Tuesday, June 30, 2009

Jejak barakah?


Tempat barakah pertama yang pernah saya jejakkan kaki iaitu pada tahun 2007..Alhamdulillah.Ramai ulama-ulama pewaris Nabi yang lahir hasil daripada tarbiyyah Maahad ini.Dan banyak lagi maahad-maahad yang melahirkan ulama-ulama yang kini semakin dilupakan kehadirannya oleh anak-anak muda di dalam dunia Islam.Saya sebenarnya kagum dengan insan-insan yang belajar di sekolah pondok yang kemudiannya meneruskan pengajian di universiti walaupun dengan usia yang kadang-kadang agak jauh dari yang lain. Alangkah baiknya jika manusia bersuasah payah mencari ilmu seperti mana bersusah payah mencari makanan.




Dari sahabat untuk sahabat

1. What is the most important thing in your life?

Iman, islam dan yang seangkatan dengannya, sebab tanpa semua itu, siapalah saya di muka Bumi ini.

2. What is the last thing that you bought with your own money?

Mentos mint

3. Where do you wish to get married?

Rumah Allah, tapi tak tahu kat mana, insyaAllah kalau panjang umur


Saturday, June 27, 2009

Realiti bukan fantasi

Anak-anak kecil yang harus dididik dengan ajaran Islam yang sempurna dan seterusnya dibentuk menjadi insan yang berjuang demi agama Allah s.w.t


Peperangan semakin menjadi-jadi, satu persatu ulama-ulama pewaris Nabi meninggalkan kita, anak-anak kecil dan kaum wanita dilayan seperti binatang, wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, maksiat di depan mata, penyanyi-penyanyi meloncat-loncat di atas pentas bagaikan dirasuk, bumi kian marah, bencana menimpa tidak sudah, amaran Ilahi jelas terarah, tanggungjawab menyambung risalah Nabi tercinta tergalas di bahu setiap insan yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah, bantu mereka, bantu mereka keluar dari kepompong kejahilan.Hanya yang berfikir sahaja yang tergolong dalam golongan orang yang beruntung.

Persoalannya, bilakah kiamat itu akan berlaku?Bagaimana kesudahan kita?Baik atau buruk?

Benar kiamat itu sememangnya sangat dekat, namun kadang-kadang hanya terucap di bibir, usahanya sangatlah sedikit. Itulah manusia, tidak dapat lari dari sikap suka bertangguh.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air.Beliau lalu ditanya, Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?Rasulullah bersabda, Banyak ingatkan maut dan membaca Al-Quran.

Yang pasti semuanya sudah tertulis, amalan di dunia bekalan di sana.Semoga Allah membantu kita hamba-hambaNya yang lemah dan sentiasa bersama kita dalam meranduk setiap simpang-simpang hidup di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan.Prestasi kita di dunia berkait rapat dengan kehidupan kita di sana nanti.Sahabat, tegur daku andai diri ini leka, mohon doa kalian agar diri ini tetap sabar dan tabah andai ada ujian yang datang menimpa.Syukran jiddan.

Entri ini ditujukan buat semua yang membacanya dan tidak lupa kepada diri ini yang sentiasa alpa.

Tuesday, June 23, 2009

Al-kisah Adam Uzair

Adam bersama abangnya..."Yeehaaa..."


Mula-mula tersengih selepas itu saya tergelak sendirian.Memang kelakar sungguh budak ini.Getus hati kecil saya.Che wah ayat macam novel pula kan?Saya bukan seorang peminat novel, namun entri kali ini bukan mengenai novel tetapi mengenai adik saya yang bongsu, Adam Uzair bin Kamaruddin nama diberi, sememangnya kehadiran Adam merupakan suatu yang tidak dijangkakan dan merupakan hadiah berharga buat kami sekeluarga, kehadirannya menambahkan lagi keceriaan kepada keluarga kami.

Izinkan saya berkongsi entri mengenai adik kami yang sangat lincah dan comel ini yang kini menjangkau usia setahun lapan bulan.Entri yang saya baca di blog adik saya, Nur.Kalian boleh membacanya di situ.

Membacanya sahaja membuatkan diri terkenang saat-saat sewaktu sebelum dan selepas kehadirannya.Berita mak mengandungkan anak ke-11, insyaAllah terakhir, hu3, saya sambut dengan perasaan yang berbunga-bunga, (ada ke bunganya?hehe).Masih segar di ingatan, sewaktu itu saya sedang berada di Makmal Biologi sewaktu menuntut di tahun akhir matrikulasi dan sedang membuat revision mengenai slides yang terdapat dalam makmal.Emak menelefon dan saya seakan tidak percaya!Damia yang ada mengheboh-hebohkannya.Semua tumpang gembira.Alhamdulillah, rezeki daripada Ilahi.Langkah saya ke bilik pada hari itu, penuh dengan perasaan syukur dan gembira.Adik kecil atau bayi, itulah yang saya harap-harapkan dari emak.Huhu.Terima kasih mak!Mak baca blog nur pun mesti mak tergelak kan?hee...

