Thursday, March 22, 2012

He who cures



+





=





Minggu lepas mengalami demam biasa tetapi membuatkan diri tidak selesa. Dari melepek atas katil gagahkan juga diri lawan rasa lemah. Tahan dulu daripada mengadu dekat mak^_^.Bagi support pada badan dan jangan nak bermanja-manja. Exam is just around the corner jadi kesihatan kena molek, nanti ibadah pun senang. insyaAllah.Dan Alhamdulillah hari ke 3 semakin baik. Terima kasih Allah. Terima kasih Madu Manuka. Terima kasih Green Tea.

Saya teringat sewaktu berada di Tahun Pertama di Kuantan. Kelas Sr. Wahida. Beliau sekarang sudah ada title Madam. Sewaktu kelas Epidemiology dahulu Madam ada mengingatkan kami agar tidak mengambil sebarang ubat sekiranya demam. Cuba sedaya upaya minum air banyak-banyak atau boleh makan apa-apa makanan tambahan.

Sejak berada di Kampus Kuantan dan dapat bermacam-macam ilmu termasuklah side effects cause by synthetic drugs dan yang sewaktu dengannya. Jadi saya mula membaca tetapi hanya melalui artikel-artikel di internet dan Google Books. Dan ditambah pula dengan perancangan Yahudi dan bermacam-macam lagi yang memeningkan kepala. Dan sejak itulah saya mula semaikan perkara yang sama pada keluarga.

Pernah suatu ketika adik demam tetapi saya menghalangnya ke klinik pada waktu itu. Saya meminta adik untuk ambil Vitamin C dan madu. Walau apa pun caranya, sekiranya terdesak dan memerlukan modern medication just go for it. Saya juga jika terdesak pasti akan berjumpa doktor untuk segera baik dari masalah pernafasan.

Allah yang memberi sakit. Bukankah sakit itu kifarah dosa. Sewaktu sakit la banyak pujuk diri supaya sabar. Allah nak kurangkan sikit dosa. Allah nak uji. Sungguh saya ini tidak mampu menandingi sahabat-sahabat Nabi yang berdarah seluruh badan tetap mara berjuang. Allahu Allah.

Ibrah untuk diri sendiri:

1. Kalau sakit mengadu pada Allah bukan pada manusia. Utamakan Allah baru manusia
2. Pujuk diri supaya banyakkan sabar jika diuji dengan kesakitan. Pasti banyak pahalanya!
3. Sihat untuk ibadah
4. Jagalah kesihatan hebat macam mana pun, kalau dah takdir Allah nak bagi sakit, pasti akan sakit juga
5. Apa-apa niatkan lillahita'ala


"And when I am ill, it is He who cures me"

(Ash-Syu'ara: 80)


Hari ini 22 Mac



Sheikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin adalah nama yang cukup besar dalam perjuangan jihad di jalan Allah. Terutama mempertahankan Palestin – bumi suci ketiga umat Islam. Beliau umpama pahlawan Islam silam.

Moga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

Sheikh Ahmad Yassin syahid pada 22 Mac 2004, tarikh yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa juga terutama rakyat Palestin.

Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel.

Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.

Tindakan Israel itu memang cukup kejam kerana pemimpin Palestin itu hanya seorang tua yang lumpuh dan lemah. Pergerakannya hanya menggunakan kerusi roda selain mengalami pelbagai lagi keuzuran. Namun, pada Israel beliau dilihat sebagai ancaman kepada rejim zionis itu dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun.

Mengenang kembali peristiwa pembunuhan terkutuk itu, pasti ada yang mengalir air mata. Bagaimanapun, siapakah yang lebih mengalirkan air matanya setiap kali nama tokoh pejuang suci Islam ini disebut-sebut?

[Jom baca lagi]

Thursday, March 15, 2012

Mahabbah ilallah


Alhamdulillah masih bernafas. Terima kasih Allah yang acap kali memberi peluang kepada diri. Jalan ketakwaan dan kefasikan. Hanya pilih. Lama sudah tidak mengemaskini laman ini. Mahu tetapi ditunda.

InsyaAllah dengan poster di atas saya nak ajak kamu, awak, dia, kita dan sesiapa sahaja sertai program di atas. Tidak sangka Yayasan Sofa jemput ulama-ulama hebat yang cukup memberi inspirasi dan memberi tempias cinta Allah dan Rasul hanya dengan ucapan mereka. Allahu Allah.

Mereka ini ibarat minyak wangi! Semoga impian menatap wajah para ulama ini secara dekat dan mendengar kalam-kalam indah dari mereka tercapai. Ameen Ya Rabb!!

Jom kawan-kawan kita daftar berkumpulan lebih dari 3 orang dapat murah:)

Jom! Hubungi saya kalau mahu pergi ya!

Apa pun majlis ilmu niatkan kita mahu pergi. Jika Allah memberi taufik-Nya insyaALlah kita dapat hadir. Senyum selalu bermanis muka agar orang gembira. InsyaAllah.^_^

Thursday, February 23, 2012

Palestin Asia Tenggara

For abah with love



Semoga sama-sama dapat manfaatnya. Syukran kathir sebab kebanyakan buku yang abah beli kami yang rembat:). Sekarang, rasa nak bagi abah buku ini. Tidak sabar untuk pulang dan hadiahkan buku ini untuk abah!


Ya Allah, kau kuatkanlah abahku ini dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup di dunia dan akhirat, tambahkan iman di dalam dirinya, kuatkannya untuk terus beramal ibadat dan membuat kebajikan, dan jadikanlah dia seorang suami dan ayah yang soleh, redhai dan berkatilah dia Ya Allah.

Allahumaa ameen.

Wednesday, February 15, 2012

Diktator dan London


Revolusi kebangkitan rakyat era baru telah menyaksikan penumbangan rejim-rejim diktator seperti Husni Mubarak, Ben Ali dan Muammar Ghadafi. Wayamkuruna wayamkurullah, wallahu khairul makirin! Menantikan episod seterusnya dengan doa. Teruskan menyebar kebenaran demi Islam. Sebarkan video-video yang berkaitan agar dapat mencetus tahu.

Hari ini pula berita yang paling menarik minat saya mengenai Kota London yang dibanjiri dengan Jemaah yang solat Jumaat. Subhanallah. Sesak dengan Jemaah sehingga tidak cukup ruang di dalam masjid. Ada ulama yang menafsirkan tanda kiamat seperti terbitnya matahari di sebelah Barat menandakan Islam akan muncul di Barat. ALlahu'alam.

Kebangkitan Islam di akhir Zaman. Allahu Yuhibbul Muhsinin!


Allahu Ghaffur