Monday, January 4, 2010

Isu kalimah Allah

  • KEPUTUSAN KES KALIMAH ALLAH DALAM HERALD The Catholic Weekly
    31 DISEMBER 2009 (KHAMIS)
3.00 PETANG DI MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA


Ke Kes berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak 'Herald Catholic Weekly'. Pihak harold telah menang.

Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam penerbitan Bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-


a) “Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup." ( Matius 16 : 16)

b) “..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.” ( Matius 27 : 43)

c) “ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa
kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus) Kristus." (Galatia 1 : 3 )


Maka, ia akan menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang akhirnya akan membawa kepada gejala murtad seperti mana yang berlaku di Indonesia menerusi terjemahan al-Kitab dan sebagainya.


Terjemahan al-Kitab juga akan bebas untuk diedarkan kepada umum memandangkan Kalimah Allah sudah tidak menjadi hak eksklusif dan keistimewaan umat Islam semata-mata seperti yang diputuskan Kabinet pada 16 Mei 1986 yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.


“Ayuh bersama bermunajat mendoakan agar tuntutan ini tidak dibenarkan”

1 comment:

Unknown said...

dear siti,
kita bkn tak menyokong isu ni,
cuma kadang2 kita umat islam terlalu bertegas pada sesuatu yg bkan hukum dan rukun sedangkan bnda yang mnjadi hukum dan rukun tak pernah pn kita nk bertegas smpai mcm ni skali..

bkn ke masa zaman rasulullah dan para sahabat dulu puak yahudi dan nasrani memanggil dan menggelar tuhan mereka Allah, rasulullah dan sahabat tak pernah menghalang golongan2 ini menggunakan gelaran "Allah"..malah rasulullah sgt terbuka dgn hal ni...tak da plak kita dengar dlm sirah nabi umat islam pd zaman tersebut berperang atau berdemostrasi ttg isu ni...

tapi kenapa msti kita sgt keras dgn golongan non muslim ttg isu ni skrg..

sory siti kita bkan tak stuju..
cuma kita nak minta pendapat siti..