Anak-anak kecil yang harus dididik dengan ajaran Islam yang sempurna dan seterusnya dibentuk menjadi insan yang berjuang demi agama Allah s.w.t
Peperangan semakin menjadi-jadi, satu persatu ulama-ulama pewaris Nabi meninggalkan kita, anak-anak kecil dan kaum wanita dilayan seperti binatang, wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, maksiat di depan mata, penyanyi-penyanyi meloncat-loncat di atas pentas bagaikan dirasuk, bumi kian marah, bencana menimpa tidak sudah, amaran Ilahi jelas terarah, tanggungjawab menyambung risalah Nabi tercinta tergalas di bahu setiap insan yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah, bantu mereka, bantu mereka keluar dari kepompong kejahilan.Hanya yang berfikir sahaja yang tergolong dalam golongan orang yang beruntung.
Persoalannya, bilakah kiamat itu akan berlaku?Bagaimana kesudahan kita?Baik atau buruk?
Benar kiamat itu sememangnya sangat dekat, namun kadang-kadang hanya terucap di bibir, usahanya sangatlah sedikit. Itulah manusia, tidak dapat lari dari sikap suka bertangguh.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.Beliau lalu ditanya, Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?Rasulullah bersabda, Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.
Yang pasti semuanya sudah tertulis, amalan di dunia bekalan di sana.Semoga Allah membantu kita hamba-hambaNya yang lemah dan sentiasa bersama kita dalam meranduk setiap simpang-simpang hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Prestasi kita di dunia berkait rapat dengan kehidupan kita di sana nanti.Sahabat, tegur daku andai diri ini leka, mohon doa kalian agar diri ini tetap sabar dan tabah andai ada ujian yang datang menimpa.Syukran jiddan.
Entri ini ditujukan buat semua yang membacanya dan tidak lupa kepada diri ini yang sentiasa alpa.
6 comments:
you have a good blog
khusyuk sgt dgn hal dunia kadang2 kita lupa benda ni sementara je.
ha ko, 'khusyuk' hal dunia tu
itu gmbar adik2 sg merab kan? ^_^
hu...
dr seorang perempuan ler... lahir nye.. lelaki2..n perempuan2 yg beriman pada allah s.w.t.. lahir jugak..hafiz2..hafizah2..daie2..
kerana
-ibu yg paling rapat gan anak..
n lelaki..maen peranan gak... tp perempuan yg membawe asbab hidayah yg paling besar berbanding lelaki...
-x gitu?... hu...
to petiasis: liyana, betul tu mmg dunia sementara, tp dunia yg buat mereka leka dan bila mereka dh jadikan dunia ni sebagai syurga, persiapan ke arah itu ditangguh2 tangguhkan..nauzubillah, sama2 tegur menegur..
to kak hawa: yes, adik2 itu, rindunya kat depa, faris rajin cntact, ct pun slalu cntact dia,..he3..
to luqman:alhamdulillah..
betul tu man...cayalah man..moga dikurniakan isteri yg solehah ek, tp diri pun kena cuba jd soleh gak eh...=)
waa rindu kat wan mengkan=)
-dunia ibarat penjara pada yang taat tapi syurga bagi yang tidak-
moral?kalau rasa2 dah jumpa syurga kat bumi ni bawak2 le bertaubat(sengih)
Post a Comment