Monday, June 18, 2012

Happiness


Dua kegembiraan.

Pertama.

Pagi tadi diumumkan kemenangan Ikhwanul Muslimin di dalam pilihan raya Mesir 2012 dengan pertolongan Allah s.w.t melalui Presiden Dr. Muhammad Mursi. Seorang hafiz Quran. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Beliau berjanji dengan Allah dan rakyat Mesir untuk menjadi khadam kepada semua, berada atas padang yang sama buat seluruh rakyat, Islam atau Kristian tidak mengira sama ada mereka mengundi beliau atau tidak. 

Kedua.



Cuba teka.



Dapat teka?



Teka la.



Ok, tak dapat teka kan?



Kegembiraan kedua sebab dapat cari maksud qasidah Solatun bissalamil mubin. Suka!^_^. Pertama kali mendengarnya sewaktu Talaqqi Ustaz Uwais. Bersama-sama berqasidah dengan anak-anak murid Ustaz. Sempat lagi ustaz berseloroh mengatakan kalau qasidah Mawlid dapat RM 10 000, tetapi kalau kami percuma sahaja. Faham kan maksudnya? Maksudnya tidak berapa nak sedap. Huhu.

Oh ye. Seronok kalau kita berqasidah sambil kita memahami maksud qasidah bukan semborono berqasidah. Salah satu cara kita ingat pada kekasih Allah.Hari ini dah berapa kali asyik pasang qasidah ini. Kalian boleh google maksud qasidah ini.

Selawat serta salam ku persembahkan kepadamu wahai kekasihku, sebagai bukti keteguhanku, wahai Nabi s.a.w kekasihku.

Layakkah kita menganggap Muhammad s.a.w sebagai kekasih? Rasa jauh lagi tetapi saya akan usaha Ya Rasulullah! T_T

Boleh pergi di sini untuk mendengarnya.



Wednesday, June 13, 2012

Tears



No words can describe this picture. May Allah protect you and your little brother. Ameen Ya Rabb! Allah Allah Allah, give him the strength, keep them safe with your love and blessings.

Dua dunia berbeza



Seronok melihat tikus ini. Hidupnya hanya berzikir, beribadah. Mereka bahagia. Saya rindu mereka. Mereka telah tiada. Berbual-bual dengan tikus ada baiknya daripada berbual-bual dengan manusia yang kadang-kadang penuh dengan kata nista dan umpat keji. Allahu Allah. Mohon jauh daripada semua itu.

Alhamdulillah wa syukrillah. Usai membentangkan Projek Tahun Akhir. Terima kasih kepada Dr. Muhammad dan Dr. Munirah di atas komen-komen yang sangat memberangsangkan. Kadang-kadang manusia mudah menerima pujian tetapi lupa semua pujian itu pada akhirnya dikembalikan kepada Allah. Kerana Dia asbab segala-galanya. Sungguh kita ini manusia yang sungguh lemah di sisi-Nya.

Subhanallah, tatkala tafsir Quran dibuka mata terus melirik pada ayat ini;

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) adalah bahawa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan agar kamu rasakan sebahagian dari rahmat-Nya dan agar kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) dan agar kamu dapat mencari sebahagian dari kurnianya agar kamu bersyukur.

(Ar-Rum : 46)

Tatkala saya sedang mengemaskini thesis yang telah diperiksa oleh pemeriksa thesis, fikiran ligat memikirkan keadaan di Myanmar dan Syria. Apalah agaknya yang mereka sedang lakukan dan hadapi saat ini. Lantas Al-Quran dicapai. Hati berbunga-bunga dengan petunjuk Allah yang satu ini. Yakin bahawa mereka yang terpilih untuk berjuang dengan rejim yang tidak berperikemanusiaan akan tumbang akhirnya. Mereka syahid di jalan Allah. Haruman syurga pasti akan dapat dicium. Apalah ertinya hidup tanpa iman dan kasih sayang Allah.

Hampir setiap hari ada sahaja umat Islam yang mati. Sudah beribu-ribu malah mungkin hampir mencecah puluhan ribu. Ya Allah. Engkau Yang Lebih Mengetahui. Kadang-kadang rasa seperti mahu berhenti buat semua perkara. Mahu ke sana. Bosan dengan politik jijik dan kotor tanah air. Bosan dengan pemimpin yang bermuka-muka dan bermewah-mewah.

