Thursday, May 3, 2012

Love to quote




Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya diri-Mu yang bertakhta

Rapuh by Opick


Penyejuk hati



Habib Ali Al-Jufri dengan guru beliau Habib Umar bin Hafidz. Semoga Allah mempertemukan saya dan kita semua dengan dua orang tokoh ulama keturunan Nabi ini. Cemburu apabila ada yang dapat mencium tangan beliau. Bagi wanita, mendengar mutiara kata dan menatap wajah mereka sudah cukup. Mendengar kuliah-kuliah mereka sudah cukup "mengetuk" pintu hati walaupun hanya mendengar dan melihat hanya melalui alam maya. Pulang ke rumah hujung minggu lepas sempat menonton CD kuliah dari Habib Umar, terima kasih Abah sebab beli!:)

Hidayah Allah itu ibarat ketukan pintu berulang-ulang kali. Tinggal lagi untuk kita mahu membukanya atau tidak. Berbahagialah hati yang sentiasa diketuk. Habib Ali berpesan bahawa jiwa remaja mudah sekali lemah, tetapi jika dia berubah setelah berbuat kesilapan atau maksiat itu menandakan masih ada iman di dalam hatinya dan perlu bersyukur bahawa Allah masih sayangkan kita. Alhamdulillah. 

Semalam saya ditanya oleh seorang adik;

"Kak, pada pendapat akak la kan, camne nak maintain mood alim kite ni x laa berada dalam suasana pembelajaran Islam or subjek islamik n institusi pengajian Islam..senang cite macam sy laa kan, belajar medik kat institut yang langsung xde pengajian Islam sebagai sujek..cmne ye??"

Mengenali adik ini sewaktu berpraktikal di Hospital Tuanku Jaafar Seremban tahun lepas. Gelaran ustazah diberinya pada saya dan kawan-kawannya yang lain turut mengikut. Saya fikir mereka hanya memandang pada tudung. Biarlah mereka beranggapan sedemikian. Mudah-mudahan akhlaq dan jiwa saya akan menjadi seperti gelaran tersebut.

Alhamdulilah, dia banyak bertanya mengenai perkara-perkara agama. Saya hanya membantu mana yang mampu. Tidak beberapa lama selepas berpraktikal, adik ini putus cinta dengan kekasihnya yang belajar di UIA Gombak. Dan alhamdulillah selepas itu saya memintanya untuk menyertai kumpulan usrah yang ada di tempat belajarnya. Dia berjinak-jinak, dan kini banyak perubahannya. Subhanallah. Terima kasih Allah.

Soalan-soalannya sudah banyak berubah. Daripada soalan-soalan yang nakal dan pelik kepada soalan-soalan yang lebih bagus. Antara soalan terbaru daripada dia adalah seperti di atas. Syukur tidak terhingga kepada Allah azza wa jalla atas nikmat yang satu ini. Semoga kamu terus istiqamah. Ameen Ya Rabb.

Bagaimana dengan diri saya dan kita yang sememangnya sudah punya usrah. Yang sudah ada sedikit kefahaman. Sejujurnya banyak lagi yang perlu diperbaiki. Allah tidak pernah membiarkan kita. Hampir setiap hari ada sahaja modul dari Dia. Andai kita terlanggar atau tersepak batu cuba kita check semula. Apa yang telah kita lakukan atau fikirkan sebelum itu. Serius, Allah kerap menegur kita. Jadi, syukur itu perlu kerana dia tidak mahu kita berlama-lama dalam dosa.

Siapa kata hidup ini banyak kesusahan. Banyak kemudahan dan kesenangan sebenarnya. Bahagian yang susah itu hanya sedikit. Sangat sedikit. Pastinya impian kita tergolong dalam golongan sedikit yang disebut Allah di dalam AL-Quran. 




"Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah adalah ulama"
(Al-Fatir:28)


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bantu kami untuk mengingati-Mu, bersyukur akan nikmat-Mu, dan bantu kami memperbaiki amal kami.

