Monday, April 26, 2010

Gelombang Keadilan

Akhir-akhir ini kerap kali memasang lagu "Gelombang Keadilan" nyanyian kumpulan nasyid Shoutul Haraqah daripada Indonesia. Kebanyakan lagu-lagu mereka berunsurkan jihad dan perjuangan.Sungguh terkesan di hati, sekali sekala membawa diri ke alam Jihad dan menyelami perjuangan mujahid dan mujahidah Islam. Allahu Allah. Malu rasanya. Doa yang mampu ku berikan.Hayati lirik-lirik di bawah. Semoga menjadi pembakar semangat buat pejuang-pejuang agama Allah. InsyaAllah.

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Saturday, April 24, 2010

Jiwamu jiwaku

Alhamdulillah wa syukrillah..

Hari-hari yang dilalui semalam saya kira anugerah daripada Sang Pencipta. Alhamdulillah kini masih lagi bernafas. Terima Kasih Allah. Semuanya punya hikmah, ya hikmah untuk kita semai dan tuai agar menjadi pedoman buat mereka yang mahu berfikir.

Bermula dengan tamrin untuk adik-adik di Sekolah Menegah Agama Sultan Azlan Shah, Bota, Perak dan malamnya pula mengikuti konsert nasyid Kembara Sufi, gabungan artis nasyid tanah air dan antarabangsa, Azhan Atan, Rabbani dan Shoutul Haraqah. Alhamdulillah, Segala puja dan puji buatmu Ilahi Rabbi.

Banyak sungguh rasanya pengisian yang saya dapat daripada siri-siri kuliah di sekolah tersebut, lantas terus mempraktikkannya, bimbang juga ilmu di dada tanpa amal tiada gunanya. Astargfirullah. Buat sahabat-sahabat seangkatan, mari kita cuba sedaya upaya melaksanakan ilmu yang kita peroleh. Kini bulan lagi sekadar retorik, bukan sekadar manis di bibir atau juga sekadar menaip di hujung jari. Tidak lagi!Gerunlah dengan ayat Allah dalam Surah As-Soff : 2-3. Tamrin adik sama dengan tamrin kakak-kakak dan abang-abang fasi juga.Terima kasih kepada pihak sekolah atas pemberian buku "Indahnya Hidup Bersyariat".Jazakumullahu khairan kathir!Tidak sabar mahu membacanya.

Saya fikir ini adalah program keempat saya bersama dengan pelajar-pelajar sekolah Agama. Mereka punya potensi menjadi Muslim professional. Andai kesedaran tidak dipupuk dalam diri mereka sia-sia rasanya. Malu sungguh rasanya bila adik-adik memuji dan mengatakan "ilmu kakak sangat banyak"..Allah, berderau darah mendengarnya, dan saya hanya mampu diam. Allah lebih Mengetahui. Semoga Allah menjauhkan hambaNya ini daripada perasaan riak. Ilmu kurniaanya ini sangatlah cetek jika mahu dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Saya sendiri walau ke program ,merasakan diri ini yang diprogramkan. Alhamdulillah, terima kasih kepada insan-insan yang mewarnai hidup ini.


Kenangan bersama

Malamnya pula menghadiri Konsert nasyid. Saya sedaya upaya menghayati lirik-lirik lagu yang disampaikan artis-artis pada malam semalam. Subhanallah, terkesan di jiwa. Air mata tidak lagi dapat diseka pabila lagu "Untukmu Palestina" didendangkan dengan penuh semangat. Sungguh diri sentiasa mendoakan buat saudara seakidah. Untukmu Palestina tercinta, kami penuhi panggilanmu, kami kan terus bersamamu. Demi jiwa dan darahmu. Ya Allah kau kuatkan hati dan jiwa-jiwa mereka agar terus terpasak di jalan juangMu Ya Allah. Lagu-lagu yang disampaikan oleh kumpulan Indonesia ini benar-benar membuat hati tersentuh. Tidak rugi rasanya menjejakkan kaki di Dewan Canselor semalam. Salah satu objektif Kembara Sufi adalah untuk memperkenalkan hiburan sebenar dalam Islam. Persembahan montaj yang mantap dan penuh makna, khas buat penonton. Syabas kepada barisan penganjur dan juga penaja utamanya I luv Islam.Terima kasih juga padamu wahai adikku. Percutian 4 hari 3 malam di UTP ini tidak sia-sia, insyaAllah. Mudah-mudahan.


