Friday, September 25, 2009

Retorikkah?

Alhamdulillah, nikmat rasanya solat berjemaah bersama keluarga sebentar tadi. Bertambah gembira melihat perubahan adik-adik kecil yang kian menjaga solatnya. Segala puji bagi Allah, Maha Pemberi nikmat yang tiada pernah henti kepada keluarga kami. Doa setiap hari yang dipanjatkan pada Ilahi akhirnya terkabul jua, segala apa yang diminta sejak akhir-akhir ini sudah termakbul, semuanya dapat saya lihat pada Ramadhan yang lalu.Hanya Dia yang tahu betapa diri ini sangat berterima kasih padaNya.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang datang ke rumah.Sewaktu kedatangan mereka, abah dan abang tiada di rumah kerana ada bacaan yassin di surau, mungkin lain hari kalian boleh bertemu dengan mereka.Dua tiga hari ini mak tidak henti-henti duduk di dapur dan sekarang masanya untuk dia berehat.Bila pulang ke kampung saudara mara ada yang bercakap bahawa betapa bertuahnya mak mempunyai anak yang ramai, boleh disuruh itu dan ini, setiap seorang pasti ada tugasnya. Sedih melihat rancangan di TV3, seorang ibu yang mempunyai anak seramai 13 orang dan kematian suami sewaktu anak-anak telah besar.

Anak-anak kesemuanya dihantar untuk belajar agama. Kagum dengan ketabahannya,dia sangat mementingkan agama dalam mendidik anak. Ya, sememangnya itu yang diperlukan dalam sebuah keluarga Muslim.Mungkin tidak terasa sangat kesusahan kerana anak-anak semua sudah besar-besar. Semuanya dihantar belajar di Mesir dalam bidang agama. Lebih baik sekiranya seorang anak itu pakar dalam semua bidang dan pada yang sama menjadi seorang yang arif dalam ilmu agama dan boleh bercakap mengenai Islam.Teringat pula kata-kata abang sewaktu di kampung, ingin melihat sama ada anak itu adalah bala atau tidak kepada ibu bapanya, lihatlah dia yang sekarang. Allahu’alam.

Buat insan yang membaca entri ini, kita ini hamba yang jarang mensyukuri nikmatNya, lihatlah dan nilai setiap perbuatan kalian adakah menunjukkan kalian bersyukur padaNya, jika ya Alhamdulillah, jika tidak banyakkan istighfar.Setiap kata-kata menuntut diri untuk melaksanakannya, bukan sekadar kata-kata retorik di laman ini,lebih-lebih lagi yang mengaku dirinya dai'e ilallah...Allah lebih Mengetahui siapa diri kita dan Dia yang berhak ke atas setiap hamba-hambaNya.

Allahu’alam


Thursday, September 24, 2009

Kita hamba

Salam'alaik, semoga madrasah Ramadhan yang lalu benar2 menjadi medan muhasabah diri dan sama2 kita teruskan amalan yang kita lakukan, semuanya demi menggapai redhaNya, kitalah insan yang hakikatnya hamba.Sesungguhnya rindu pada Ramadhan tidak akan pernah pudar, diri merasakan Ramadhan yang telah berlalu sangat bermakna berbanding Ramadhan yang sebelumnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah bangun untuk solat subuh pagi tadi, sesak nafas malam tadi sudah tiada, mungkin disebabkan bam yang digunakan malam tadi dan tanpa izinNya bam tersebut tidak akan dapat membantu. Begitu jugalah pergantungan kita, kadang2 hidup kita terlampau bergantung pada sesuatu benda sehingga lupa menyandarkan segalanya pada Yang Esa.Astargfirullahalazim..

Tertarik dengan lirik "Kita Hamba" dendangan kumpulan nasyid yang diminati sejak dari kecil lagi, Raihan...Apabila direnung kembali, sememangnya kita ini hamba yang sering sahaja leka dan lalai,bila susah mencari Tuhan , bila senang lupakan Tuhan, jadilah kita hamba yang mengingatiNya dalam keadaan susah dan senang...


Kita adalah hamba yang
dihidupkan buat sementara
Kita adalah insan yang
hakikatnya adalah hamba
Tapi mengapa sering kita
tangguhkan perintah waktu
untuk menyembahnya
Tapi mengapa kita selalu leka
dengan kewajipan sebagai hamba
Sedangkan Tuhan tak pernah
lupa untuk mencurahkan segala nikmatnya
Bahkan Tuhan Maha
pengampun di atas segala dosa
yang dilakukan
Bagi mereka yang insaf dan
mahu bertaubat
Bangunlah di tengah malam
Untuk bermunajat merintih kepadaNya
Pohonlah kasih sayangNya
agar selamat dunia dan akhirat
Bagi mereka yang insaf dan
mahu bertaubat.

Saturday, September 19, 2009

Eid Mubarak



Esok raya?
Benarkah?
Ya?
InsyaAllah...

Salam kemenangan
Semoga amal ibadat kita diterima Allah s.w.t dan dosa-dosa yang lalu dihapuskanNya, teruskan istiqamah dalam amal ibadat dan apa jua perkara baik yang kita lakukan!

Dalam kita menyambut Aidilfitri, ingatlah insan-insan yang kurang berkemampuan, yang tiada ayah dan ibu di sisi dan tidak lupa saudara seakidah yang sedang menderita di ketika dan saat ini!

Al-Fatihah buat mereka semua....


Di kesempatan ini, saya Siti Fatimah binti Kamaruddin dan seluruh kaum keluarga mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung teratak The_Caliph, tidak mengira sama ada anda adalah silent reader, pengunjung setia atau sesiapa jua. Maafkan segala kekhilafan diri ya.

Semoga Aidilfitri ini menyedarkan kita bahawa betapa Dia sangat sayangkan kita dan panjatkanlah rasa syukur kepada Ilahi kerana dia yang selayaknya menerima segala pujian dari kita hamba2Nya...

Alhamdulillah wa syukurillah:)

Life is a journey not a destination!

Sunday, September 13, 2009

Anugerah teristimewa

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hakikatnya tiada sesiapa yang mengetahui bilakah malam lailatul qadr itu, hatta Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak mengetahuinya. Disebabkan umur umat Nabi Muhammad tidak panjang, iaitu hanya dalam lingkungan 60 ke 70 tahun, maka anugerah teristimewa dari Ilahi buat umat Nabi Muhammad s.a.w, yakni malam lailatul qadr, malam yang penuh dengan barakah dan ibadat pada malam tersebut ibarat beribadat selama 1000 bulan. Subhanallah...

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan(al-Qadr, ayat ketiga).

Kebaikan dan fadhilat-fadhilat yang terkandung di dalam bulan Ramadhan sangat banyak, tinggal lagi mahu memilikinya demi menggapai redha Ilahi atau tidak, jika masih bermalas-malasan hanya dengan berdoa lupakanlah sahaja.Andai yang berusia mampu bangun malam demi melahirkan rasa syukurnya pada Sang Pencipta, apatah lagi kita yang muda ini?Jika mampu study sehingga ke pagi, sembang kosong sehingga lewat mampu, apakah tidak mampu melakukan ibadat yang satu ini?

Koreksi diri nilailah peribadi kita, semoga tulisan ini dijadikan pedoman bersama agar kitalah hambaNya yang mensyukuri nikmatNya yang tidak terhitung. Fasa ketiga ini manfaatkan sepenuhnya dan semoga Allah menerima setiap amalan kita dan mengampunkan dosa kita yang banyak ini.

Ya Ramadhan, kau bakal meninggalkan kami, semoga Allah mempertemukan kami denganmu sekali lagi...Ameen ya Rabbal 'Alamin..

Ramadhan Kareem...

Allahu Akram...

Tuesday, September 1, 2009

Membina diri menjadi murabbi

Sungguh, menjadi murabbi yang sukses adalah impian setiap dai'e kerana seorang murabbi merupakan contoh dan tauladan kepada mutarabbi.

Maka, suka untuk saya kongsikan di laman ini apa yang dibaca bersama sahabat-sahabat..sama-sama kita berusaha menjadi murabbi yang baik untuk adik-adik/mutarabbi kita.InsyaAllah..

Here it is.

Menjadi orang yang shalih dan mushlih adalah buah yang kita harapkan dari proses pembinaan yang kita jalani. Shalih secara pribadi dan mengupayakan tumbuh kembangnya keshalihan pada orang lain merupakan teladan dari Rasulullah SAW dan para salafushshalih yang sepatutnya kita ikuti. Alhamdulillah, saat ini sangat banyak di antara kita yang mendapatkan kesempatan menjadi mentor atau murabbi baik di kampus maupun sekolah. Sesungguhnya yang kita inginkan bukanlah semata banyaknya jumlah adik mentor atau mutarabbi kita.