira.

Kekuatan dai'e itu pada solat malamnya. Apalah gunanya bait-bait kata indah tanpa punya usaha memperbaiki kekuatan dalaman?

Semoga Allah kurniakan kita taufik dan hidayah-Nya. Kita pasti mahukan pahala-Nya kerana kita adalah orang awam. Ibadat kita sebagai medan untuk kita menunjukkan rasa cinta dan syukur kita kepada Yang Maha Satu.

Didik diri lazimi istighfar dan zikrullah agat hati itu terus hidup. InsyaALlah. Teruskan berharap pada Allah. Dia sentiasa ada untuk kita.

Khusyuk itu juga timbul bila ada unsur tholaba (meminta). Bermanja-manjalah dengan Pencipta selagi punya waktu.

Saturday, October 15, 2011

Di celahan KAHS

Membaca, membaca, membaca dan menulis. Petikan kata-kata A.Samad Said.

Bengkel Penulis Muda yang berlangsung semalam sedikit sebanyak membantu saya untuk teruskan penulisan. Saya kira, bagi mereka yang pandai menulis dalam erti kata, dapat menyampaikan kata-kata yang mudah difahami dan susunan yang baik mampu menyampaikan idea dan juga informasi kepada pembaca dengan baik. Tulisan itu tidak semestinya mempunyai ayat-ayat bombastik.

Menulis dari hati dan insyaALlah sampai ke hati.

Zaman ini zaman teknologi. Kini tidak perlu menggunakan pen untuk menulis. Cukup sekadar punya sebuah laptop atau notebook. Barangkali method dakwah melalui penulisan cukup berkesan, tambahan anak-anak muda kini dilanda fenomena media baru seperti Facebook dan Twitter. Perkongsian di laman-laman sosial mungkin membantu. Seruan Baginda Rasulullah s.a.w untuk menyampaikan darinya walaupun satu ayat barangkali menjadi pemangkin buat mereka yang suka menulis. Mungkin itu cara mereka. Kemampuan setiap dari kita berbeda.

Teruskan membaca. Dan di akhirnya pasti akan ada sesuatu untuk ditulis. Saudari Rebecca Ilham sungguh provokatif dan cukup member inspirasi untuk menulis. Slot Jom Menulis selepas Zuhur sungguh mencuit hati dan menyeronokkan. Bait-bait tulisan di atas helaian kertas dilontarkan oleh setiap peserta. Cerita yang pelbagai.

“Kreatif juga budak Sains ni ye, siapa kata budak sains direct to the point, kalian semua sudah membuktikan”. Kak Rebecca melontarkan kata-kata ini setelah selesai mendengar karya kami. Banyak pengajaran daripada semua cerita yang dikongsikan. Teruskan menulis sahabat. Kritikan dan komen dari Kak Rebecca cukup membina.

Terima kasih buat sahabatku kerana membetulkan fahaman saya yang selama ini saya kira salah.

“Menulis bukan untuk memberitahu tetapi untuk mencipta tahu”. Katanya Ustaz Saiful Islam yang berkata sedemikian,. Ada benarnya. Jika niat hanya untuk memberitahu, mereka akan baca tanpa mahu ambil tahu. Tetapi jika untuk mencipta tahu, kita mahu mereka tahu dan ambil tindakan seterusnya.

Semoga segala perkongsian dari diri yang dhaif ini di laman yang tidak seberapa ini punya manfaat buat mereka yang berkunjung ke sini. Sejujurnya, saya menulis untuk peringatan buat diri saya sendiri. Segala kata-kata dan tulisan ada tanggungjawab ke atasnya. Semoga Allah tuntuni hati ini ke jalan yang diredhai-Nya.

Saya kira Bengkel Penulis Muda ini perlu dijadikan program tahunan dalam usaha memenuhi aspek intelektualisme. Aspek spiritualisme, aktivisme dan idealism sudah ada perencanaannya, dan semoga bengkel tersebut menjadi pemangkin buat peserta yang hadir untuk terus menulis dalam menyebarkan idea masing-masing.

Jika anda adalah seorang pelajar Perubatan, sampaikan ilmu yang anda tahu dengan cara mudah melalui cerita-cerita yang difahami oleh masyarakat. (Ditujukan khas buat saya Pelajar Sains Bioperubatan).

Kak Rebecca berkongsi.

“Albert Einstein cakap saintis yang tidak tahu menyampaikan konsepnya pada budak berumur 6 tahun sebenarnya masih tidak faham konsep tersebut”.

Surah pertama yang diturunkan menggalakkan umat Islam untuk membaca. Membacalah dan kemudian berkongsilah agar yang lain juga dapat merasakan nikmat ilmu itu. InsyaALlah. Semoga ini dapat dijadikan saham di akhirat kelak.

Monday, October 10, 2011

Pondering & wondering

Apa agaknya saya nak tulis?

Jeling-menjeling? Pelik je rasa.

Membelek blog yang tidak dikemaskini. Semua tengah sibuk untuk persediaan esok. Pembentangan Kertas Kerja Projek Tahun Akhir. Alhamdulillah hari minggu yang lalu sungguh bermakna. Terima Kasih Allah.

Dan malam tadi sungguh jelas pertolongan Allah. Biarlah menjadi rahsia. Firman Allah dalam surah 55 ayat 60 menjadi realiti.

Doakan saya untuk esok, agar dipermudahkan lisan, ditenangkan hati dan semoga manis muka bila bentang, so that panel pun rasa sedap ingin mendengar dan tanya soalan pun tidak banyak. Hehe.

Terbaca sesuatu dan perasaan mahu berkongsi yang sangat tinggi. Jom sama-sama hayati dan cuba amalkan. InsyaAllah.

Imam Asy Syafi’i rahimahullah mengatakan dalam risalahnya mengenai 4 kewajipan menuntut ilmu.

Pertama, sangat semangat untuk menambah ilmu.

Kedua, sabar dalam meraih ilmu.

Ketiga, mengikhlas niat karena Allah Ta’ala dalam mencari (ilmu).

Keempat, memohon pada Allah agar mudah mendapatkannya (ilmu)

Jom sama-sama berjihad. Semoga Allah tuntuni setiap langkah kita.

Monday, October 3, 2011

Pesanan beliau

13 Pesanan Dr Yusuf Qardhawi dalam melihat bukti penguat dan tanda-tanda ikhlas dalam kehidupan orang yang mukhlis.


1. Takut Kemasyhuran
2. Menuduh Diri Sendiri
3. Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Liputan
4. Tidak Memerlukan Pujian, Dan Tidak Tenggelam Dalam Pujian
5. Tidak Kedekut Pujian Terhadap Org Yg Memang Layak Dipuji
6. Berbuat Selayaknya Dalam Memimpin
7. Mencari Keredhaan Allah Bukan Manusia
8. Menjadikan Keredhaan dan Kemarahan Kerana Allah Bukan Kerana Kepentingan Peribadi.
9. Sabar Sepanjang Jalan
10. Berasa Senang Jika Ada Yang Bergabung
11. Rakus Terhadap Amal Yang Bermanfaat
12. Menghindari Ujub
13. Peringatan Agar Membersihkan Diri

Moga Diberikan Kekuatan Untuk Memperbaiki Diri.

Syukran kathir kepada Saudara Hasanin. Cepat-cepat pulang Malaysia ya!