Sunday, June 5, 2011

Hati-hati fitnah ini

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Allahu Allah, semoga saya dan sahabat-sahabat jauh dari membawa insan bernama lelaki ke lembah hina. Pada dasar nampak soleh tetapi sebenarnya apa yang dilakukan tidak disukai Allah. Peringatan buat saya, kamu, dia dan mereka. Andai sudah yakin dia jodoh kamu atas segala usaha yang dilakukan, serah pada ketentuan Ilahi.

Insan di sekeliling banyak memberi makna. Belajar dari alam. Pengalaman orang. Kuatkan iman di dada insyaAllah masalah-masalah yang berkaitan soal hati ini dapat kita hadapi dengan baik.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu.

Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak. Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik.

Kepada yang berkenaan, jaga hati, jaga amal, berhubung atas dasar perkara-perkara yang penting. Perkara ini harus sentiasa diingatkan. Sungguh, kita semua tidak sempurna. Jika semua berperanan saling mengingati insyaAllah perkara yang tidak baik dapat dielakkan.

Terima kasih kepada beberapa sumber!

No comments: