Monday, February 15, 2010
Hidup walau jasad dikandung tanah
Dia datang, pergi dan datang...
Friday, February 12, 2010
Rintihan hamba
12.10.2010
Monday, February 8, 2010
Stimulator dakwah
Bismillah…
Hujung minggu yang lepas terisi dengan majlis yang saya kira mejadi stimulator untuk terus thabat dalam perjuangan yang sangat sedikit ini. Mudah-mudahan usaha kerana Allah ini menjadi saham di akhirat kelak buat diri ini dan sahabat-sahabat. Tanpa rahmatNya mana mungkin kita akan menjejaki syurga Allah walau banyak mana pun amalan dan kebajikan yang dilakukan di dunia.Alhamdulillah, hati cukup gembira melihat kekuatan yang ada pada adik-adik, kefahaman mereka mengerti dakwah yang membawa mereka sehingga ke tahap ini. Matlamat yang sama cara yang berbeza. Dengan bertunjangkan kalimah tauhid dan hati yang sering mendambakan redha Ilahi itulah yang membakar semangat untuk melaksanakan gerak kerja dakwah di bumi Allah di samping ganjaran yang dijanjikanNya. Ganjaran hanya sebagai perangsang untuk terus istiqamah dan bukan menjadi matlamat utama kita. InsyaAllah.
Teringat kelas Falsafah Sains petang tadi, Ustaz Ibrahim mengatakan bahawa “How about people who are being oppressed, suffered children in Palestin and we hate United States”? Ustaz menjawab…”By introducing the concept of Qiamah and Paradise”. Sungguh benar, sebanyak mana kejahatan yang manusia lakukan di bumi dan sebanyak mana kita merasa ditindas, semuanya akan dibalas di akhirat kelak, Allah jualah Pemilik Hari Pembalasan (Maliki Yau Middeen). Saat kita membaca Al-Fatihah yang merupakan jantung dalam solat, tanpanya solat kita tiada ma’na dan juga tidak sah. Pasti ayat ini yang akan diulang-ulang pada setiap rakaat. Sejauh mana kita menghayati maksud di sebaliknya. Jika kita benar-benar menghayati sudah pasti segala permasalahan dunia pasti dapat diatasi dengan bijaksana dengan menjadikan akhirat sebagai matlamat utama kita, bukan terlalu memikirkan soal dunia yang tidak membawa apa-apa makna. Itulah kita manusia yang terlalu banyak kelemahan dan kekurangan.
Pendek kata usaha dakwah ini sememangnya bukan mudah, perlunya harakah islamiyyah yang bersatu di bawah kalimah tauhid lailahaillallah, dan bukannya saling bermusuhan dan mengejek-ejek di antara satu sama lain. Tersenyum tatkala melihat kerenah sesetengah orang-orang yang berada di dalam sesetengah jemaah yang berkelakuan tidak seperti orang yang mempunyai fikrah. Allah, berilah mereka petunjuk. Malunya rasanya andai Rasulullah s.a.w menyaksikan umatnya kini begini sifatnya lebih-lebih lagi yang menggelar dirinya dai’e ilallah….Astargfirullahalazim…
Bilakah lagi kita semua satu hati….Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi…
Allahu’alam