Alhamdulillah. Syukur setinggi –tinggi syukur pada Allah yang menenangkan jiwa hamba-hamba-Nya. Usai sudah menyiapkan Term Paper untuk subjek English for Academic Purposes (EAP). Kerja-kerja mengedit sudah selesai dan tinggal untuk dihantar pada hari Jumaat ini. Alhamdulillah tidak tergesa-gesa menyiapkannya memandangkan dua minggu yang lalu saya telah menyelesaikan bahagian-bahagian penting kertas ini. Syukur pada Allah yang memudahkan urusan hamba.Tidak dinafikan, minggu ini masing-masing sibuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh, sibuk dengan kuiz, kerja-kerja persatuan dan sebagainya.
Minggu ini juga adalah minggu terakhir untuk berusrah bersama adik-adik. Setelah kata sepakat dicapai, kami semua bersetuju untuk berusrah buat kali terakhir pada semester ini. Rindu rasanya saat-saat indah, jiwa-jiwa yang saling mengingati lantas disahut insan lain yang dahagakan ilmu Tuhan yang pastinya perlukan kekuatan untuk mengamalkan segala ilmu yang telah diketahui. Tidak lupa juga sunnah-sunnah Nabi yang seharusnya kita sebagai ummat yang mengaku mencintai Nabi amalkan.Faham, amal dan ikhlas!Semua harus bersatu menjadi satu.Allah ku pohon kekuatan itu..
Alhamdulillah. Suatu ungkapan yang benar-benar bermakna dan mampu membuat jiwa bergetar jika makna lafaz syukur itu dihayati. Dihayati yang bagaimana? Barangkali yang sudah melaluinya susah untuk menerangkan. Biarlah Allah menjadi saksi antara urusan hamba-hamba-Nya yang begitu cinta akan-Nya. Ada seorang sahabat pernah bertanya bagaimana mahu menunjukkan rasa syukur pada Rabbul ‘Alamin. Ada yang menjawab dengan mengucap kalimah syukur “Alhamdulillah”. Jawapan saya, dengan ibadah-ibadah umum dan khusus yang kita lakukan setiap hari, insyaAllah.
Mungkin dahulu semasa kita masih lagi kecil, solat kita ikut-ikutan, puasa juga ikut-ikutan, semuanya ikut-ikutan. Ya benar itu tidak saya nafikan. Namun, semakin diri menginjak dewasa, Allah kurniakan hidayah-Nya buat hamba mengenal ilmunya, mengenal erti hidup di atas muka bumi ini. Subhanallah, terasa begitu indah sekali. Syukur yang tidak terhingga pada-Mu Ya Allah atas segala kurniaan Yang Maha Besar ini.
Setiap ibadah jika dihayati pasti menimbulkan rasa kepuasan di dalam diri. Bukankah orang yang khusyuk di dalam solat adalah orang-orang yang berjaya?Bacaan dalam setiap pergerakan solat membawa makna yang jika dihayati dapat menimbulkan rasa khusyuk. Susah mahu khusyuk namun usaha kea rah itu suatu usaha bernilai yang punya ganjaran di sisi Rabbul ‘Izzah. InsyaAllah.Mohon jauh dari solat yang mempercepatkan seksaan ke atas kita. Nauzubillah min zalik!
Dalam kesibukan dengan urusan duniawi, jangan dilupa Al-Quran, jangan dilewatkan solat dan jangan ditinggalkan zikrullah. Semoga Allah menuntun hati kita ke jalan yang diredhai-Nya. Bak kata Ustaz Azhar Idrus pada kuliah Maghrib yang lepas, kita ini perlu ada matlamat mahu ke syurga-Nya!Bagaimana?Fikir sendiri;)
Allahu’alam
2 comments:
mualaikum, lama tidak memberikan komentar pada blog2 sahabat2 semua. hmm
sudah menjadi lumrah diperingkat awalmya perlu hanya mengikut kerana itulah peringkat awal pembelajaran, semunya perlukan seorang guru untuk kita ikut apa yang mereka lakukan. terutama sekali ilmu tersebut berkaitan dengan yang tidak kita fahami, masalah akan terjadi jika kita mula menemplak apa yang tidak kita fahami tanpa terlebih dahulu mengikut.
namun usia yang makin meningkat memerlukan kita untuk mula mengkaji hikmah dan tujuan sesuau itu dibuat kerana ulama terdahulu lebih tinggi ilmunya dari pak2 ustaz yang ada sekarang. jika tidak faham ilmu tersebut hinakanlah diri sendiri kerana tahap otak kita tidak setinggi otak ulama terdahulu kerana kita tidak mampu memahami karya mereka, bukan mengeuarkan kenyataan bahawa ulama terdahulu silap. maka disini peranan guru cukup penting, hilang guru hilanglah kita semua.... nanti su akan kongsikan beberapa peristiwa yang insyaAllahu bermanfaat. cumanya perlu membersihkan dahulu hati sekian
tersalah bg salam pulak.....
Assalamualaikum
Post a Comment