Tuesday, June 18, 2013
Dia mahu memberi maaf
Ashkuruka Ya Rabbi 'ala kulli hal.
Semoga dipermudahkan perjalanan ini. Bersabarlah duhai diri kerana bukan mudah Dia mahu mengampunkan dosa hamba-hambaNya. Jadi engkau beruntung!
InshaALlah. Semoga semua di bawah peliharaan Allah Rabbul 'Alamin.
Ummi and ayah can't wait to meet you.
Tuesday, April 9, 2013
Pemilik Cinta setelah Allah dan Rasul
Alhamdulillah
thumma alhamdulillah ‘ala kulli ni’mah.
Subhanallah,
hari ini masih lagi hidup. Masih lagi mampu menghirup udara-Nya. Terus
melaksanakan tugas hamba dan khalifah sebaik mungkin walaupun kadang kala pasti
ada sahaja kelalaian yang menjengah kehidupan kita. Itu pasti. Manusia itu
sifatnya pelupa, tergesa-gesa. Maka hadirnya insan yang terdekat, bangkit dan
menyedarkan. Terima kasih Allah. Terima kasih mak, abah dan sahabat-sahabat dan
paling utama cintaku setelah Allah dan Rasul, suamiku Muhammad Mu’izzuddin bin
Mustaffar.
Syukur,
kini telah bertukar status dari single kepada married yakni isteri orang. Alhamdulillah. Sejujurnya, masih lagi tidak percaya dan
tidak terasa seperti isteri orang memandangkan kami duduk berjauhan. Beban
amanah yang bertambah. Teringat pesanan Hasan Al-Banna bahawa perkahwinan ini
bukan sekadar romantik tetapi terpikul beban dakwah yang terpikul di bahu
kami. Allahu Allah.
Ya
benar, saat ini pemimpin-pemimpin parti sibuk berkempen. Negara sudah seakan
tidak “aman” dek kerana tercetusnya pertumpahan darah di Lahad Datu dan yang
terbaru ada ura-ura yang mengatakan bahawa peristiwa 13 Mei bakal berulang. Allahu'alam. Tanpa keizinan-Nya tidak akan terjadi. Angkara orang atasan yang kotor dan jijik sikapnya. Suami saya juga tidak
terkecuali dalam usaha membantu pihak yang mendokong aspirasi kebenaran dan
keadilan. InshaAllah bang, ayang selalu doakan abang usai solat ayang. Allah
bersamamu tatkala dirimu kesusahan dan kesenangan dengan syarat ingatlah Dia di
saat susah dan senangmu.
Lafaz
syukur meniti di bibir kami biarpun kami berjauhan. Biarlah rindu kami rindu
kerana-Nya, kasih kami kasih kerana-Nya. Semoga kami mampu membina baitul
muslim wa baitul dakwah yang diredhai Allah. Biarlah anak kami nanti
(InshaAllah) adalah anak-anak yang soleh solehahah yang meneruskan misi
menegakkan Islam di muka Bumi Allah s.w.t. Biarlah kami punya usaha yang
sungguh-sungguh dalam mendidik diri kami agar menjadi ayah dan ibu yang
soleh/solehah kepada anak-anak kami nanti.
Buat
suamiku, terima diriku seadanya. Pandanglah agama yang ada dalam diriku. Biarlah kekurangan dan kelemahan yang ada pada
diri ini dan dirimu sama-sama kita redha dan usaha membaiki diri ke arah redha
Ilahi. InshaAllah. Alam rumah tangga sudah pasti akan didatangkan dengan 1001 cabaran. Kita masih lagi dalam tempoh taaruf
dan proses ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga ikatan ini
berkekalan hingga ke syurga-Nya.
“ Apabila telah berkahwin
seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya.
Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”
( Riwayat Baihaqi)
Ya,
benar. Moga separuh lagi akan dilengkapi dengan kerja-kerja dakwah, amal-amal kebajikan dan
amal-amal soleh kerana orang yang beriman itu pasti sahaja diiringi dengan
amalan soleh yang membantunya di akhirat kelak selain daripada rahmat-Nya jua
yang menentukan nasib kita kelak. Buat abang, bimbing ayang ke syurga-Nya. Redha Allah terletak pada redha abang. Semoga
diri ini dapat menjadi isteri solehah, penyejuk mata penenang hati. Amiin
inshaAllah. Doaku moga dirimu sentiasa diperkuatkan untuk terus melangkah
di jalan-Nya yang telah Dia letakkan, dilapangkan urusan dan menjadi suami
soleh yang dapat membimbing diri ke syurga-Nya. InshaAllah. Doa
sungguh-sungguh! Semoga dengan pernikahan ini lebih mendekatkan diri kita dengan Allah, bukan nafsu menjadi landasan tetapi ketakwaan kita kepada-Nya!
Akhirul kalam, ini adalah pilihan Allah yang terbaik buat diri. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Untuk hidup mendatang yang tidak diri ketahui, hanya doa dipanjatkan kepada Ilahi, agar terus melangkah dengan berani, menghadapi hidup ini, semoga peroleh barokah dari Ilahi. Amiiin thumma amiiin!
Friday, February 8, 2013
HHK; Jiwa-jiwa itu jiwa besar
"Ct dah update blog ke"?
Tanya abah pada saya sewaktu pulang ke rumah dua minggu lepas. Saya hanya tersenyum di belakang Abah. Saya sendiri rindu untuk mengemaskini laman sesawang ini. Dengan siri-siri kuliah dan majlis ilmu yang hanya kemas tercatat di dalam buku catatan yang entah ke berapa. Alhamdulillah, koleksi-koleksi buku-buku catatan saya simpan dengan baik. Sayang semuanya. Banyak sungguh catatan ilmu hasil pengisian usrah, tamrin, kuliah, talaqqi, wacana-wacana ilmu, mesyuarat dan sebagainya. Ikukan hati mahu sahaja bawa kesemuanya ke sini. Tetapi diri memilih satu buku catatan yang sudah sarat dengan catatan sebagai bahan untuk dibelek-belek. Persoalannya tinggal lagi untuk diamalkan atau tidak?
Bukan soal buku catatan yang ingin saya ceritakan tetapi berkenaan Himpunan Helwa Kebangsaan hujung minggu lepas. Alhamdulillah untuk sebuah momen indah yang Allah hadirkan minggu lepas. Niat dipasakkan, langkah diteruskan dan alhamdulillah, hadiah dari-Nya yang saya kira benar-benar berharga.
Sungguh masih banyak lagi kerja di luar sana. Hanya yang benar-benar terpilih untuk meneruskannya dan terus kuat menempuhnya. Manusia yang beribadat dan berbakti untuk ummat itu lebih disukai Allah berbanding dengan mereka yang hanya beribadat siang dan malam tanpa peduli jiran tetangga dan ummat di luar yang menderita dan memerlukan pertolongan kita yang mempunyai sedikit kesedaran.
Bagaimana dengan kisah seorang mak cik berumur 60 tahun yang tidak berpuasa sepanjang hayatnya dek kerana berpegang dengan kepercayaan bahawa kentut membatalkan puasa? Bagaimana dengan golongan-golongan elit mahupun golongan biasa yang melakukan sumbang mahram? Berzina dengan ibu sendiri? dengan anak lelaki sendiri? Allahu..
Barangkali ada yang sudah mati rasa apabila masalah sebegini seakan sudah sebati dalam jiwa masyarakat kita. Entah kenapa air mata seakan tidak berhenti mengalir saat tayangan video mengenai siri-siri perjuangan tokoh yang saya kagumi perjuangannya. Seorang doktor pakar yang akhirnya setia menjadi seorang isteri dan ibu, menempuh kehidupan dengan bertompokkan fitnah yang tidak berkesudahan, Allah bersamamu, maka Allah kuatkanmu. Seorang saintis yang terus subur dengan semangat sains tauhidik, menyedarkan mereka keperluan sains dan mengenal Pencipta, memperkenalkan pemakaian tudung walaupun ketika itu digelar hantu bungkus. Al-Fatihah buatmu arwah Prof Khalijah Salleh.
