Bismillahirrahmanirahim,
Syukran buat cik afzan ( rindu nak nyakat sahabat yg sorang nie) sebab 'manganugerahkan' award ini.
Entah kenapa saya lihat ramai pula yang saling menghadiahkan award khas buat blog2 pilihan mereka, barangkali sebagai inspirasi untuk terus menulis. Buat sahabat2 teruskan istiqamah untuk berdakwah melalui medium ini. InsyaAllah, bagi tetamu yang inginkan sesuatu untuk santapan rohani mereka dan membaca tulisan sahabat2, pasti mereka akan menghargainya.
Buat diri saya juga, teruskan istiqamah. Dalam ibadat, amalan2 sunat dan lain-lain perkara yang baik yang kita buat dan kadang2 kita berasa begitu susah untuk meneruskannya. Teruskan bermujahadah demi melawan kawan kita yakni nafsu jahat..huhu
Berkawanlah dengan Al-Quran dan mengadulah padaNya, kerana dia adalah sebaik-baik Penolong bagi kita,hasbunallah wa ni'mal wakil... manusia kadang2 tidak mampu untuk menghulurkan bantuan, hanya sekadar menjadi pendengar setia. The Great listener is Him!
Tidak berniat untuk memilih siapakah yang bakal menerima award ini, tetapi cukuplah sekadar mengajak sahabat2 untuk terus istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang sahabat2 lakukan. Bukan susah nak senang...Tapi apa kaitan dengan istiqamah?Huhu....
No comments:
Post a Comment