Tuesday, July 13, 2010

You don't deserve A-



Bismillahi walhamdulillah


Wah, lama sungguh laman ini terbiar. Dibelek-belek tetapi gagal untuk dikemaskini lantaran masa tidak mengizinkan. Mungkinkah alasan? Setelah sibuk dengan minggu persediaan untuk menerima kemasukan pelajar baru kini tiba pula dengan semester baru. Alhamdulillah, kini diri melangkah ke Tahun Tiga pengajian sebagai seorang pelajar Sains Bioperubatan. Syukur, semoga tempoh pengajian di sini benar-benar bererti dalam erti kata diri mengaplikasikan segal ilmu yang dipelajari dan bukan sekadar exam oriented!


Dari tidak tahu berjalan, merangkah bertatih dan akhirnya kini dapat berjalan dengan baik dek nikmat Tuhan Yang Satu. Nikmat yang tidak pernah putus. Maka, nikmat Tuhan yang mana satukah yang kau dustakan? Mari beralih ke tajuk entri pada kali ini. Sahabat mungkin tertanya-tanya. Namun sebenarnya, ayat itu yang membuatkan diri ini malu. Malu pada Allah, malu pada manusia. Allahu Allah.


Semalam Dr.Tariq selaku pensyarah subjek Immunology bertanyakan soalan kepada kami sebelum kelas bermula.


What is Immunology?


Selepas beberapa ketika dan mengumpul keyakinan untuk menjawab melalui Jannah, saya pun memberi jawapan yang paling mudah memandangkan semua orang mendiamkan diri. Immunology is a study of immune system. Ringkas saya menjawab dengan sedikit perasaan gementar bersarang di hati. Entah apa respon pensyarah terkenal di kalangan pelajar Sains Bioperubatan yang satu ini.


That's a simple answer from your friend but I want more than that, jawab Dr.


Ya, benar jawapan itu adalah jawapan paling mudah, sebelum menjawab mungkin harus berfikir lebih panjang?:D Sesi bermula dengan doktor bertanyakan siapa di antara kami yang memperoleh A untuk subjek Microbiology pada semester lepas. Tiada sesiapa yang mengangkat tangan. Diteruskan lagi dengan bertanya siapa yang memperoleh A- pula. Kali ini tiada juga yang mengangkat tangan. Doktor mencabar kami dengan mengatakan bahawa beliau akan menyemak kembali kertas peperiksaan yang lalu dan akan menolak markah untuk subjek pada semester ini jika tiada sesiapa yang mahu mengaku. Akhirnya beberapa tangan kelihatan.


Agak memeritkan apabila beliau mengatakan bahawa " You don't deserve A- for Microbiology" dek kerana seorang sahabat gagal mengingati soalan yang keluar pada semester lepas. Terkesan di jiwa. Semuanya perlukan keikhlasan dan inilah yang terjadi sekiranya kamu belajar semata-mata kerana peperiksaan. Saya sendiri masih mengingati soalan-soalan peperiksaan 15 tahun lalu dan juga 20 tahun yang lalu. Kata Doktor dengan tegas tetapi penuh kelembutan.


Benar, andai niat kita benar-benar ikhlas kerana Allah s.w.t dalam menuntut ilmu, tidak mengira apa jua jenis ilmu pasti Allah akan bantu dan sudah tentu kita mengingatinya walaupun 3 bulan bercuti. Saya sendiri samar-samar soalan apakah yang keluar pada semester lepas. Usahkan semester lepas, soalan semasa berada di Tahun Pertama sendiri saya sudah lupa!


Ayuh sabahat-sahabat, kembali mujahadah, sentiasa perbaharui niat. Niat seringkali mudah tergelincir dari landasan dan perlunya iman yang kuat untuk mengekalkan niat yang satu. InsyaAllah. Semester baru pastinya semua sibuk dengan azam baru dan sebagainya. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang melebih-lebihkan dunia. Lihat sahaja melalui amal seharian kita. Akhirul kalam, Selamat Datang ke IIUM Kuantan buat adik-adik dan semoga semester kali ini dipenuhi dengan warna-warna tarbiyyah dari Ilahi. Perjalanan masih jauh namun saat yang dijanjikan itu bila-bila kan bertamu. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan mahabbah-Nya.


Allah Lebih Mengetahui.




2 comments:

bintunQamar said...

tp kalo mmg lupa mcm mane?
sbb kite blaja benda tu skali je, lainla kalo diulang2..
hmm

Fatimah bintun Qamar said...

bintunqamar: kalau lupe tu mmg dasar pelupa..hehe

kak ira ckp kalau time kelas mmg betul2 belajar sebab kan ilmu tu, tapi kalau time exam mmg sebab exam, sebab kita nak jawab exm mesti kita study ap yg kuar, kalau tak dapat jawab la kan:))