Petang itu, usai solat Asar dan bersembang dengan sahabat yang sudah lama tidak bersua, saya ternampak kelibat Madam Martinelli yang baru keluar dari bilik air menuju ke surau. Terus saya kejar dan bersalam dengan beliau. Terima kasih Allah.
Sambil menghulurkan tangan saya terus bertanya;
"Madam kenal saya tak?" (Dalam hati saya, of course la tak kenal..sebab tak pernah jumpa face to face)
Madam tersenyum...
"Saya la Siti Fatimah Kamaruddin"..Huhu...
"La ye ke..yang selalu follow saya tu ye"..
"Haah, terima kasih Madam baca blog saya"...
Saya mendapat tahu Madam merupakan salah seorang yang selalu berkunjung ke blog saya. Dan saya juga antara insan yang selalu membaca entri-entri Madam. Beliau menyatakan kesedihannya kerana telah ditamatkan perkhidmatannya di dalam CENSRVE IIUM. La ba'sa Madam, peluang Madam di luar sana terbentang luas, inshaAllah.
Perkongsian Madam di HKK tempoh hari sangat terkesan. Tidak bersandar pada sebarang statistik, slides mahupun carta-carta hasil kajian, Madam membawa kisah dan pengalaman berharga sepanjang keterlibatan beliau dengan turun ke lapangan dan kancah kehidupan masyarakat.
Apa erti kita membuntang mata hanya dengan dikejutkan dengan berita-berita kurang enak mengenai anak-anak muda zaman ini? Apa erti kita hanya hadir ke kuliah-kuliah agama, seminar dan lain-lain wacana ilmu hanya dengan semangat-semangatan? Apa erti kita kepada manusia lain?
Allah Allah..entah apa yang telah saya lakukan sepanjang umur ini, sepanjang hidup ini. KepadaMu Allah, terima kasih untuk sebuah tarbiyyah, pahit manis disulami hikmah. Hikmah yang harus dicari, digali dan diteliti. Kerana hidup ini tidak semudah itu. Mujahadah, mujahadah, mujahadah.
Semoga Allah senaraikan kita sebagai hamba-Nya yang membantu ke arah tertegaknya Islam. Allahumma Amiin..
Monday, January 7, 2013
RAMSAN de Jelebu
Alhamdulillah. syukur syukur syukur pada Allah kan. Hari-hari buat dosa, kemudian bertaubat, buat dosa semula, Dia ampunkan dan beri peluang. Allahu Ghafur! Syukran jiddan Ya Allah for all the blessings in this life.
Dua minggu lepas berkesempatan balik kampung kat Jelebu, satu-satunya kampung sebab mak dan abah dua-dua asalnya dari Jelebu. Sonang! Hehe.
Apa lagi, balik kampung ada agenda lain selain melawat wan. Mengutip rambutan dan pulasan. Sebab orang lain yang mengait rambutan, jadi eloklah bahasa "petik" digunakan. Semut pun join the club. Huhu. Gambar pulasan tiada sebab selepas settle rambutan rehat dan kemudian selesaikan pulasan yang banyak. Pokok rendah senang nak ambil. Alhamdulillah. Mak cik kata kalau abah tidak pulang ke kampung anak-anak buah tidak dapat makan buah-buah tersebut disebabkan kemalasan mengait rambutan. Huhu.
Mesti kawan-kawan tertanya apa bondo la RAMSAN tu kan?
RAMbutan + pulaSAN = RAMSAN (suka hati je kan bagi nama ni).
Go go chaiyok abah. I know you can do it. Hehe.
Semut sangat banyak. Jadi pengutip buah yang setia. Pokok pulasan kutip di rumah Mak Lang, tu hujung sana, dokek yo dengan rumah wan. Rumah mak cik pun tepi umah wan.
Cik Sabrina kita si penjaga arnab dan kucing yang setia.
Tolong abah basuh buah rambutan yang banyak semut. Tolong cucuh air je hehe. Alhamdulillah dapat bagi Aiman and geng tahfiz dia makan buah rambutan dan pulasan.
Uwais ambil alih tugas si pengait buah. Bravo!
Comel!