Rahsianya, anak ramai ini rezeki murah.Bukankah Nabi suka dengan ummat yang ramai?Moga anak-anak yang lahir ke dunia ini, dididik dengan ajaran Islam yang sempurna agar kelak menjadi pejuang agama Allah.

Sedih juga bakal meninggalkan Adam dan lain-lain apabila kembali ke Kuantan nanti.Perjuangan harus diteruskan.Yang pasti akan saya simpan semua gambar-gambarnya di dalam laptop, untuk tatapan di Kuantan nanti.Bukankah anak-anak dan isteri adalah ujian buat kita di dunia ini seperti yang telah Allah sebut di dalam Al-Quran.Kembali kepadaNya kerana tanpa petunjuk dariNya, kita tidak mungkin berada di landasan yang betul.

Sunday, June 21, 2009

Sekitar AJC 09'

Alhamdulillah wa syukurillah,

Baru sahaja selesai berkampung di SMKA Pedas, program Ayuh Jadi Cemerlang o9' (19-21 Jun 2009).Tidak banyak yang ingin dicoretkan sekadar berkongsi gambar buat tatapan sahabat-sahabat.Apa yang pasti saya sangat bersyukur di atas keberlangsungan program ini.Suatu yang dinanti-nantikan.Program ini melibatkan seluruh pelajar tingkatan 3 yang terdiri daripada 159 orang.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah membantu, terutama sekali buat para fasilitator yang juga terdiri daripada bekas pelajar SMKA Pedas, Rembau.Syabas kepada anda semua yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung.Jasa kalian benar-benar saya hargai.Semoga bertemu lagi, siapa tahu mungkin kalian dapat membantu untuk program yang seterusnya bukan?InsyaAllah.

Semakin hari semakin merasakan banyak tanggungjawab yang harus dipikul dan pelbagai perkara yang harus diselesaikan.Benar, tanggungjawab melebihi masa seperti kata-kata Hassan Al Banna.Menanti untuk kembali ke Kuantan dan pelbagai agenda harus diatur tidak kiralah dari segi akademik mahupun organisasi.Kedua-duanya bergerak seiring.Syukran to my beloved parents for your support!

Wednesday, June 17, 2009

"Welcome to 5 Arif"

Barisan kedua dari kiri (Farhana, Hui Ying, Ain, CT,Farah, Grace
Barisan ketiga dari kiri(Salleh,Nopharet, Haidar,Adrian, Ikmal,Zul)

Terngiang-ngiang perkataan tersebut setiap kali diri teringat akan memori sewaktu di sekolah menengah, terutamanya sewaktu berada di tingkatan 5.Pasti ayat itu yang muncul di fikiran.Huhu.Teringat pula pada Haidar, satu-satunya kawan lelaki yang rapat dengan saya pada waktu itu.Cemas, takut, bimbang dan pelbagai lagi perasaan yang seangkatan dengannya menyerang diri.Masakan tidak, hari yang dinanti-nantikan telah tiba.Seakan tidak menyangka diri ini bakal melangkah ke sekolah campur pada hari tersebut.Dek kerana mengikut ayah yang ditukarkan ke Putrajaya, mak dan abah membuat keputusan untuk menetap di Seremban.Kami anak-anak hanya mengikut dan kebetulan sekolah tersebut berhampiran dengan tempat tinggal kami.Erm, entri kali ini lebih bersifat peribadi.


Tuesday, June 16, 2009

"saya mencari orang yang buat keje mcm nie"

Seperti yang telah dijanjikan, saya dan seorang lagi sahabat, Athirah bertemu di Terminal 1 Seremban.Lebih kurang jam 9 lebih saya sampai.Agak lewat sebenarnya, dek kerana ada urusan yang harus diselesaikan terlebih dahulu.Bimbang meninggalkan adik perempuan yang demam di rumah bersama dengan adik yang kecil, saya harus terlebih dahulu menyiapakan kerja-kerja yang sepatutnya.Kasihan sebenarnya pada sahabat yang sudah setengah jam menunggu.Maaf ye tira.