Akhirul kalam, mari bersama mendoakan saudara seakidah kita. Mereka terpilih berjuang di sana, kita? Hanya bergoyang kaki di sini atau mahu bersama-sama mereka. Dalam erti kata jihad kita jihad melalui penulisan, pemboikotan dan tidak lupa untuk terus mendoakan mereka. Ingat Jiwa dan darah mereka juga milik kita. Segores luka di jalan Allah akan menjadi saksi pengorbanan mereka di Padang Masyar kelak. Allahu Allah...Salam mujahadah buat semua. Salam muhasabah buat sahabat-sahabat semua. Ingatlah perjuangan yang saya dan mungkin juga kalian lakukan ini sangat kecil, semoga ada nilainya di sisi Ilahi. InsyaAllah.

Thursday, April 22, 2010

Indah rupa

Masjid An-Nur, UTP

Pelawaan adik semalam untuk menunaikan solat Subuh di Masjid keesokan harinya saya balas dengan jawapan yang penuh semangat. Sudah lama tertunggu-tunggu untuk merasai suasana beribadah di Masjid yang sering menjadi sebutan adik yang seorang ini. Pagi tadi saffnya begitu "memberangsangkan". Satu saff lelaki, lebih maju tiga saff, kata adik saya. Saya hanya berdiam diri. Sambil memikirkan masjid UIA yang masih lagi dalam proses pembinaan. Saya kira ramai yang menanti-nantikan masjid tersebut dengan harapan agar pembinaannya dipercepatkan, walaupun keutamaan sekarang adalah mahallah dan kuliah. Tetapi agak lama juga proses pembinaannya. Yang merisaukan nasib Masjid itu nanti, adakah bakal diimarahkan oleh warga UIA?Ditambah dengan pelajar lelaki yang menghuni di dalam UIA semakin berkurang.

Lihat sahaja, trend membina masjid yang mewah dan besar-besar, namun sedikit sekali orang yang mengimarahkannya. Indah rupanya, namun suasana kelam dan muram menyelubungi persekitarannya. Mentaliti orang sekarang masjid hanya untuk menunaikan solat. Inilah tanda-tanda akhir zaman. Terlalu mengagungkan binaan masjid.

Buat kaum lelaki terutamanya, jadilah kalian orang yang sentiasa rindu akan rumah Allah. Sentiasa mengejar solat berjemaah. Mengharapkan "pembimbingku" nanti seorang yang kaki masjid. Usah kalian bicara soal ummah, soal perjuangan jikalau mahu menunaikan solat berjemaah di masjid sahaja sudah liat. Paling kurang kalian berjemaah satu solat fardhu di masjid, daripada tidak langsung ke masjid, dan paling dasyat jika tidak pernah merindui rumah Allah. Kembali pada-Nya, urusan dunia tidak akan pernah berhenti mengejar kita namun terpulang pada individu, Allah menyediakan ruang yang cukup buat kita, tinggal lagi pelaksanaan.

Dalam kita mengindahkan luaran, mari bersama indahkan dalaman yang merangkumi akhlaq dan ibadah kita. Semailah buah iman sebaiknya agar tumbuh mekar dalam diri. Kerana dari iman bermula segala-galanya. Ayuh!


Tuesday, April 20, 2010

Syukur itu indah

Alhamdulillah.

Punya Dia untuk meluah.

Punya Dia untuk menangis sepuas-puasnya.

Punya Dia untuk menenangkan hati.

Punya Dia untuk segalanya.

Tidak memerlukan yang lain melainkan Dia. Hanya Dia.

"Wahai Pemilik nyawaku, betapa lemah diriku ini, berat ujian dari-Mu, kupasrahkan semua padaMu"

Quoting favourite words from Muhasabah Cinta lyrics. This entry was inspired by others feeling and perception towards each circumstances that occured in their life. No matter bad or great that feeling, remember that whoever taqarrub ilallah and try the hardest, inshaAllah will possess the greatness of iman, inshaAllah. Happy mujahadah. For me and for you^_*

Sunday, April 18, 2010

Gadis Palestina



Di tengah malam-malam intifadho'
Di antara pekikan mortir dan peluru
Kepada ALLAH engkau memohon
Bersujud, meminta petunjuk

Gerhana meredupi relung hatimu
Saat maut merenggut keluargamu
Oleh kebiadaban serigala penjajah
Yang menginjak-injak tanah Palestina

Wajah teduhmu dalam balutan jilbab
menaklukkan hati seorang mujahid
Menumbuhkan simpati dan perhatian
Merajut cinta karena-Nya

Hampir tiba sang batas waktu
Menyatukan dua hati yang terpaut
Satukan kekuatan tuk bela Palestina
Persembahan pengabdian pada Al-Aqsha

Sayang, impianmu kini menggenang
Sang Mujahid tinggal bayangan yang hilang
Di tengah malam-malam intifadho'
Di antara pekikan mortir dan peluru

Ya ALLAH,
Bangkitkan jiwanya
Stiap episode sang gadis Palestina
Yang menghadapi coba dan dera
Trus maju membela agamamu
Yang tak sekedar menjadi muslimah
Ingin syahid sebagai mujahiddah


~Seismic~

Wednesday, April 14, 2010

Berjalan, melihat & mentafsir

Sampai sahaja, kami terus dibawa sarapan di kedai makan bersebelahan Masjid Zahir, Alor Setar dan kemudiannya "bertemu Allah" di Masjid Zahir. Selepas itu melawat-lawat sekitar Kota Alor Setar, dan malamnya kenduri tahlil di rumah Naimah.