Sepupu cakap arnab ni makan bulu dia sendiri sewaktu kehabisan makanan. Sian dia.
Mak pernah cerita masa kecil ada bela arnab dan abang pernah "menikmati" feces arnab. Huhu.
Lapar sampai masuk dalam bekas makanan.
Atan leka dengan typewriter arwah atuk.
Beloved Wan. Semoga Allah berkati umur wan sehingga saat ini. Sayang Wan!!
Monday, November 26, 2012
1 Muharam 1434H Segamat
Adik-adik yang ditugaskan untuk mencungkil rahsia kejayaan Haji Mat
Hari itu 1 Muharam
1434H. Alhamdulillah wa syukrillah.
Allah memberi peluang untuk hamba ini terus
bernafas. Pasti ianya bukan suatu yang sia-sia. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa
hamba yang hamba sedar mahupun tidak. Allah tidak pernah rugi malah kita yang
rugi jika setiap saat dalam hidup ini kita lalai dalam mengingati-Nya. Kerana
apa? Kerana dia TUAN dan kita hanyalah HAMBA. Berbeza pula dengan kuli kerana
KULI dibayar gaji. HAMBA pula tidak. Betapa kerdilnya kita di sisi Allah.
Siapalah kita
untuk ingkar akan perintah Dia. Lihat sahaja makhluk Allah seperti langit, bumi
dan pokok-pokok. Bayangkanlah jika
mereka bertindak sebaliknya dan enggan melaksanakan tugas masing-masing? Pasti
hancur alam ini. Itu semua sunnatullah. Dia yang punya kuasa mengatur
segala-galanya. Hatta jasad ini juga dalam kawalannya. Diuji dan terus diuji
dengan nikmat dunia.
Mengembalikan
manusia kepada fitrah bukan suatu tugas yang mudah. Lihat sahaja Rasulullah
yang berdakwah berpuluh-puluh tahun tahun tetapi hanya sedikit yang mahu
mengikut dakwah Baginda sehinggalah dakwah Baginda berkembang dek kerana
peranan sahabat-sahabat.
Selawat dan Salam
buat Rasul junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat dan kaum
kerabat Baginda.
Apalah ertinya
andai kita punya ilmu untuk dibangga-banggakan, kedudukan yang dibangga-banggakan,
rumah mewah bak istana dan kereta berpuluh-puluh ribu andai semua itu bukan
untuk diinfaqkan ke jalan Allah.
Bayangkan rumah
bak istana raja terrsergam indah dan tidak jauh dari rumah tersebut terdapat
sebuah rumah sekangkang kera dan di dalamnya tinggal sepasang suami isteri yang
diuji dengan memiliki anugerah 5 orang anak istimewa yang berbagai-bagai
kerenah. Hanya sekeping hati yang cekal sahaja yang mampu berhadapan dengan
ujian ini. Subhanallah, Allah Maha Adil. Diberinya ujian tertentu kepada hamba yang
mampu dan layak menghadapinya!
Di sebuah rumah
lain yang besar bak istana, seorang pak cik yang dahulunya hanya bersekolah
hingga darjah 6 dan hidup susah setelah kematian kedua ibu bapanya sejak
berumur 6 tahun. Nasi sudah tidak rupa seperti nasi. Ilmu tukangan dan niat
mahu mendapatkan ilmu dan bukan gaji membawanya kepada kejayaan pada hari ini.
Hartanya digunakan ke jalan Allah, membantu mereka yang memerlukan. Solat di
awal waktu di masjid lima kali sehari tidak pernah ditinggalkan. Katanya, beliau
mahu malaikat mengaminkan doanya. Allahu Allah.
Adik-adik Smart Regeneration Camp 2012 sedang khusyuk
mendengar taklimat sebelum bergerak ke lapangan masing-masing mengikut sasaran
individu dan tempat yang telah ditetapkan
Haji Mat berkongsi
bahawa ustazahnya pernah memberi nasihat bahawa sehingga ke hari ini beliau
masih mengingatinya dan istiqamah mengamalkannya.
