Bencana alam.
Peperangan di sana sini.
Pembunuhan, gejala sosial yang
kian runcing. Jika disenaraikan masalah-masalah dunia pasti tidak akan pernah
habis. Bukan sekadar melihatnya sebagai suatu tanda kiamat yang dijanjikan-Nya
tetapi bertanya pada diri kita apa usaha kita sebagai umat Islam.
Pergaduhan ummat kian parah.
Bagai bukan lagi orang Islam. Tiada lagi rasa gentar dengan kalam Allah, gentar
dengan seksaan Ilahi di akhirat kelak.
Allah Allah..
Apabila ulama sudah tidak lag
bersuara, hati mula bimbang dengan ulama su’, ulama yang mempergunakan agama.
Nau’zubillah min zalik. Gelisah resah hati tatkala ilmuwan dan tokoh Islam satu
persatu meninggalkan dunia yang fana. Bumi seakan redha dengan pemergian mereka,
manusia yang alpa terus hanyut, manusia yang sedar mungkin selesa dengan
keadaan mereka.
Jika benar ini ujian-Nya dan
sudah pasti ujian dari Yang Esa, pasti Dia mahu melihat dan mahu menapis mereka
yang benar-benar beriman. Apakah kita tergolong dalam golongan tersebut?
Syria, Lebanon, Iraq, Palestin,
Sri Lanka, Selatan Thailand, Myanmar dan seluruh umat Islam di dunia. Doa
sentiasa ada buat kalian.
Anak itu mencari-cari ibunya. Di
satu sudut lagi anak kecil itu menangis sambil menggoncang-goncang tubuh
ibunya. “Ibu, ibu bangunlah ibu..Ibu, adik takut!”. Allahu air mata mula
membasahi pipi.
Pipinya bersalut dengan debu-debu
tanah, pakaiannya compang camping, badan pula kurus sehingga menampakkan tulang
di badan dan kakinya. Pastinya sudah lama tidak menjamah makanan, mungkin hanya
meneguk air yang jarang-jarang sekali ada. Hanya berkaki ayam. Matanya sudah
cukup untuk menceritakan segalanya.
Malam dan siangnya serupa. Gelap
atau cerah tetap menanti sebuah harapan. Kecil sungguh cita-cita andai malamnya
hanya memikirkan hal diri sendiri. Bukankah duduk sejenak memikirkan masalah
ummat lebih baik daripada beribadah siang dan malam tanpa secebis ingatan buat
ummat. Ingatan buat ummat ini juga ibadah!
Azam ditanam, kelak pasti musuh
akan dihancurkan.
Tiada lagi azam seperti anak-anak di Malaysia yang diasak
dengan permainan video, hiburan dan juga gula-gula. Pastikan apabila kalian
sudah mempunyai anak, didik anak tersebut sejak kecil untuk kenal siapa Allah
dan Rasul. Didik mereka dengan Al-Quran. Minimakan hiburan sebaik mungkin, biar
cintanya kepada Allah, Rasul dan para sahabat sudah berputik sejak kecil
sehingga tidak punya nafsu buas dengan dunia. Matlamatnya akhirat!
Ya Allah, kau lindungilah mereka,
kau jauhkan aku dari keselesaan yang melampau, tambahkan rasa syukurku Ya Allah,
jangan kau palingkan diri ini dariMu Ya Allah. Bantulah umat Islam seluruh
dunia, kuatkan hati mereka untuk hadapi dugaanMu Ya Rahman. Sungguh, Engkau
lebih tahu dan aku sama sekali tidak tahu Ya Allah.
Ya Allah andai aku leka kau
tegurlah, Kau sedarkanlah aku YA Allah. Ampunkan dosa-dosa kami dan janganlah
kau hijab doa kami, jangan kau haling hidayah dari sampai kepada orang lain dek
kerana dosa kami. Tuntun kami ke jalanMu Ya Allah.
Ummat kian parah. Semoga ilmu
yang dituntut ini membawa kepada cinta kepada-Nya. Sungguh saya rindu turun ke
lapangan mendidik masyarakat dan yang pasti didikan kepada keluarga terdekat
juga harus diberi perhatian.
Israel, Yahudi dan yang sekutu
dengannya. Ketahuilah bahawa kalian pasti menerima balasan di akhirat kelak. Benci
kalian kerana Allah!