
Tuesday, July 13, 2010
You don't deserve A-

Tuesday, June 22, 2010
Mak Abah
Mak dan Abah.
Perasan atau pun tidak kita pasti akan menyebut perkataan emak dahulu kan? Tidak kisah kalian memanggil wanita yang melahirkan kalian dengan panggilan apa sekalipun, pasti kalian akan mengutamakannya dahulu.Mengapa?Adakah itu suatu fitrah yang Allah kurniakan?Bayi yang baru mula hendak bercakap pasti akan pandai sebut perkataan “mak” dahulu dan kemudian barulah perkataan “abah”.
Dari Abu Hurairah bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang lebih berhak kubaktikan dengan baik?” Rasul menjawab, “Ibumu”, jawab Rasul, “Lalu siapa lagi?”, “Ibumu”, jawab Rasul. “Kemudian siapa?” Rasul menjawab, “Ibumu,” Ia kembali bertanya, “Lantas siapa lagi?” Rasul menjawab, “Ayahmu”
(HR Bukhari Muslim)
Segalanya punya hikmah. Ya benar. Perasaan ibu lebih dekat dengan anak, ibu juga lebih tahu mengasuh, merawat dan mendidik anak. InsyaAllah. Betapa mulianya ibu. Dan entri ini bukan mahu berbicara mengenai ibu namun lebih kepada penghargaan diri buat mak dan abah, Allahu Rahman selayaknya memberi balasan kepada kalian kerana menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak seramai 11 orang yang sudah pasti punya seribu macam kerenah. Kadang-kadang jika adik yang paling kecil buat perangai, menyepah dan sebagainya pasti akan rasa geram juga. Nah, itu kan fitrah si kecil yang tidak mengerti apa-apa. Berlembut adalah jalan yang terbaik, namun perlu juga diselitkan ketegasan. Dapatkah saya menjadi seperti Hasan Al-Banna dalam mendidik anak-anaknya? Oh usah pergi jauh Rasulullah itu adalah contoh ikutan terbaik bukan?
Bagaimana mak dan abah membesarkan kami. Jarak kami dekat-dekat. Bila orang bertanya mereka akan tersenyum dan bangga. Alhamdulillah. Jika saya di tempat mak mampukah saya bersabar?Mampukah saya bertahan? Allah tidak akan membebankan seseorang dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Itu janjinya. Sudah pasti emak mampu. Subhanallah, mak abah, ketahuilah CT selalu mendoakan kalian agar ditempatkan di syurga Allah kelak, dipanjangkan umur dengan amal kebajikan dan amal ibadat. Mudah-mudahan. Harapan kalian menjadi ibu yang solehah dan bapa yang soleh buat anak-anakmu.
Dari sekecil-kecil keperluan hingga sebesar-besarnya kalian mahukan yang terbaik walaupun kadang-kadang diri berasa malu dan mahukan yang ala kadar sahaja. Sungguh, mak abah jasamu masyaAllah tidak dapat diri ini balas melainkan dengan kejayaan dan doa yang berterusan. Selagi kalian masih bernafas, diri akan terus berbakti dan menggembirakan kalian. Tanggungjawab sebagai seorang kakak sulung akan ku jalankan dengan penuh rasa tanggungjawab. InsyaAllah. Ya Allah pimpin daku.
Melihatkan masa yang berjalan begitu pantas sekali, membuatkan diri berasa takut kalau-kalau nyawa kalian bakal ditarik dalam waktu terdekat. Sudah bersediakah?Allahu Allah, biarpun sedar kematian itu bila-bila sahaja kan menjemput namun itulah rasa hina diri seorang hamba. Entah bagaimana agaknya dengan adik-adik yang ramai, Ya Allah kau pasti sudah tentukan yang terbaik buat kami, Hidup ini tidak dijadikan mudah masakan kita mahukan ianya mudah. Segalanya dalam aturan Yang Esa. Dia Maha Kuasa atas segala.
Anas, Amru, Nur, Hawa, Aina, Nabilah, Wais, Aiman, Dzakwan dan si kecil Adam. Oh kalian mewarnai hidup ini. Selalu sahaja terkenangkan kalian, satu-satu wajah di ingatan tatkala berjauhan, doa sentiasa ada buat kalian. Semoga semua anak-anak ini akan menjadi anak yang berguna buat agama dan ummat. Semakin dekat masa itu. Masa perpisahan kita semua. Bila dan di mana semuanya sudah tertulis di dalam Lauh Mahfuz. Antara sedia atau tidak.
Biar saat itu tiba, saya dan semua harus redha, ingat semua punya hikmah yang harus disemai dan dituai lantas disemat dalam jiwa agar terus mara melangkah demi sebuah kehidupan. Kehidupan yang dibebankan dengan tanggungjawab sebagai hamba jua khalifah. Bersyukur atas segala. Kita adalah antara ribuan sperma yang dipilih Allah yang kemudian bersatu dengan ovum dan kemudiannya menjadi sebaik-baik ciptaan demi melaksanakan tugas besar di muka Bumi Allah s.w.t. Jika terpilih sudah tentu kita sanggup memikul beban itu. Mudah-mudahan. Doa dan terus berdoa. Kami anak-anakmu ingin memohon restu, ampunkan dosa-dosa kami wahai emak wahai abah, jika ada sikap yang membuatkan kalian tersinggung atau terasa, astargfirullah. Semoga dapat bersatu beriringan di syurga Allah kelak. Satu harapan besar, hanya rahmat dan redha-Mu yang didamba.
"Dunia dipenuhi dengan hiasan, semua dan segala yang ada akan kembali pada-Nya"
Monday, June 21, 2010
Apa kabar imanmu?

