Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Tanggal 19 Januari 2015 bertempat di Bilik Pandang Dengar, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Skudai menyaksikan sesi viva voce selama 3 jam! Alhamdulillah.
Setelah selesai pembentangan, sesi soal jawab dan kemudian sesi menyemak thesis sehelai demi sehelai beserta bermacam-macam soalan, saya dan supervisor diminta keluar sebentar. Saya agak berdebar.
"Dr agak-agak lepas tak" (Sebab bertubi-tubi soalan..huhu)
Dr membalas dengan senyuman, "Lepas..."...
Senyuman Dr membuatkan saya sedikit lega kerana diri tahu beliau sudah berpengalaman menjadi panel viva.
Kemudian kami dipanggil masuk. Dengan senyum ala kambing saya masuk, duduk, tunduk dan senyum. Kelihatan panel senyum manis begitu juga dengan chairman. Adehhh..
Kemudian Dr Khalida selaku chairman berkata..."Tahniah Siti Fatimah, you have 3 months correction, Tahniah.."
MashaAllah, syukur syukur syukur, selepas bermacam-macam dugaan yang saya tempuhi dan ini merupakan salah satu nikmat yang wajib saya syukuri. Terima kasih suami, mak abah, keluarga mertua dan adik beradik atas segala sokongan dan dokongan. Tolong jaga anak dan sebagainya. Alhamdulillah.
Sejujurnya selepas menghantar thesis untuk sesi viva, saya telah membayangkan baju warna apa yang akan saya pakai semasa sesi viva voce, membayangkan muka para panel dan supervisor serta membayangkan gaya saya membuat pembentangan. Alhamdulillah hari kejadian saya memakai baju yang sama. Itu semua doa di luar solat.
Dan paling saya suka nasihat dari seorang rakan Indonesia.
"Yang penting doa suami, orang tua, solat tahajjud dan well prepared inshaAllah you can do it"
SOLAT TAHAJJUD. Benar sekali! Bukan sebab nak viva! Allah Allah, diri ini semakin kurang istiqamah dengan tahajjud, sedangkan anak sudah ada untuk menjadi alarm semulajadi. Sang suami kena "tarik" sang isteri selalu la nampaknya!
Ok. Tiba masa untuk thesis correction. Jangan bertangguh, perangai syaitan tahu! Nasihat untuk diri sendiri yang dilanda kemalasan saat ini.
Sebelum viva, kecut peruttt. Agaknya bagaimana agaknya keadaan kita sewaktu menunggu di Padang Masyar? Tidak boleh bayangkan. Menunggu beberapa jam sebelum viva sahaja sudah kecut perut!