Sunday, June 14, 2009

Thabit Qulubana Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim…

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan seluruh kaum kerabat baginda.Alhamdulillah saya memanjatkan setingi-tinggi kesyukuran kepadaNya Yang mengurniakan saya dan sabahat-sahabat seperjuangan hidayah untuk berada di jalan yang kami berada pada saat ini.Semangat perjuangan yangmenusup masuk hadir ke dalam jiwa merupakan rahmat dari Yang Esa.Saya berasa gembira, syukur, sedih dan pelbagai lagi perasaan yang bercampur baur selepas pulang daripada Tamrin Qiyadi Kebangsaan 2009 yang diadakan di Madrasah Sofa, Rembau.Tenang sungguh suasana di sana dan penuh barakah tempatnya, lantas saya tanamkan azam untuk mendidik bakal zuriat ,InsyaAllah jika panjang umur,agar menjadi seorang tahfiz Al-Quran yang berjaya dunia dan akhirat dan menjadi ummat yang meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w.Niat ini sudah lama tertanam di hati.Moga menjadi kenyataan.InsyaAllah.

[baca seterusnya]

Wednesday, June 10, 2009

Kuliah Al Hikam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Angkatan Belia Islam Malaysia

Dengan Kerjasama

Surau Al-Hikmah Sg. Pusu , Gombak


Mengundang Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari ke

KULIAH RUHANIYYAH

Kitab Al-Hikam

Karangan:

Ibnu 'Ata'illah As-Sakandari

disampaikan oleh:

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi ZamZam

Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki

Tarikh / Hari : 13 Jun 2009 / 19 Jamadil Akhir 2009 (Sabtu )

Waktu :solat Maghrib Bersama

Tempat : Surau Al-Hikmah, Kuarters Guru, Jln Sg. Pusu bersebelahan

International School Univ. Islam Antarabangsa, Gombak.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Sekretariat ABIM Pusat — 03-42568400

Sdra. Mohamad Raimi Ab. Rahim – 016-2196700

DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

MENG'IMARAHKAN MAJLIS ILMU!!



Tag from dearest roommate

Rules & regulations:
:: DO NOT copy answers
:: tagged questions must be 100% same
:: tag people before doing the tag

Erm, memandangkan cik afzan dah tag saya(suka benar ye awak dengan tag..hehe), jadi saya harus memilih insan2 yang seterusnya, tetapi saya tidak memaksa kalian, terpulang kepada kalian ya.

Saya pilih mereka secara spontan:

Sunday, June 7, 2009

Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009

Salam'alaik.

Alhamdulillah 'ala kulli hal, baru sahaja pulang dari Program Perkampungan Menara Gading Kebangsaan 2009 dengan selamat (5-7 Jun 2009), yang diadakan di UIAM.Majlis Penutupan oleh Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM Gombak, Saudara Khairul.Tahniah kepada semua barisan fasilitator dan AJK Pelaksana yang telah menjayakan PMGK pada kali ini. Moga usaha yang sedikit ini diberkatiNya dan didoakan semoga adik2 yang terlibat memiliki kesedaran mengenai kepentingan menjadi seorang mahasiswa berjiwa prihatin yang bukan sahaja bijak dalam akademik tetapi juga bijak dalam menangani masalah ummat yang kian meruncing di akhir zaman ini.Mahasiswa yang lahir dari kancah permasalahan masyarakat yang cuba menyelesaikan masalah ummat dengan segala kudrat yang ada dan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.InsyaAllah.Usaha dakwah adalah sesuatu yang besar, maka penyatuan semua jemaah adalah prioriti.

Tidak dijangkakan

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, pada 29-31 Jun 2009 yang lepas, telah berlangsungnya Kursus Pembangunan Belia 2009 yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pedas, Negeri Sembilan. Program ini agak berbeza daripada program-program yang lain, kerana saya menjadi fasilitator kepada  17 orang belia yang berumur dalam  lingkungan 17-28 tahun.Ya, ini merupakan pengalaman baru kerana sebelum ini saya tidak pernah mengendalikan mereka yang berumur lebih tua daripada saya. Melihatkan  kepada cara pemikiran dan gaya hidup mereka seperti yang telah diceritakan oleh anak-anak buah saya,membuatkan diri ini berasa begitu bersyukur kerana dipilih oleh Allah s.w.t untuk bersama-sama dengan mereka..

[baca seterusnya]

Monday, June 1, 2009

Rindu?


Sahabat, saat kita bersama-sama meluah isi hati, saat kita bersama di dalam suka dan duka, saat kau di sisi menjadi pendengar setia dan saat nasihat-nasihatmu meniti di bibir buat insan yang satu ini, ketauilah diri ini sangat menghargaimu. Doa buat kalian sentiasa ada usai sahaja solat fardhu.Sikapmu yang kadang-kadang kebudak-budakkan mencuit hati ini  dan sebenarnya ku tahu hatimu sungguh tabah menghadapi setiap dugaan yang kerap kali melanda hidupmu. Allah sayangkan dirimu.