“Ustazah pak cik
cakap kalau kamu ada cita-cita yang baik dan mahu Allah kabulkan, puasalah
sunat Isnin dan Khamis 7 minggu berturut-turut, insyaAllah Dia makbulkan”.
Tinggal lagi kit mahu atau tidak kan? Sama ada kita sudah cukup kuat
bermujahadah atau tidak.
Allahu Allah.
Pertemuan dengan keluarga ini memberi seribu satu inspirasi.
Kejarlah ILMU dan
bukan GAJI!
Sentiasa INGAT
ALLAH dalam susah dan senang!
Kehidupan di atas
pokok selama bertahun-tahun, hidup dhaif, pelbagai ragam anak-anak istimewa dan si jiwa yang tabah harungi
liku-liku hidup. Allah terima kasih untuk sebuah pengalaman berharga.
Semoga akan lahir
lebih ramai pemuda seperti Muhammad Al-Fateh dan Sallahudin Al-Ayubi. Kemenangan Islam pasti akan datang, tetapi
biarlah kita juga tergolong dalam golongan yang menyumbang ke arah kebangkitan
Islam walaupun sedikit.
“Ya Allah kau
kurniakanlah kami keistiqamahan dalam melaksanakan ketaatan kepada-Mu”
"I love you teacher"
The door opens.
I step forward and smile.
Yes, there’s Zing Wong. Every Monday and Wednesday evening he will
wait for his teacher and open the door for her.
It was nice teaching somebody. It was great
to share and spread the knowledge. Though is not that biggie thing but still
for a 6 years old boy it’s more than that.
It’s kind of easy for me as I don’t have to
do any revisions before I start teaching. Facing with my research from morning
till evening and Alhamdulillah I do not have to do revisions before teaching. It’s
holiday and no tuition for PMR and SPM students.
Deep down in my heart, I am dreaming of
sharing all those things with the Muslims children. But at this moment, Allah gives me great
chance to invite others towards the beauty of Islam.
Every time I finished teaching and going
back to hostel, I am wondering about Zing Wong’s future, about his family
future. Why I am so afraid of inviting them towards fitrah. Allah, I am not
that strong. But In shaa Allah slowly I will try my best to show the best
akhlaq. Dakwah bil hal! InshaAllah!
For the last two weeks, I used to say..“Zing
Wong, please do your very best and try to finish your homework and I’ll give
you chocolate next week ok?”
With his broad smile he replied to me “Yeah….I
also will give chocolate ok teacher?”
“You don’t have to Zing Wong”….
He always said that “I love you teacher”.
Four words are enough to make me feel released. Alhamdulillah. And at that
moment, I’m thinking of my liltle brothers and sisters at home.
And the next following week I bring
chocolate for Zing Wong as I promised. Right after I give him the chocolate, he
gives me the nice drawing together with Kit Kat and jelly.
No words to describe my feeling at that
time. I still remember when I wear purple tudung, he loves it and he draws my
face when I’m teaching him. But the drawing is not that nice compare to this
one. Zing Wong…you are very innocent and pure.
The evening starts with something yummy!:)
“Ok Zing Wong, let’s start with Bahasa
Melayu first ok?, Today we gonna learn Bahasa Melayu for 2 hours and on
Wednesday we gonna have Mathematics and English ok?”
“Ok teacher!!!!” He looks excited.
“Ok, but before that you may eat your
chocolate”…
“Ermm, so yummy teacher!!!”
Zing Wong then opened my beg and try to
find his chocolate that he gives to me.
“Teacher, eat this and tell me whether it’s
yummy or not”…He’s laughing.
He’s just 6 years old and going to be 7 next
year. Only know a little bit of Malay words and able to speak English, but not
that fluent. His mother is housewife and it’s hard to communicate with her
because she only knows Chinese and 10% English. Zing Wong always be the middle
person for me and his mother.
His father works as businessman but always care
for his children. He never refuses to accept a Muslim teacher for his son.
Luckily his father knows English very well and can speak Indonesian too. Thank
you Mr Raymond!
Thanks Zing Wong for the nice drawing. I really
appreciate it! I promised him to put his drawing in my blog.
May Allah bring you towards Islam. If I’m
not the one who directly invites you towards Islam, I’m hoping and praying that
Allah will help you one day in trigerring yourself to find the true religion.
