Alhamdulillah.
Tahun 2012. Subhanallah. Masa begitu cepat sekali berlalu. Sejam dirasakan seperti satu minit. Setahun bagai sebulan mungkin. Keberkatan waktu semakin ditarik Allah. Umat akhir zaman yang sentiasa dirindui baginda Rasulullah s.a.w ini berada di dalam ujian yang hebat.
Ujian kiri dan kanan. Depan dan belakang. Datang dengan bermacam-macam cara. Tinggal lagi iman sebagai penentu untuk lepas setiap halangan dan ujian yang Allah hadirkan. Dia hadirkan untuk kita kembali memahami erti dan makna kita berada di Bumi Allah dan kembali kepada sebab kita diciptakan?
Hati kita pastinya sayu melihat satu persatu berita mengenai saudara seislam kita yang ditindas dan dibunuh. Seperti tiada nilai. Ini benar-benar ujian. Syukur setinggi-tinggi syukur, kita di sini sungguh senang. Masih mampu tersenyum, bergelak ketawa dan bergurau senda, malah menikmati makanan yang enak-enak sehingga ke tahap membazir!
Alhamdulillah usai menamatkan pengajian dia UIA Kuantan tercinta. Dan insyaAllah perjalanan seterusnya ALlah telah rencanakan buat hamba-Nya. Semoga rahmat-Nya mengiringi setiap langkah. Mohon doa sahabat-sahabat. Apa pun yang kita lakukan niatkan kerana Allah. Menuntut ilmu tidak akan pernah terhenti selagi kita masih bernyawa. Teruskan berdoa untuk umat Islam usai sahaja solat fardhu.
Ya Allah, jangan Kau biarkan hamba-Mu ini leka dengan nikmat dunia, tambah rasa cintaku kepada-Mu, kuatkan imanku untuk menempuh ujian akhir zaman ini Ya Rahman, tambahkanlah rasa cinta dan rinduku kepada Rasul-Mu, jadikan aku hamba yang syukurnya tidak pernah henti, pandang aku dengan pandangan rahmat-Mu Ya Allah.
Allahumma Amiin.
No comments:
Post a Comment