Monday, June 14, 2010
Mesej bawah sedar World Cup 2010

Thursday, June 10, 2010
AYATA:Bertemu berpisah kerana-Nya
GPM mengambil langkah ke hadapan dengan melaksanakan Projek Mikro Finance untuk Selatan Thailand. Antara tujuannya membantu anak-anak yatim di Selatan Thailand. Mereka tidak mampu menjaga kebajikan semua oleh itu mereka mengambil langkah membantu sebahagian kecil masyarakat di sana. Peserta terdiri daripada 20 orang , dan di antaranya merupakan anak mangsa tragedi Tak Bai dan ada yang datang dari keluarga miskin. Mereka diiringi oleh seorang cikgu dari sana, Ustaz Zulkiflee Yusoh yang merupakan seorang pelajar Mekah yang sedang bercuti.
Menurut Cek Wan, masih terdapat inferiority complex (rasa hina diri) di dalam diri mereka. Penekanan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dilihat sebagai aspek penting yang ditekankan. Agak sukar jika ada orang luar yang mahu berkomunikasi dengan Bahasa Melayu biasa namun mereka tidak memahaminya. Anak-anak ini semuanya bertutur dalam loghat Kelantan. Sedikit sebanyak dapat juga saya belajar dan juga tidak lupa untuk belajar beberapa perkataan Siam daripada adik-adik ini. InsyaAllah, saya mendoakan mereka dapat menjadi pejuang agama dan ummat. Lebih-lebih lagi di negara mereka sendiri.
10 peserta terbaik akan dibawa untuk menyertai MOU, iaitu kemahiran membawa helikopter. Manakala bagi anak-anak yang malas belajar dan lebih suka bekerja di kedai-kedai mereka akan dipilih untuk diihantar ke pusat latihan di Selangor. Program ini adalah program kali ke-3 yang melibatkan anak-anak yatim di sana. Sebelum ini GPM pernah menghantar 2 orang wakil ke Thailand untuk program English Summer Camp di Yala, Thailand.
Bagi ibu-ibu AYATA pula mereka diajar cara-cara membuat kek dan roti. Di sana, mereka memanggil kek sebagai tepung. Jadi kalau anda ke Thailand dan mahu membil kek, jangan lupa memanggilnya tepung. Di sana juga, ajinomoto yang digunakan adalah 99.9% tidak diyakini kehalalannya.

Friday, June 4, 2010
Dengarlah sayang...
Wahai Wanita Solehah, Ini Pesanku
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه
Kelihatan ramai yang bergembira apabila diri bakal bergelar isteri. Kerana mereka mensyukuri nikmat ALLAH Subhanahu Wa Taalla atas kurniaan insan yang bergelar suami. Daripada status sendiri kini jiwa telah dimiliki. Mereka berasa bertuahnya diri berbanding sahabiah lain yang masih mencari.
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah Sallallahualaihi-Wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah wanita yang solehah.”
Dalam sebuah hadis daripada Rasulullah shallallahual aihi wasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)
Seorang Isteri yang solehah itu akan mengutamakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Segala tindak tanduknya pasti disandarkan kepada keredhaan Allah. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:
1. Mentaati suami yang soleh
Rumahtangga bahagia bukan ditunjangi oleh suami soleh, tetapi ia dipacu juga oleh isteri yang solehah. Perintah Allah dan Rasul akan menjadi autoriti disamping mencurahkan kesetiaan kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
[Surah An-Nisa’:34]
Isteri cerdik lagi solehah, di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, dia sentiasa menampakkan wajah manis dihadapan suami. Rahsia rumah tangga samada di dalam atau di luar rumah pasti dijaga rapi bagi menjaga aib suami.
Segala perintah suami pasti dituruti, asal sahaja baik arahannya. Segalanya dikerjakan dengan patuh kerana redha ALLAH Subhanahu Wa Taala. Bertambah kasih suami kepada si isteri, apabila isteri yang dinikahi baik budi.
Mulianya isteri diangkat juga dengan kelembutan bicaranya terhadap suami. Isteri tidak sesekali memberi perintah kepada suami, melainkan diucapkannya dengan nada mengharap suatu pertolongan sebagai simbol penghormatan. Manakala kepada suami, hak yang dimiliki bukan bererti memperhambakan isteri dalam urusan rumahtangga, tetapi ia dikongsi bersama.
Wanita yang bergelar isteri tidak pernah jatuh martabatnya dengan taat kepada suami. Ketaatan isteri solehah terhadap perintah suaminya hanya terletak kepada perkara yang tidak melanggar syarak. Isteri dibenarkan membantah arahan suami yang jelas melanggar syarak dan mendatangkan dosa.