Amiin Ya Rabb!
To my little brothers and sisters, I love
you all so much. Be nice towards others and appreciate whatever knowledge you
got. In shaa Allah, may Allah bless us in our journey towards gaining His
knowledge.
Our pure intention is very essential aspect
in determining our next journey!
Monday, November 19, 2012
Yahudi Kalah Selepas Revolusi 25 Januari ?
"Aku
harap sinar baru di Mesir tidak akan menjadi kegelapan kepada Israel",
itulah kata-kata terakhir, Benjamin Ben-Eliezer, bekas menteri rejim Zionis
Israel, dalam ucapannya kepada radio tentera rejim itu, tidak akan ada
kerehatan semua rakyat Israel selepas ini, Mubarak telah diguling dan tidak
akan bangun semula, Republik Arab Mesir tidak lagi menjadi sekutu strategik
rejim Israel atau lebih tepat lagi ejen tentera Zionis-Amerika Syarikat.
Tak kira siapa pun yang akan naik menjadi
presiden baru Mesir, kemungkinan-kemungkinan buruk pastinya akan menjadi igauan
rejim itu, sekiranya menang Shafiq atau Musa, pastinya sebuah revolusi akan
meletus kembali kerana apa yang rakyat inginkan hanyalah pemimpin yang memihak
kepada rakyat bukan musuh mereka, sama ada Ikhwan Muslimin menang atau tidak
masyarakat akan tetap memilih untuk tidak tidak bergantung kepada Amerika,
kerana mereka semua sedar bahawa cara terbaik untuk mendapat sokongan
masyarakat umum adalah dengan membebaskan negara dari cengkaman Yahudi.
Bukan Israel sahaja yang menonton keputusan
pilihanraya, malah negara-negara Arab cukup takut dengan perkembangan
penguasaan kelompok Islam ke atas Mesir, kerana mereka amat mengetahui
sekiranya kelompok tersebut memerintah akan tersungkurlah rejim-rejim yang
memerintah dan tidak akan ada lagi individu yang zalim atau keluarga tertentu
sahaja yang akan memerintah selepasnya.
Jika kuasa besar rejim Zionis Israel kalah besar
pada kali ini, maka rakyat Palestin akan menang besar, seandainya kelompok
Islam menang, isu Palestin akan menjadi isu utama negara-negara Arab amnya, dan
bagi negara Mesir ia adalah isu asas yang tidak boleh bertolak ansur, kerana
mereka telah menjadi sebahagian dari isu tersebut, berjayanya Mesir maka akan
berjaya semua dunia Arab, sekiranya lemah maka akan lemah semua dunia Arab,
Mesir hanya akan kembali menjadi lemah seandainya mereka kembali kepada
sisa-sisa perjuangan rejim Mubarak yang diwarisi dari Abdul Naser dan Anwar
Sadat atau mereka yang seperti mereka.
Kesimpulannya, kegelapan bagi Israel adalah satu
kepastian dan ia semakin hamipr dan ia benar-benar semakin hampir, Mesir sedang
berada di ambang kebangkitan sebenar yang belum pernah di tempuh sebelum ini,
kerana apa ? Kerana Mesir sebelum ini telah pun mengukir sejarah agungnya,
mendapat penyaksian khusus dari Nabi Muhammad s.a.w, sememangnya terkenal
menonjol dari kalangan bangsa Arab dan dunia, khususnya pengkongsian pembebasan
negara-negara Arab, yang penuh dengan liberalisasi, rasuah dan penaklukan
Barat, akhirnya kita sebagai umat Islam mestilah teguh percaya bahawa Islam
akan kembali gemilang dan percayalah rejim Zionis Israel akan runtuh
seruntuhnya, adakah kita masih ragu-ragu dengan kenyataan ini ?
Thanks AmanPalestin for those info.
Jom sama-sama kuatkan munajat demi umat Islam yang tertindas!
Khaibar Khaibar Ya Yahud! Jaisyu Muhammad Saufa Ya'ud!!
Subscribe to:
Posts (Atom)





