Wednesday, May 27, 2009

Raja Terpilih Yang Dimaksudkan Rasulullah s.a.w

Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole. Pada ketika ini Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah pun berada di Kota Istanbul untuk menghadiri sambutan ulangtahun upacara yang amat bersejarah ini.Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Sunday, May 24, 2009

Antara 'vogue' dan istiqamah

Bismillahirrahmanirahim,

Syukran buat cik afzan ( rindu nak nyakat sahabat yg  sorang nie) sebab 'manganugerahkan' award ini.

Entah kenapa saya lihat ramai pula yang saling menghadiahkan award khas buat blog2 pilihan mereka, barangkali sebagai inspirasi untuk terus menulis. Buat sahabat2 teruskan istiqamah untuk berdakwah melalui medium ini. InsyaAllah, bagi tetamu yang inginkan sesuatu untuk santapan rohani mereka dan membaca tulisan sahabat2, pasti mereka akan menghargainya.

Buat diri saya juga, teruskan istiqamah. Dalam ibadat, amalan2 sunat dan lain-lain perkara yang baik yang kita buat dan kadang2 kita berasa begitu susah untuk meneruskannya. Teruskan bermujahadah demi melawan kawan kita yakni nafsu jahat..huhu

Berkawanlah dengan Al-Quran dan mengadulah padaNya, kerana dia adalah sebaik-baik Penolong bagi kita,hasbunallah wa ni'mal wakil... manusia kadang2 tidak mampu untuk menghulurkan bantuan, hanya sekadar menjadi pendengar setia. The Great listener is Him!

Tidak berniat untuk memilih siapakah yang bakal menerima award ini, tetapi cukuplah sekadar mengajak sahabat2 untuk terus istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang sahabat2 lakukan. Bukan susah nak senang...Tapi apa kaitan dengan istiqamah?Huhu....





Thursday, May 21, 2009

Menarik dan Tertarik


Cantik, menarik, tertarik, kau memang Da Bomb, huhu, ditujukan khas buat buku Dr.Danial, kulitnya sememangnya menarik perhatian si pembeli, isi-isi yang disajikan sangat menarik dan membuatkan saya begitu excited untuk menghabiskannya.Saya yang sememangnya minat buku-buku sebegini selain daripada buku-buku keagamaan, berasa teruja apabila dapat mengaitkan isi kandungan buku ini dengan apa yang telah dipelajari sepanjang bergelar pelajar tahun pertama Sains Bioperubatan.Seakan tidak percaya bahawa saya bakal melangkah ke semester pertama, tahun kedua pada 14 Julai 2009 ini.InsyaAllah.

Wednesday, May 20, 2009

Bidadari dari Timur



Sebuah catatan isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidup bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga di antara mereka. Novel ini tampil dengan nada yang tulus dan harmoni. Ia berkisah tentang hidup, kesetian, pengorbanan dan perjuangan. Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

Bidadari Dari Timur...
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi...

p/s: buat akhowat seperjuangan,beli la ye=)

Monday, May 18, 2009

Walimatul urus


Mewujudkan sebuah perkahwinan adalah merupakan satu langkah yang sangat murni dan sangat-sangat dituntut oleh agama yang fitrah. Perkahwinan atau ikatan pernikahan adalah sebuah sunnah yang mulia yang telah dilakukan oleh para Nabi dan Rasul serta generasi awal dan akhir yang mengikuti petunjuk mereka.

Perkahwinan adalah sebuah fitrah yang telah sedia ditanamkan ke dalam jiwa-jiwa manusia seluruhnya. Oleh sebab itu, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Ini tidaklah seperti mana yang berlaku kepada sebahagian agama seperti Kristian yang menggalakkan kerahiban, dan pertapaan para sami dari agama budha dan seumpamanya yang melarang perkahwinan. Malahan sebenarnya sebuah perkahwinan merupakan asas pembentukan sesebuah masyarakat yang harmoni. Dengan perkahwinan, jiwa-jiwa menjadi tenang, hati menjadi tenteram

Sunday, May 17, 2009

Ayuh Mengaji!

MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ [Siri 2] 
[
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H]


Anjuran


PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),

dan

Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


OBJEKTIF

  • Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
  • Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
  • Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
  • Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.


TEMA

Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.


TARIKH & TEMPAT

23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1430H di Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan


TENAGA PENGAJAR

Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi


SASARAN


Seramai 150 orang yang terdiri dari:

  • Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  • Orang Awam
  • Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang


YURAN

RM 15 [INDIVIDU]


MODUS OPERANDI

Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas.Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu 'Asakir (Aqidah Mursyidah). [DIJUAL PADA HARI KEJADIAN] 


(Talaqqi kitab/Pembentangan/)


Tentatif program dan pertanyaan


Tuesday, May 12, 2009

Emak wa Sahabat

Sebelum bertolak

CT: “Mak, ct nak ke UIA Gombak kul 3.30 ptg nie, ada perjumpaan batch malam nanti.”

Mak: “Ok, siap2, mak hantar sekali lepas jemput

 adik2”.

Di Terminal

Mak: “Tira dah sampai ke belum?Jangan tunggu kat tempat sebarangan, bahaya”.

CT: “Dah2…insyaAllah, mak jangan risau”.

[baca seterusnya]