Monday, October 26, 2009

Apabila manusia terlampau “pandai”

Tulisan ini barangkali ditujukan buat golongan yang sememangnya “pandai” dalam mempersoalkan hukuman Allah dan tidak kurang juga berani memperlekeh-lekehkan agama Islam tanpa ada rasa malu pada Sang Pencipta yang merupakan pemilik alam ini, bahkan malunya hanya pada manusia yag berharta dan berkuasa. Inilah yang dikatakan Islam hanya pada nama…Na’uzubillah min zalik.Allah…ampunilah dosa-dosa kami, tunjukilah kami jalan yang lurus yang engkau redhai…kesimpulannya tulisan ini untuk kita semua yang bergelar dai’e ilallah…

Firman Allah, (49:10)

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Kerana itu, damaikanlah antara kedua-dua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”

Semalam,25 Oktober 2009 (Ahad), saya dan dua orang lagi sahabat diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hadir ke Seminar Pelaksanaan Undang-undang Syariah : Isu & Cabaran. Seminar diadakan di Dewan JAIP, Kuantan bersebelahan dengan masjid.Alhamdulillah, dan satu perkara lagi saya terpaksa ponteng kelas Human Genetic semata-mata mahu ke sini.

Sunday, October 18, 2009

La Khauf - Satu hati

Words of inspiration and motivation..Allahuakbar!!!

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMABERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH
PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
BERJUANG UNTUK KEAMANAN

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN KAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM KAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

Sunday, October 11, 2009

Kita satu hati


Akhirnya program yang terpaksa ditangguh atas sebab-sebab tertentu terlaksana jua pada 10 haribulan Oktober baru-baru ini di Hotel Citiview, Kuantan.Alhamdulillah, saya dan lima orang lagi sahabat diberi kesempatan oleh Saudara Hasanin untuk turut serta dalam program yang saya kira sememangnya menuntut kita untuk sentiasa cakna dengan isu semasa dan lebih-lebih lagi isu yang berkait rapat dengan Islam yang sering kali berlegar-legar di ruangan masyarakat yang kadang-kadang tidak semua daripada kita mahu tahu dan ambil tahu. Apa yang paling utama ialah kesempatan ini diberikan oleh Yang Esa untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Isu-isu Islam dan Demokrasi dibincangkan bersama dalam kumpulan-kumpulan kecil seramai 12-13 orang untuk satu kumpulan dan dikendalikan oleh seorang moderator yang akan bertanyakan beberapa soalan kepada setiap peserta. Perbincangan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Empat perkara utama yang dibincangkan iaitu mengenai hak-hak wanita (women’s right), hak kaum minoriti, toleransi agama (religious tolerance) dan yang terakhir urus tadbir yang baik (good governance).

[baca seterusnya]

Pesanan terakhir


Dia menerima hukuman itu dengan tenang. Sedikit pun dia tidak takut atau terkejut bila mahkamah Khas Tentera Mesir menjatuhkan hukuman gantung hingga mati. Sememangnya para pejuang Islam di zaman nabi dan zaman-zaman selepasnya merupakan perangsang atau stimulator dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah yang saya kira tidak seberat dan sesusah zaman Nabi. Buku Petunjuk Sepanjang Jalan karya Syed Qutb tidak habis saya baca, sedikit demi sedikit helaiannya cuba saya hayati, kadang-kadang lama juga untuk saya hayati dan fahami setiap baris kata yang ditulis dan kini tersadai di rak buku, dibaca sehelai-demi sehelai tatkala mata beberapa minit lagi ingin terlelap.

Pesanan terakhir Syed Qutb sebelum mati di tali gantung sangat menyentuh jiwa-jiwa yang menginfakkan diri dan harta ke jalan Allah."Mati syahid", katanya perlahan dan sempat pula mengulum senyuman kepada mereka yang bertanya tentang hukuman yang akan diterimanya. Dia meyakini dengan apa yang telah dilakukannya dan tiada rasa gusar di hati kerana yakin dia akan berbahagia di alam yang kekal abadi.Subhanallah...

Mahu sekali berkongsi dengan sahabat-sahabat yang singgah ke laman ini mengenai pesanan terakhir Syed Qutb yang saya kira memberi inspirasi untuk kita terus bergiat aktif dalam melakukan kerja-kerja dakwah terutamanya kepada orang bukan Islam, dan pengislahan sesama kita itu perlu..setiap masa...Sama-sama hayati, moga menjadi iktibar.InsyaAllah..Andai kau mahu berfikir...


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku dan kau siram pusaraku dengan air matamu maka diatas tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat mulia ini dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalann mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinar fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar

*pesanan akhir ini ditulis oleh beliau beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966


Friday, October 2, 2009

Malam itu

Malam itu

Malam-malam sebelumnya

Dan andai ada malam-malam yang seterusnya

Merenung kembali hakikat diri

Bertanya sumbangan diri pada Ad-deen tercinta

Dosa yang tidak diketahui timbangannya

Izrail menjelma tiada siapa yang tahu

Antara sedar atau tidak

Mengharap petunjuk dari Yang Satu

Semoga Ilahi menuntuni langkah

Demi merandai hidup penuh dugaan

Jiwa yang meronta

Hati yang sering berbolak-balik

Diri yang hina dan dina

Semoga bertemu dengan kekasih Muhammad!

“Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun”

(An-nisa : 124)

The_Caliph

Talhah 5

IIUM Kuantan