Sunday, July 10, 2011

"Saya nak berubah"


"Saya nak berubah, kenapa dulu time saya tak nak berubah orang sibuk-sibuk nak approach skang tak de pula nak approach, saya betul-betul nak berubah".

Begitulah luahan hati seorang mak nyah yang hanya mahu dikenali sebagai Betty. Saya hanya memandang penuh rasa simpati dan hanya mampu terdiam sewaktu itu. Saudara Hamli sekalu pihak penganjur mengatakan bahawa beliau akan mengambil kira pandangan mak nyah tersebut. Usrah mingguan yang diadakan secara berkala ini mempunyai ahli daripada golongan mak nyah yang mahukan pengisian rohani dan juga mahu belajar perkara-perkara asas di dalam Islam.

Pertama kali berbual-bual bersama golongan seperti ini. Mereka selesa membahasakan diri mereka sebagai "akak". Agak kekok perbualan pada awalnya. Rasa semacam sebab hakikatnya mereka tetap lelaki.

Betty secara luarannya seperti perempuan biasa begitu juga wajahnya. Saling tidak tumpah seperti wanita. Jika kalian melihatnya pasti kalian akan menafsirnya sebagai wanita. Sehingga dimarahi pengawal keselamatan dek kerana tidak memakai tudung sewaktu melangkahkan kaki di pintu masuk JAWI.

Manisha, mak nyah yang bekerja sebagai Sales Executive di sebuah hotel di ibu negara sudi berkongsi cerita setelah diajukan soalan. Manisha pada zaman remajanya seorang yang rajin ke surau mengikut ayahnya. Solat lima kali sehari. Alhamdulillah. Katanya solat tiang agama. Saya mula bertanya bagaimana Manisha boleh berubah seperti hari ini. Katanya dia mengalami konflik dalaman apabila tercari-cari identiti diri dan suka untuk menjadi wanita keranawanita pada pandangannya seorang yang cantik.

Dia berasa benci dengan golongan mak nyah yang terhegeh-hegeh di jalanan dan memilih lorong-lorong maksiat. Katanya mak nyah perlu ada ilmu dan bukan membuat perkara yang tidak senonoh. Perbualan yang tidak lebih dari sejam itu, menampakkan golongan seperti ini mencari sesuatu untuk mempertahankan diri dengan mengatakan tiada salahnya mereka bertukar menjadi perempuan

Persoalan pengurusan jenazah mereka yang tidak sempurna, penerimaan masyarakat terhadap golongan ini, diskriminasi dalam soal pekerjaan menjadi isu. Pada peringkat awal saya tidak bermaksud untuk pergi lebih mendalam. Sekadar memulakan ta'aruf dan cuba mendalami apa yang mereka rasai, pendapat dan pandangan mereka tidak sekali saya nafikan.

Untuk misi seterusnya semoga rakan-rakan yang lain berjaya membawa mereka ke jalan kebenaran.Sedikit-sedikit insyaAllah. Mereka yang hadir sudah tentu mahukan perubahan. Hidayah milik Allah. Seperti dalam Hadis Ke-4 yang bercerita mengenai kejadian manusia. Baik atau celakanya pengakhiran hidup seseorang. We never know. Pagi beriman petang sudah fasiq. Nauzubillah. Doa tetapkan hati jadikan amalan. Semoga Allah pelihara iman kita.

Tahniah kepada usrah Taman Firdausi. Kagum dengan golongan ini yang komited hadir ke usrah dan kelas fardhu ain yang diadakan. Kehadiran mereka ke Mukhayyam yang lalu sungguh memberangsangkan. Alhamdulillah. Ampunkan mereka Ya Allah, sesungguhnya mereka tidak tahu.


1 comment:

Shidiq-Aimi said...

rase lame dah entry nie.. bile nak entry baru.. tiap2 ari bukak kuar yg sama.. he he he