Sunday, January 24, 2010

Kematian


Ada orang menyangka mati itu senang
Apabila mati kita ditanam kemudian jadi tanah
Yang susah hanya di dunia
Setengah orang anggap mati penyelesai masalah

Tapi kalau tiada iman syariat diabaikan
Mati sangat menyakitkan
Bagai pukulan tiga ratus pedang
Di dalam kubur pula dipukul oleh mungkar dan nakir

Di padang Mahsyar dibiar beratus tahun
Di dalam keadaan tidak berpakaian
Matahari di atas ubun amat panas
Tiada siapa yang menolong
Masing-masing tiada diri sendiri

Akhir sekali meniti Sirotul Mustakim
Kemudian berguguranlah kedalam api
Di dalam neraka nanti kekal abadi
Tidak diukur oleh masa lagi

Marilah kita insaf dengan cerita ini
Marilah kita mensiapkan diri
Agar kita selamat dari penderitaan itu nanti


Song by : Mawaddah

Tuesday, January 19, 2010

Melebihi cinta padaNya?


"Wahai Tuhanku,cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil" (Al-Isra:24)

Doa yang acapkali kita lafazkan usai sahaja solat fardhu,moga benar-benar dari hati dan diperkenankan Ilahi, jasa yang tiada tolok bandingnya, kita semua mengerti. Namun pernahkah anda terfikir bahawa cinta mereka cinta dunia yang membawa kepada cinta pada Sang Pencipta?Dia yang menciptakan dua insan yang sangat penting dalam hidup kita.Tanpa izinNya sudah tentu kita tidak bisa lahir ke dunia yang hina.Persoalannya apakah cinta kita kepada mereka melebihi cinta kita pada Allah dan Rasul?Tanyakan soalan ini pada diri kita andai kita lebih mencintai mereka, dunia dan seisinya atau apa sahaja melebihi cinta kita kepada Allah dan Rasul.

Buat insan di bawah, diri ini sangat merinduimu,moga kalian baik2 sahaja di sana, buat abangku,walaupun tidak dapat bersama yang lain untuk menghantarmu namun doa sentiasa dititipkan agar kau menjadi anak soleh harapan kita sekeluarga. Buat adikku, teruskan kuat dan bersemangat. I know you are such a strong girl!Belajar rajin2 ya, dan doakan adik dan kakakmu ini juga:)Buat mak dan abah yang rajin membaca blog ct, terima kasih atas dorongan antum selama ini, teruskan menyokong ct dari belakang tanpa ct sedar dan jua sedar:)Barakallahulakum....



Wednesday, January 13, 2010

Mengapa orang bukan Islam tidak berhak menggunakan nama Allah?

Oleh: Dr. Khalif Muammar
Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

KEDUDUKAN MASALAH

Setelah isu ini dibahas hampir dua tahun masih ramai lagi yang keliru tentang penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam. Antara sebabnya ialah wujudnya pandangan yang diberikan oleh beberapa cendekiawan yang digelar ulama’ yang mengatakan bahawa terdapat dalil dalam al-Qur’an yang membenarkan hal tersebut. Dan tiadanya dalil yang menyokong larangan penggunaan oleh bukan Islam. Penulis telah berkesempatan untuk mengikuti isu ini dan memberi tanggapan sejak dari awal lagi dan menghasilkan 3 artikel sebelum ini yang boleh dicapai dalam khairaummah.com. Dalam makalah terakhir ini penulis cuba menjawab keraguan-keraguan yang ditimbulkan dan memberikan hujah-hujah yang muktamad agar kecelaruan tidak berterusan dan kepentingan umat Islam dapat dipertahankan. Dengan penjelasan yang terbaik yang penulis dapat paparkan ini mudah-mudahan terbuka hati dan bertambah yakin orang-orang yang inginkan kebenaran berdasarkan hujjah dan biarkanlah tertutup hati orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran walaupun datang dengan hujjah.


Tuesday, January 5, 2010

Dunia menunggu masa

Bismillah..

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa'kan kepada Allah s.w.t yang mencipta sekalian alam dan seisinya. Syukur masih bernafas dan diberi peluang meneruskan perjuangan sebagai hamba jua khalifahNya di akhir zaman ini. Akhir zaman yang menuntut iman yang kuat dan andai lemah mudah sahaja syaitan menambahkan lagi kelemahan yang sedia ada. Mohonlah pada Yang Esa agar diri senantiasa dikuatkan di jalan dakwah yang tidak mengira dugaan dan cabaran yang datang silih berganti. Paling dasyat dan mengerikan apabila tidak dapat mengawal nafsu yang tidak baik yang bisa sahaja singgah di hati mereka yang membawa nama Islam. Tahniah sekiranya saya dan anda mampu menepisnya. Semuanya dari Dia. Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah, ingatan yang tidak pernah lekang mengingati Sang Pencipta dan hati yang senantiasa bersih daripada sifat-sifat mazmumah yang membawa kepada kemanisan iman.



Monday, January 4, 2010

Isu kalimah Allah

  • KEPUTUSAN KES KALIMAH ALLAH DALAM HERALD The Catholic Weekly
    31 DISEMBER 2009 (KHAMIS)
3.00 PETANG DI MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA


Ke Kes berkenaan tuntutan pihak Kristian terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan bercetak 'Herald Catholic Weekly'. Pihak harold telah menang.

Sekiranya tuntutan ini dipenuhi kita akan melihat di dalam penerbitan Bible Kristian ayat-ayat berbunyi seperti berikut:-


a) “Engkau adalah Messias anak Allah yang hidup." ( Matius 16 : 16)

b) “..Kerana ia telah berkata :Aku adalah anak Allah.” ( Matius 27 : 43)

c) “ Kasih kurnia menyertai kamu dan damai sejahtera dari Allah, bapa
kita dan dari Tuhan Yesus ( Jesus) Kristus." (Galatia 1 : 3 )


Maka, ia akan menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan umat Islam yang akhirnya akan membawa kepada gejala murtad seperti mana yang berlaku di Indonesia menerusi terjemahan al-Kitab dan sebagainya.


Terjemahan al-Kitab juga akan bebas untuk diedarkan kepada umum memandangkan Kalimah Allah sudah tidak menjadi hak eksklusif dan keistimewaan umat Islam semata-mata seperti yang diputuskan Kabinet pada 16 Mei 1986 yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.


“Ayuh bersama bermunajat mendoakan agar tuntutan ini tidak dibenarkan”