Mencuri sedikit masa usai menyiapkan toxicology report. Niat mahu mengemaskini laman ini, moga ada ibrah buat diri dan yang datang menjenguk.
Apa khabar agaknya ye saudara-saudara kita di Palestin, di Iraq, di Mesir dan semua ummat Islam yang tidak henti-henti ditindas. Matinya seorang anak kecil semakin bertambah-tambah pejuang-pejuang kecil yang dilahirkan dari rahim ibu yang sungguh tabah mengharungi ujian dunia yang cukup mencabar. Pernah terdetik di hati kecil ini, "ujian dunia ini sudah mencabar apatah lagi ujian akhirat yang berganda-ganda cabarannya".
Apakah punya doa buat mereka usai solat fardhu kita? Masihkah ada sensitiviti pada diri kita andai umat Islam ditindas dan Islam dihina? Jika ada, ucaplah lafaz syukur kerana kamu masih punya iman di dada. Bukankah Nabi pernah bersabda bahawa kamu Muslimin yang saling mengasihi dan menyanyangi ibarat satu tubuh, tatkala salah satu anggota tubuh merasakan sakit, maka anggota tubuh yang lainnya akan merasakan pula dengan demam dan tidak bisa untuk tidur. Subhanallah. Adakah kita seperti itu?
Di saat kita diasak dengan assignment, report, persatuan-persatuan dan program-program, nilai kembali iman kita, hubungan dengan Allah dan manusia serta niat kita. Sering kali kita tersasar, namun jalan di hadapan luas terbentang dan pintu taubat masih lagi terbuka. Segera beristighfar. Muhasabah diri sebelum melelapkan mata, apa yang sudah kita lakukan seharian, berapa kali lidah dan hati basah dengan zikrullah? Adakah kita punya kesempatan untuk menghirup udara Allah pada keesokan harinya? Niat untuk bertahajjud, kerana Allah sedia mendengar rintihan hamba di sepertiga malam. Moga kita semua istiqamah ye!InsyaAllah.
Usai membentangkan page review di kelas EOP sebentar tadi. Buku yang begitu memberi makna selain daripada buku-buku berbentuk keagamaan. From Beirut to Jerusalem oleh Dr. Ang Swee Chai. Lebih kurang sebulan yang lalu dipertemukan dengan buku ini. Sungguh, setiap momen yang diceritakan membuatkan diri seolah-olah berada di tempat mereka. Jika sebelum ini suratkhabar memaparkan Lauren Booth, yang merupakan adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain memeluk Islam tatkala menjalankan tugasnya di sana, kali ini keadaan sedikit berbeza.
Walaupun Dr. Ang bertahun-tahun di sana dan terlibat sebagai volunteered medical team dan belajar mengenali rakyat Palestin dan Lebanon namun beliau tidak dikurniakan hidayah-Nya. Di situ dia lebih mengenali watak sebenar Israel. Indah bukan, seorang Kristian totok yang sangat peduli akan nasib ummat Islam dan sanggup meninggalkan pekerjaannya semata-mata kecintaannya terhadap kerja-kerja seperti ini. Subhanallah..Mudah-mudahan Allah mengurniakan Dr. Ang hidayah-Nya. Lambat atau cepat itu bezanya. Ada hikmah di sebalik kejadian.
Al-Fatihah buat semua ummat Islam yang masih hidup dan yang telah kembali menghadap Ilahi.

No comments:
Post a Comment