Monday, March 31, 2008

"Fitna" suatu penghinaan pada Islam

Mahathir gesa umat Islam seluruh dunia pulau produk Belanda


KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Saturday, March 29, 2008

Khalifatullah

Masih lagi segar di ingatan saya kata-kata salah seorang peserta Tamrin Qiyadi yang diadakan di Kem Pulara, Trong, Perak pada 1-3 Mac yang lalu. Baris kata-kata yang sememangnya membuatkan saya terharu dan menistiskan air mata."Sebelum nie hidup saya nothing, tapi lepas join program nie barulah saya tau konsep hamba dan khalifah". Kebetulan saya merupakan fasilitator kepada peserta tersebut. Alangkah gembiranya di hati apabila berjaya menerangkan kepadanya serba sedikit tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Moga dengan penerangan yang sedikit itu dapat membantu dia dalam meneruskan wasilah perjuangan Rasulullah s.a.w.

Thursday, March 27, 2008

Panduan Menjadi Imam Solat

Kewajipan imam sebelum solat terbahagi enam perkara iaitu:

1)Jangan mara untuk menjadi imam dari kaum yang membencinya atau tidak disukai mereka. Beri keutamaan kepada orang yang lebih pandai dalam keagamaan, kecuali orang itu menolak dengan menganggap seseorang itu lebih baik untuk menjadi imam. Tetapi, perbuatan menolak itu adalah makruh.
2)Imam perlu menjaga waktu solatnya, jadi hendaklah dia sembahyang di permulaan waktu supaya memperolehi keredaan Allah. Imam tidak patut menunggu sehingga ramai orang datang untuk berjemaah, sebaliknya hendaklah segera bersolat pada permulaan waktu.
3)Ketika menjadi imam, seseorang itu hendaklah berniat dengan ikhlas kerana Allah s. w. t. serta dengan perasaan untuk menunaikan amanat Tuhan, baik dari segi bersuci serta segala syarat solatnya.
4)Jangan tergesa-gesa untuk bertakbir sebelum barisan jemaah yang berada di belakangnya tersusun rapi dan rapat. Jadi, sebaik-baiknya, imam terlebih dulu menoleh ke kanan dan ke kiri, sekiranya ada tempat yang kosong, hendaklah dia menyuruh mereka mengisinya.
5) Imam hendaklah bersuara dengan lantang ketika takbir, sama ada takbiratul ihram atau takbir yang lain-lain. Bagi makmum pula, usah terlampau menguatkan suara, melainkan cukup sekadar didengar oleh dirinya sendiri.
6) Apabila seseorang itu disuruh memilih antara berazan (menjadi bilal) atau menjadi imam, hendaklah dia memilih untuk menjadi imam saja sekiranya sudah mencukupi syaratnya. Setiap tugas itu mempunyai keutamaan sendiri dan tidak elok hanya seorang memikul tugas itu kerana hukumnya makruh.

Imam Muda

Pada 21-24 Mac 2008 yang lepas saya telah menghadiri program Latihan Imam Muda anjuran Unit Gerakan dan Operasi, Sukarelawan Al-Falah, Yayasan Dakwah dan Islamiah Malaysia ( YADIM). Syukur padaNya kerana dengan izinnya saya dapat menghadiri program tersebut tanpa ada halangan, biasalah cuti-cuti begini ada sahaja benda yang mendatang. Itulah dugaan namanya. Banyak ilmu yang ditimba sepanjang 4 hari 3 malam berada di sana. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, program tersebut diadakan di Excel Training Resort, Nilai, Negeri Sembilan dan disertai oleh pelajar-pelajar dari Pusat Asasi UIA, PJ dan juga SMK Seksyen 18, Shah Alam. Sepanjang perjalanan ke sana, diri tertanya-tanya bagaimana cara program ini dikendalikan dan hati ini tidak sabar-sabar untuk sampai ke sana di samping melepaskan kerinduan pada sahabat-sahabat.

First entry

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menghasilkan blog yang tak seberapa ini setelah blog yang terdahulu "terbengkalai" disebabkan faktor masa dan sikap malas meng"update" blog. Saya masih lagi dalam proses belajar dalam selok belok blog nie, banyak lagi yang perlu saya belek dan ini memakan masa yang agak lama untuk saya menghadap skrin laptop..huhu. Teringat pula sebaik sahaja saya habis SPM, saya banyak belajar cara-cara buat blog dengan hanya membelek-belek apa yang patut dan tak lupa juga menyelongkar "tool" dalam "Adobe Photoshop" selain melayari website yang berkaitan dengannya, memang seronok dan adik saya yang ke-2 paling terror dalam bab-bab nie..hehe, yelah nak dibandingkan dengan yang lain. Sudah lama hasrat ingin menghasilkan blog terbuku di hati, alhamdulillah Allah gerakkan hati dan kudrat untuk menghasilkan blog..hehe, sememangnya dalam menghasilkan blog memerlukan kita untuk sentiasa rajin untuk meng "update", terpulang pada masa individu itu sendiri.