Wednesday, May 2, 2012

No words


Manik-manik putih jatuh berderai
Sang hati bergetar
Berdegup kencang
Ya Allah Ya Rahman
Aku bukanlah hamba-Mu yang terbaik
Tetapi aku cuba menjadi yang terbaik
Tiada kata yang terlafaz
Hanya istighfar berpanjangan
Amanah...
Perlukan pengorbanan
Perlukan muhasabah diiringi mujahadah
Sahabat-sahabat penguat jiwa
Diiringi zikir dan doa
Harapan hanya satu
Mabuk dalam cinta-Nya
Kata-kata buat diri
Jika seronok berselawat
Jika seronok berqasidah
Adakah kita sudah seronok dengan sunnah Nabi yang terbesar?
Doa diratibkan agar terus istiqamah
Bersyukur
Dikurniakan sekeping hati
Hati yang mempunyai sekelumit rasa buat ummat
Secebis rasa buat yang memerlukan
Alhamdulillah
Ya Rabbul Izzati
Jadikan kami golongan yang sedikit itu
Tetapkan iman kami
Kuatkan hati kami
Mantapkan iman di dada kami Ya Allah
Hasbunallah wa ni'mal wakeel



Wednesday, April 25, 2012

Akak sayang abang









Dua hari lepas Adam berpesan;


" Kak Chiti, nanti belikan abang cholet (baca: coklat) yang haritu kak chiti beli boleh tak? Cholet kacang"...Comel betul abang nie.


Rupa-rupanya dia ada pesan pada adik yang lagi satu juga memandangkan dia tahu kami akan pulang ke rumah pada hujung minggu ini. Abang! Akak sayang abang angat-angat (baca: sangat-sangat). Habis semua orang ikut bahasa Adam.


Seperti biasa kalau kakak-kakaknya bercuti dia pun akan turut "bercuti" sekolah. Bertuah abang Adam ni.


Semoga membesar jadi anak soleh, hafiz Quran mudah-mudahan. Yang penting jadi manusia yang berguna untuk ummat dan agama. InsyaAllah, mak abah kita sama-sama doa ye.


Tidak sabar nak balik, peluk dan cubit pipi abang. Biiznillah.

Thursday, April 19, 2012

Rabbi yassir wala tu'assir


Thesis. Assignment. Kelas. Presentation. Usrah. Program. Kebajikan. Taubat. Ikhlas. Jujur. Displin. Menjaga waktu. Sabar. Sahabat. Mujahadah. Keluarga. Doa. Amal. Kerja. Master. Rindu. Ibadah. Pengurusan. Hati. Teliti. Mawaddah. Bersangka baik. Kiamat. PRU. Dunia. Akhirat. Syria. Syahid. Jihad. Qasidah. Zikir. Khusyuk.

Semoga Allah pimpin setiap urusan. Wahai diri, perbaiki niat, perbaiki akhlak, perbaiki amal, perbaiki hubungan horizontal dan vertikal.

Banyak perkara berlaku dalam dunia hari ini. Tidak lain dan tidak bukan untuk Allah menguji siapakah di antara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman. Siapakah yang benar-benar lepas akan ujian-Nya dengan jayanya.

Wahai diri, usah tertipu dengan dunia. Kerana dunia ini hanya persinggahan buat mengutip bekalan-bekalan akhirat. Be qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada), be a good servant. InsyaAllah keep on praying. Allah is always there for us.

Semalam terdengar seorang rakan berkata;

"Hari-hari bangun pening kepala (sebab banyak benda nak buat)"


Semoga Allah mengurniakan petunjukNya kepadamu kawan. Saya hanya mampu berdiam diri sambil berkata-kata di dalam hati. Sungguh sehingga bila saya sendiri mahu berperanan menyedarkan rakan-rakan bahawa kita ini berada di dalam zon yang sangat selesa.

Adakah benar kita ini ansorullah? Atau kita ini orang yang jenis sukakan perubahan tetapi tidak bertindak atau juga yang sukakan perubahan dan bertindak atau tidak mempunyai kedua-duanya sekali? Jom tanya pada diri kita.

Ok. Jom sambung buat assignment. Sikit je lagi^_^.Seronok update blog. Bagi peringatan pada diri sendiri. Ini juga saksi buat saya di akhirat nanti. T_T


Wednesday, April 18, 2012

Terima kasih Allah


Perkampungan Menara Gading Negeri Sembilan 2012
13 - 15 April 2012
UITM Beting, Kuala Pilah

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Hanya Allah yang tahu betapa saya cukup bersyukur, terharu dan gembira kerana program ini telah berjaya dilaksanakan dengan tenaga kerja yang sedikit dan dugaan yang cukup banyak juga sebelum berlangsungnya program ini. Namun sahabat-sahabat sangat kuat dan itu juga menambahkan lagi kekuatan saya. Semoga adik-adik ini bakal mencorakkan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Mungkin bukan pada zaman kita Islam kembali gemilang, mungkin pada zaman adik-adik ini atau anak-anak kita nanti insyaAllah. Saya juga mengharapkan agar kelak jika punya anak akan ada insan-insan yang membimbing anak-anak saya melalui program-program sebegini. InsyaAllah.