Sahabat-sahabat, usah leka dengan dunia kita. Di sini kita menjamah makanan yang enak-enak, senyum dan bergelak ketawa, sibuk dengan dunia sementara, tetapi peruntukkan sedikit waktu untuk kita mendoakan mereka, peruntukkan waktu untuk munajat kepada-Nya, waktu untuk kita bermuhasabah.

Syria, Myanmar, Palestin, Selatan Thailand kami bersamamu bersatu di dalam doa. Tidak banyak yang mampu dilakukan. Teruskan berdoa dan sebarkan maklumat-maklumat yang berkaitan agar orang lain tahu dan cakna dengan isu besar yang melanda umat Islam saat ini.

Ihzimhum wansurna 'alaihim!


Peringatan yang paling dekat adalah buat diri yang menulis. Ini saksi di Padang Masyar kelak. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan kalian semua!



Wednesday, June 6, 2012

Pasca peperiksaan





 Anak kecil yang tiada noda. Seronok kan? (Comel gak abang den, tapi time kecil la.haha)



Ketika mula menerima wahyu, Baginda resah gelisah. Masakan tidak, satu amanah besar akan terbeban di bahunya. Di bahu yang cukup mulia. Bergembiralah para sahabat yang dapat bersama-sama dengan Rasulullah, berjuang bersama Baginda, makan dan tidur bersama-sama. Apalah ertinya kita sebagai seorang hamba, seorang sahabat dan seorang khalifatullah. Apa yang sudah saya sumbangkan untuk agama mulia ini? Tanya soalan itu pada diri kita. Layakkah syafaat Baginda buat diri kita?Allahu Allah…

Kelegaan sedikit menjengah kehidupan saat ini. Usai kertas terakhir semalam saya terus mengucap panjang tatkala melangkah keluar daripada dewan. Astargfirullah.Bimbang, takut dan gembira bercampur menjadi satu. Apakah ilmu selama ini benar-benar saya rasai dan apakah benar-benar ibrah dikutip. Mudah-mudahan. Jika tidak sebanyak para ilmuwan Islam, paling kurang ada ilmu yang sampai ke jiwa dan merasai kebesaran Allah sebagai Tuhan yang menciptakan sekecil-kecil zarah sehingga ke sebesar-besar langit dan Bumi. Subhanallah.

Perbincangan petang tadi bersama seorang sahabat sedikit sebanyak mengingatkan kembali diri yang kadang-kadang alpa. Alpa dengan niat. Kerana niat itu tunjang dalam setiap amalan. Sesuai dengan hadis pertama yang disusun oleh Imam Nawawi dalam hadis 40.

Detik dan saat ini, terngiang-ngiang kata-kata Prof Razali Nawawi, antara sosok seorang pejuang yang sangat saya kagumi kata-kata dan tindakannya.

“Transform pemikiran kita, tindakan kita, pakaian kita, kata-kata kita, jadikan Allah sebagai tempat rujukan dalam segala hal, selalu bertanya pada Allah, isthikarah, adakah apa yang kita buat betul atau tidak”

Kata-kata ini tersimpan rapi di dalam pemikiran saya. Bukan itu sahaja, gaya penyampaian beliau juga masih saya ingat. Terima kasih Allah sebab selalu hadirkan insan-insan yang punya pengalaman-pengalaman berharga. Pernah saya kongsikan bersama sahabat-sahabat lain. Tetapi tidak pasti sejauh mana kata-kata yang kita sampaikan ada sahabat-sahabat yang ingat dan buat tindakan. Semacam perintah Allah kepada hamba-Nya, lalu hamba-Nya terus terpukul dengan teguran lantas terus bertindak. Indahnya!

Sedikit coretan pasca kertas akhir semester yang indah ini. Semester-semester yang pasti akan dirindui. Ada buah tangan untuk sahabat-sahabat yang selalu melawat blog ini. Nanti saya ‘bagi”. InsyaAllah.