Subhanallah, pandangan matahari terbenam!

Hari itu agak teruja kerana akan ke Maahad Derang, berusrah bersama Ustaz Hafiz, memetik salah satu kata-kata beliau, "Wadah-wadah dakwah di Bumi Malaysia umpama jenis-jenis rawatan, du'at merupakan perawat manakala mad'u pula adalah pesakit"

Alhamdulillah..Kenangan kedua di Maahad Tarbiyyah Islamiah Derang,sudah 2 tahun rasanya masa berlalu, sempat juga kami yang muslimat beramah mesra dengan adik-adik tahfiz di sana


Usrah sebentar bersama Ustaz Wahab selepas ziarah Tok dan Tok Wan Ceksue, beliau menyentuh soal niat, yang kita nampak seperti perkara biasa kerana selalu disentuh, namun jika tidak diingatkan kita bisa hanyut. Beliau mengingatkan kami mengenai kepentingan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.Sempat juga berkenalan dengan produk-produk HPA. Hasilnya saya membeli ubat gigi HPA:)

Ustaz Suparman atau lebih mesra dengan usikan Superman. Pelajar di sekolah berkata bahawa beliau belajar di Indonesia dan kemudiannya berkahwin dengan orang Malaysia. Sangat aktif juga dalam badan dakwah di sana. Hari terakhir kami berprogram dengan adik-adik Tingkatan 3,4,5 & 6 SMK Islah seramai 250 orang. Untuk pengetahuan sekolah tersebut merupakan sekolah lama seorang sahabat, Suhairi Ismail.

Walid merangkap pengarah program.Syukran Jiddan 'ala kulli hal

Bersama adik-adik dalam LDK. Pendapat saya pelajar sekolah agama sememangnya harus didedahkan dengan realiti kehidupan di luar. Sayang seribu kali sayang jika mereka hanya fokus kepada alam mereka sendiri.Ada bakat menjadi seorang yang profesional.

Seperti biasa saat akhir program paling tidak saya dan anda juga suka.Usai program kami berusrah dengan ustaz Razali, Pengetua SRI Islah (kalau tidak silap). Antara kata-kata beliau, ilmu adalah sebagai alat, fungsinya untuk membina generasi bukan mencari duit, belai juga menyentuh soal usrah dan kepentingan kenal sahabat dan musuh dalam gerakan.

Banyak lagi pengisian yang ingin dikongsikan sebenarnya. Buat sahabat-sahabat teruskan berbakti kepada ummat, ya ummat akhir zaman,demi Islam agama tercinta.Ingatlah walau apa pun yang kita rancang, Dia Perancang Yang Maha Hebat, mohon agar dia memimpin urusan kita seharian, usah sekali-kali mohon Dia mempermudahkan urusan kita. Oh ye, ini pesanan Ustaz Hafiz sebenarnya, saya sekadar menyampaikan. Salam muhasabah.Allahu'alam.

" Ya Allah, jadikan kami hamba-hamba yang sentiasa rindu dan cinta padaMu, taat dan patuh akan suruhanMu, redha dan tawakkal atas ujianMu, satukan hati kami ke jalanMu dengan penuh ketaatan, jangan palingkan hati kami Ya Allah, ampuni kami Ya Allah"


Lelaki tanpa hati

Suatu hari ada seorang pemuda yang merasakan dirinya terpisah antara kewajipan & realiti, antara iman & ilmunya dan antara ucapan lisan & penghayatan dari hatinya. Lantas dia menulis surat kepada Imam Hassan al-Banna bertanyakan penawar bagi hatinya & kemudian dibalas pula oleh ulama tersebut. Apa yang menarik adalah huraian suratnya seakan-akan menerangkan apa yang pernah, sedang atau akan tersirat di hati kita.

Dalam kita sentiasa mencari cara menjadikan hari semalam lebih baik dari hari ini, mendekatkan diri lebih rapat kepada Allah swt, melatih jiwa lebih taat menuruti iman dan mengawasinya dari setiap helah kemungkaran kita akan menemui keadaan di mana hati kita seakan-akan tidak turut serta dalam usaha fizikal kita mengejar semua ini. Kitab yang ditatap mata dan nasihat yang mencelah masuk ke telinga seolah-olah tidak sampai ke hati untuk menghidup suburkannya. Di sini, saya ingin berkongsi surat pemuda & jawapan Imam Hassan al-Banna.

Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya.
Akan tetapi hati yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya.

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.

Seringkali dia benar-benar merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, “Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu”, serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka. Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap diam & tidak bergoncang.

Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, “Dia itu khusyuk nampaknya.”Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?

Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja, hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian (bai’ah) dengan anda & anda telah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

Waalaikumussalam wbth

Inilah surat yang dibalas as-syahid Imam Hassan Al-Banna kepada pemuda tanpa hati.

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu, halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.

Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman;

Sesungguhnya dalam penciptaan langit & buni, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orang-orang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman & melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu.

Allah swt berfirman;
Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.” (AL-Maidah : 27)

Saudaramu, Hassan Al-Banna.

Semoga kita semua berjaya mencari hati yang hilang dan menyatu padukan amalan anggota badan kita dengan hati yang hidup supaya setiap zikir yang dituturkan dihadiri oleh hati yang sedar akan keagungan Allah Taala.

Kredit buat Kak Raihan

Tuesday, April 6, 2010

1938-2004


Pilu melihat gambar-gambar tokoh yang satu ini sewaktu saat kematiannya. Siapakah dia? Buat kawan-kawan yang tidak mengenali beliau...

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

[baca seterusnya]

Al-kisah Al-Takathur


Usai solat berjemaah saya memanggil Aiman, Dzakwan dan si kecil Adam.

"Cepat ambil quran ngaji ngan akak". Pantas diri memberi arahan. Kebetulan juga abah belum lagi pulang pada waktu itu. Ketika inilah teringat kisah Hassan Al-Banna yang langsung tidak pernah memarahi anak apatah lagi mencubit, mumukul juga jauh sekali. Tapi, orang sekarang lebih jauh ke hadapan dengan membuang anak, mendera dan memaki. Allah..

Segera mereka mengambil rehal dan duduk di hadapan kakaknya ini. Adam hanya mengikut perbuatan abang-abangnya namun selepas itu hilang entah ke mana. Hanya terdengar sayup-sayup suaranya dari jauh mengikut bait-bait kalamullah yang dibaca abang-abangnya. Walaupun pelat tapi comel sih!:)

"Nak baca Al-Takathur boleh?". Dzakwan memulakan bicaranya dengan muka yang tersipu-sipu malu.

"Oklah kita baca surah tu dulu pastu kita baru ngaji eh"....Saya membalas lantas dibalas dengan senyuman mereka berdua. Pelik juga beria-ia dia mahu membaca surah tersebut.

Saya menambah agar mereka membaca surah tersebut dengan kuat sehingga bergegar rumah. Hehe.

Selesai membaca terjemahan surah tersebut, mereka membaca pula Surah Ad-Dhuha sampai An-Nas,sahaja diri mahu menguji, tetapi tidak habis, kerana kepenatan katanya. Budak kecil berdua ini memang begini.Huhu. Saya menasihati mereka agar kerap membaca Al-Quran kalau mahu pandai. Jika tidak masakan Allah mahu menolong jika kita tidak mengingati-Nya. Usai membaca Al-Quran saya tidak melepaskan peluang ini untuk berusrah dengan mereka. Banyak perkara yang disentuh dan diselang seli dengan gelak ketawa mereka. Sama juga cara seorang dai'e mendekati mad'u. Perlu method yang sesuai. Jika tidak pasti lari!

Malam semalam bagi diri sangat indah kerana dapat bersama mereka setelah lama tidak pulang ke rumah. Ditambah dengan adik bongsu yang kian meningkat umurnya, meningkat juga skill dia yang sememangnya mencuit hati kami sekeluarga.Tidak lupa juga kami menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri Adam, kecil-kecil ini waktu yang terbaik, bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya kan?Alhamdulillah.

Bertambah bahagia dapat melihat wajah abah yang tidak lama kemudian muncul di muka pintu. Lama sungguh rasanya tidak bersalam dengan tangan yang jelas kelihatan uratnya itu. Alhamdulillah syukur mak dan abah masih lagi dapat bersama kami. Ya, jihad kita adalah berbakti pada mereka. InsyaAllah. Selagi nyawa dikandung badan.

Peperiksaan akhir untuk sesi Tahun Dua ini sudah selesai, sekejap rasanya. Tiba kini cuti panjang yang semestinya harus dimanfaatkan dengan berbakti kepada keluarga dan masyarakat. InsyaAllah. Juga target ingin menghabiskan dua buah buku yang dibeli pada sem lepas. Akhirul kalam mohonlah kebaikan kepada Allah s.w.t dengan doa dan sabar. Sabar itu indah namun kadang-kadang agak sukar bukan. Itulah namanya ujian.

Allahu'alam