Contoh mudah kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menakhluk kota Konstantinople. 800 tahun kemudian barulah hadis Nabi menjadi kenyataan. Jangan pernah putus asa. Semoga usaha kecil ini mendapat nilaian di sisi Allah s.w.t.

Terima kasih kepada Kak Atiqah dan Abang Fezal terutamanya. Dan tidak saya lupai barisan fasilitator, komiti dan kepada merek ayang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Hanya Allah jua yang mampu membalas kebaikan kalian. Barakallahulakum.


Semoga Allah tetapkan hati-hati kami di jalan ini. Kekalkan kemesraan hati-hati ini dan hidupsuburkan hati ini dengan cahaya iman yang tidak pernah kunjung malap. Ameen Ya Rabb!

Terima kasih Allah untuk sebuah anugerah.

Memetik kata-kata seorang tetamu jemputan,

" Bersyukurlah jika anda pandai dan mampu ke manara gading walaupun mak ayah kita tidak belajar tinggi, kerana otak kita ini adalah gabungan otak mak dan ayah kita yang melahirkan kita"

Allahu Allah. Benar sekali!

Terima kasih mak, terima kasih abah. Tanpa kasih sayang Allah tidak mungkin kita dapat mengecapi nikmat-nikmat yang tidak henti-henti. Lafazkan syukurmu.




Tuesday, April 10, 2012

Hadiah ke anugerah?


Gambar di atas adalah sewaktu majlis Mawlid di Yayasan Sofa. Allah tunda impian saya mahu bertemu dengan para masyaikh tercinta. Langkah itu sudah hampir tetapi Allah punya aturan untuk saya. Cemburu, sedih. Tetapi saya akan tetap terus berdoa agar Allah bawa saya ke jalan itu. Habib Ali Al-Jufri sosok tubuh seorang pendakwah yang juga ahlulbait yang kalamnya sering mengingatkan saya supaya mencintai Allah dan Rasulullah. Subhanallah. Jika mahu dihitung cinta kita kepada Nabi tidak cukup sekadar dengan kata-kata. Sudah cukup tersentuh atau bergetarkah hati ini sekiranya nama Muhammad s.a.w itu diucapkan? Allah...T_T

Alhamdulillah. Manusia hebat merancang macam mana sekalipun, jika Allah tidak izinkan tidak akan jadi. Sebab itulah selagi sesuatu perkara itu belum terjadi saya masih tidak berasa gembira dan tidak meletakkan harapan yang terlampau tinggi kerana saya bimbang perancangan itu tidak sama dengan perancangan Allah dan bimbang sekiranya saya sudah tidak ada lagi di muka Bumi Allah. Maafkan saya. Allah knows what is the best for His servant. Kita ingat benda tersebut baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak.

So, kita ala kadar dalam segala hal tapi kita tetap usaha dan menuju ke arah itu ok? InsyaAllah. Yang penting jangan sekali-kali meletakkan harapan kepada manusia, kerana manusia itu hanya akan mengecewakan tetapi tidak Allah, kerana Dia sentiasa bersama kita walaupun kita ini jarang sekali mengingati-Nya!

Last but not least, rajin-rajinkanlah diri kita hadir ke majlis-majlis ilmu, moga-moga bertambah iman kita walaupun iman manusia macam kita ini terletak di tempat paling bawah sekali berbanding dengan iman para Nabi dan malaikat. Sama-sama cintakan Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya, moga cinta ALlah ini membawa kita kepada cinta manusia yang mencintai Allah dan Rasul-Nya. Mudah-mudahan.

I was just flashing back my mind on what Habib Ali Zainal Abidin had said during UIAM Kuantan Berselawat. Katanya hadiah boleh lagi hendak dibalas kalau orang bagi, tetapi bagaimana dengan anugerah? Anugerah itu sesuatu yang luar biasa kurniaan Allah dan tidak sama dengan hadiah. Selamat berfikir!^_^


Ya Allah Ya Rahman YA Rahim, kurniakanlah aku cinta kepadaMu dan cinta kepada orang-orang yang mencintaiMu.Ameen Ya Rabb!