Doakan saya dapat bentangkan Projek Tahun Akhir dengan baik ya. Doa kalian sangat dibutuhkan (tetiba Indon)^_^.


Thursday, May 24, 2012

Fatrah imtihan



Alhamdulillah pejam celik pejam celik kini sudah menjengah ke semester terakhir. InsyaAllah. Bakal menamatkan pengajian di Taman Ilmu dan Budi yang saya cintai ini. Saya akan merindui UIA Kuantan! Sungguh!

Dan sekarang fatrah imtihan tiba lagi. Bak kata adik junior, masing-masing duduk bawah "tempurung kelapa", junior yang seorang lagi menggelar "kepompong". Saya pula menggelarnya sebagai "bilik". Sejujurnya saya lebih selesa untuk mengulangkaji di bilik sahaja. 

Saya suka mengatakan bahawa minggu peperiksaan ada yang membuatkan kita lebih dekat dengan Allah dan juga sebaliknya. Bagaimana dikatakan kita lebih taqarub ilallah?

Pertama, kita sentiasa jaga ibadah kita. Hakikatnya bila-bila masa. Solat di awal waktu, kerap membaca Quran. Tambah-tambah sudah penat menelaah bertukar kepada membaca sekeping dua muka surat dan cuba hayati makna yang Allah ingin sampaikan pada kita pada saat itu.

Tidur seawal jam 11, lagi awal lebih baik. Kemudian pelajar boleh bangun tahajud sebelum meneruskan ulangkaji. Semua maklum, solat 2 rakaat di sepertiga malam mempunyai banyak rahsia yang di mana Allah sahaja yang mengetahuinya. Hikmahnya sangat besar tambahan dalam kehidupan seorang penuntut ilmu (Tolibul 'ilm).

Sewaktu menghadiri talaqqi Ustaz Uwais, beliau mengingatkan agar kita sebagai penuntut ilmu ini kerap berdoa agar dijauhkan dari sikap lemah, lembik dan malas. Doa yang kita selalu baca dalam Mathurat. Tambahan lagi antara amalan ulama' selepas solat (sebelum membaca doa), yakni sewaktu menyapu muka selepas salam kedua. Diletakkan tangan di atas kepala sambil membaca Ya Qawwiy (Wahai Yang Maha Gagh/kuatkan ingatanku) sebanyak 11 kali. Boleh dibaca usai solat Subuh dan Maghrib.

Semoga Allah memberi kita kefahaman. Mudah-mudahan apa sahaja pekerjaan kita yang dipermudahkan-Nya akan membuatkan kita lebih bersyukur dan dekat dengan-Nya. Kan Allah itu dekat dan penuh kasih sayang. Petik lagu Opick jap^_^

Memang kita ini tidak lari dari exam oriented. Belajar sebab nak jawab peperiksaan. Tetapi dalam budaya ini banyak perkara yang kita belajar sebab ilmu itu ilmu Allah dan banyak kaitannya dengan kehidupan kita sekarang. Walaupun exam oriented semuanya terpulang pada kita akhirnya. Transformasi fikiran kita dan watak kita dalam menjadikan ilmu itu benar-benar sampai maknanya kepada diri kita.

Allahumma ja'alna minan najiihin wal faaizin wal muta'aziin fil imtihan fii kulli madah fid din fid dunya wal aaahiroh. Ameen Ya Rabb!

Three more papers to go before FYP presentation. Chaiyok2!


Wednesday, May 16, 2012

Acknowledgement




Macam pelik je gambar sarung tangan di atas. Tetapi sarung tangan itu banyak memberi jasa kepada saya sepanjang Projek Tahun Akhir berlangsung. Semenjak berpengalaman digigit tikus sewaktu hendak mengadministrasi tikus dengan rawatan, jari yang berdekatan dengan mulut Cik Tikus ini telah digigit.

Trauma sekejap. Tidak boleh lama-lama nanti tak berjalan kerja. Huhu. Kemudian muncul idea pakai sarung tangan tebal ini sebelum memakai glove. Terima kasih Allah sebab bagi kekuatan berkomunikasi dengan makhlukmu ini. Tikus yang sememangnya cuba untuk dijauhi sewaktu kelas Farmakologi dahulu. Dan macam tidak percaya saya berhadapan dengan tikus. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Banyak benda belajar. Nantilah buat entri mengenai FYP.

Here's my dedication to whom it may concern.

First and foremost, I would like to express my highest gratitude to Allah s.w.t because of His love and blessings I am able to complete my thesis within the given time.  Not to forget, millions of thanks to my supervisor, Prof. Dr. Ridzwan Hashim for his continuous support, motivation, enthusiasm, and immense knowledge.  Without his guidance and moral support I am not able to finish my final year project and all the knowledge shared would be most appreciated.  Besides my supervisor, deepest thanks to all my friends under the supervision of Prof. Dr. Ridzwan b. Hashim, especially Wan Najihah Wan Hassan and Hanani Mohammadiah for volunteered their time to help me in my final year project. Without their sincere help, I am not able to handle it by myself.  Special thanks to all staffs of Kuliyyah of Allied Health Science, medical laboratory technicians and the lecturers for the space given, valuable information, suggestions and guidance which were very useful for the preparation and completion of my final year project as well as the thesis. This appreciation is also for my parents, family, special mate and others for their encouragement and words of motivation from the beginning until the end.  May Allah reward all of them with His blessings in this world and hereafter.  InsyaAllah.  Last but not least, great thanks to Kuliyyah of Science, International Islamic University Malaysia for giving me the chance to get involved in this great moment of final year project. 

Selamat membentang semua dan ma'at taufik wan najah fil imtihan. Semoga Allah berkati.


Thursday, May 10, 2012

Kenang daku dalam doamu

Saya suka menatap gambar TGNA berdoa. Jelas terpancar keihklasan dan tawadhuknya beliau. Oh ye, walaupun saya ini bukanlah sesiapa untuk menilai ikhlasnya seseorang kerana ikhlas itu urusan Allah, tetapi saya tetap mengatakan sedemikian. Hati ini yakin bahawa beliau mahukan yang terbaik untuk ummat ini dan Islam akan kembali gemilang. Ya, itu janji Allah buat ummat ini. Keyakinan ini sama-sama kita sandarkan hanya pada-Nya. Tetapi persoalannya adakah kita mahu melihat sahaja atau sama-sama di bahagian saff hadapan?

"Ct, tolong doakan saya rajin..hoho"

Saya tersenyum mendapat mesej ini.

"Ct kena doakan ayu dapat 4 flat, kahwin cepat..erm apa lagi ek"

Sekali lagi saya tersengih mendengar kata-kata rakan yang seorang ini.

Buat sahabat-sahabat yang mendoakan saya tanpa pengetahuan saya, terima kasih saya ucapkan. Barangkali kejayaan saya, kebolehan saya melakukan sesuatu dan kemudahan dalam segala urusan dunia adalah berkat doa yang ikhlas oleh guru-guru, ibu bapa, adik-adik, abang-abang dan sahabat-sahabat. Subhanallah. Hebat kuasa doa kan? 

Maka, teruskan berdoa dengan dipasakkan niat yang ikhlas lillahita'ala. Sedih andai apa yang kita buat tidak mendapat redha Allah, bimbang kalau-kalau redha manusia yang sebenarnya dicari tetapi bukan redha Allah. Nauzubillah. Mohon jauh sejauh-jauhnya. 

Sahabat-sahabat tolong doakan saya jadi hamba Allah yang baik, jadi anak, adik dan kakak yang taat pada kedua ibu bapa dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Bertudung litup bukan jaminan seseorang itu baik. Menyampaikan kata-kata yang indah juga bukan jaminannya. Hakikatnya Allah yang lebih Mengetahui. 

Jom sama-sama doa Islam akan kembali tertegak di dalam negara kita. Tapi, ingat bina Islam di dalam diri kita dahulu. Doa Allah beri kita kekuatan hadapi suasana dunia yang penuh dengan fitnah (ujian). It will never end. Selagi belum kiamat ianya akan berterusan. Just smile and proceed your job as His servant and caliph. Life is not that easy. Life needs you to sacrifice something that you loved most. Life is a journey towards the eternal destination. AKHIRAT.

Oh Allah, I am really waiting for your call. Perkenankanlah.