Monday, February 15, 2010

Dia datang, pergi dan datang...

Bismillah...

Diri terkenang sahabat yang kini sedang berperang dengan kesakitan dan menanggung kesan rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ditambah dengan kos rawatan yang harus ditanggung keluarganya.Hanya doa yang dapat dilakukan pada saat ini. Mengharapkan agar Allah memberi peluang lagi untuk kami menziarahinya dan semoga dia diberi kekuatan menghadapi dugaan yang datang secara tiba-tiba tanpa disangka. Itulah namanya ujian Allah, tidak mengenal tempat dan waktu. Senyumannya yang terakhir menimbulkan tanda tanya pada diri. Adakah pulangnya kami selepas itu, senyuman itu tinggal senyuman...Allahu Allah..Doakan Kak Wahid ya sahabat-sahabat!

Entri kali ini mengenai penyakit.Kalian pernah melihat orang yang terdekat diserang penyakit asma?Saya pernah menyaksikan seorang sahabat yang agak kronik asmanya semasa di matrikulasi dahulu. Nampak begitu "terseksa" dan apa yang mampu saya lakukan hanya menyapu vicks, hampir habis juga vicks disapu pada bahagian dadanya. Alhamdulillah, apa yang dialami diri tidak sekronik sahabat yang seorang itu.

Selalunya apabila cik asma datang menyerang simptom-simptom seperti nafas berbunyi siulan (wheezing), sakit-sakit dada dan batuk "sopan" (batuk yang tidak terlampau kuat tetapi perit) dan pernafasan sempit wajib ditempuhi.

Akhir-akhir ini mudah sahaja dia datang. Saya bertuah kerana mewarisinya daripada arwah atuk, sedikit sebanyak diuji melalui sakit ini berbanding orang lain yang lagi dasyat diuji dengan penyakit-penyakit kronik. Maka bersyukurlah!Mari kita berkenalan dengan cik asma yang satu ini, yang direkodkan mempunyai jumlah pesakit yang paling ramai berbanding pesakit diabetis!

No comments: