Biz
bir ummatiz! (Salam satu ummat).
Heh,
rindu pula dengan adik-adik Thailand, belajar perkaatan ini semasa berprogram
dengan adik-adik anak yatim Tak Bai di Klang beberapa tahun yang lalu. Tidak
ingat pula tahun berapa. Semoga adik-adik membesar jadi anak yang berjaya dunia
akhirat. Amminn ya Rabb!
Memenuhi
beberapa permintaan, saya ingin bercerita serba sedikit pengalaman sepanjang mengandung
(Oh, masih tak percaya diri ini mengandung!). Kata seorang sahabat, biar apa
yang saya tulis dijadikan panduan buat bakal-bakal ibu di luar sana. Che wah,
macam tidak percaya pula saya tulis mengenai perkara ini, sebelum ini hanya
membaca di blog-blog ibu muda dan tua. Haha. Sempoi sahaja entri kali ini ya.
Apabila
disahkan hamil oleh saya sendiri (huhu) dengan UPT positive, ucapan syukur, dan
perasaan gembira menyelubungi diri. Dua kali saya melakukan UPT (Urine pregnancy
test) kerana sewaktu cukup teruja saya mengujinya pada waktu tengahari. Namun,
garisan pudar muncul dan untuk kali kedua dengan penuh yakin bahawa saya
mengandung pada saat itu saya melalukannya buat kali kedua sewaktu bangun tidur
sebelum Subuh.
Alhamdulillah,
garisan berwarna ungu agak pekat dari yang sebelum ini. Langkah berjaga-jaga
diambil supaya saya tidak terlampau lasak dek kerana usia kandungan yang masih
muda. Dapat dirasakan 5 minggu pertama badan sangat letih, asal pulang dari lab
pasti akan tumbang. Kadang-kadang selepas Isyak dan seawal jam 8 malam.
Akhirnya, Isyak jam 12 malam. Huhu. Untuk bakal ibu, perkara ini memang akan
dirasai, badan cepat letih dan pasti akan berasa sangat mengantuk.
Masuk
sahaja minggu ke-6, saya sudah mula rasa loya, mual dan pening. Satu pakej yang
cukup lengkap! Sememangnya menduga diri juga kerana duduk di office lab,
berdepan dengan komputer ditambah dengan rasa tidak selesa. Akhirnya, destinasi
saya adalah kolej, balik untuk melelapkan mata di pembaringan. Huhu. Minta maaf
doktor, sungguh saya tidak berdaya.
Minggu
ke 7 dan seterusnya hingga kandungan masuk 4 bulan lebih adalah waktu
“terbaik”!. Alahan mengandung yang dikenali sebagai morning sickness menjengah kehidupan saya. Pekerjaan saya hanya
terbaring di atas katil dan jika bertenaga hanya sebentar dan kembali semula
kepada asal. 3 bulan pertama yang agak mencabar. Hanya Allah yang tahu. Buat
suami yang menjaga dan juga keluarga, syukran kathir di atas perhatian kalian.
Sungguh benar-benar membuatkan saya lebih menghargai insan bernama mak. Doktor
memaklumkan bahawa alahan sebegini adalah sangat baik bagi ibu mengandung. Ini
menandakan badan kita memberi respon terhadap hormon yang dirembeskan bayi dan
ini menunjukkan bahawa bayi berkembang dengan baik di dalam rahim kita.
Subhanallah wa Alhamdulillah!!
Semua
makanan yang ditelan akan keluar kembali sehingga sampai suatu saat, darah akan
bercampur dengan muntah dan akhir sekali darah sahaja yang keluar. Saya tidak
terkejut kerana maklum dek kerana kerap muntah, tekak sudah luka. Dan telah
bertanya kepada seorang sahabat yang 3 bulan hanya terbaring di katil dan
muntah darah. Itu suatu tempoh yang lama. Baiknya Allah, wanita mengandung
ditambah-tambah pahalanya. Subhanallah!
Apabila
kandungan mencecah usia 4 bulan, barulah saya dan suami ke klinik untuk
pregnancy check-up. Saya memilih Klinik An-Nur bangi di atas sebab-sebab
tertentu dan sebab paling utama adalah kewajipan bagi seorang suami adalah
untuk mencarikan bidan wanita untuk si isteri! Tiada kompromi.
Alhamdulillah,
check-up menunjukkan bayi berkembang dengan baik dan sihat, keputusan darah di
bulan seterusnya juga menunjukkan Hemoglobin saya di paras yang baik iaitu 13.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Walaupun muntah teruk dan kuantiti makanan
yang masuk sangat sedikit dek kerana kerap muntah sehingga suatu tahap muntah
darah, namun little caliph tetap sihat di dalam, hebatnya Allah!!
Bagi
ibu-ibu yang muntah, jangan lupa untuk minum air walaupun akan muntah juga.
Cuba ambil air lain jika tidak mampu
menelan air kosong seperti saya. Sahabat menyarankan minum air sunquick
yang dibancuh very dilute dan letak sedikit glucose.
Alhamdulillah it works walaupun saya
akan muntah juga selepas itu. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa loya.
Lagi satu perkara penting, dalam tempoh morning
sickness, cuba cari makanan yang serasi dengan kita. Lain orang lain, ada
yang hanya mampu makan kentang goreng sahaja.
Saya
paling suka nasihat Syira supaya saya enjoy
dengan pregnancy saya. Pesanan itu
ditujukan sewaktu tempoh morning sickness.
Saya hanya berdoa agar semuanya berlalu dengan segera. Apabila Ramadhan
menjelang, saya cuba minuman Performance Drink
atas nasihat seorang sahabat yang juga sedang megandung. Hal ini adalah untuk
mengekalkan elektrolit dalam badan walaupun muntah, Alhamdulillah saya diberi
izin oleh Allah untuk berpuasa penuh. Muntah-muntah semakin hilang di
pertengahan Ramadhan. Syukru lillah!
Alhamdulillah
sekarang sudah mencecah 26 minggu kehamilan, lagi beberapa minggu untuk
ditempuhi. Dan alahan mengandung yang saya ada sehingga sekarang saya terima
seadanya, think positive dan ia akan hilang usai sahaja bersalin nanti. Rabbi
yassir walatu’assir rabbi tammim bil khair..Amiin Ya Allah! Tempoh berpantang
mungkin dapat membantu saya kembali kepada keadaan asal inshaAllah!
Sekarang
juga perlu selesaikan kerja-kerja di lab sebelum bulan 12, kerana diri sudah
merancang untuk writing di rumah selepas bersalin dan tidak perlu kembali ke
Johor. Niat untuk dekat dengan anak dan breastfeed anak 2 years and above
amiiin! Exsclusively! InshaAllah!
Buat
anak ummi yang kerap menendang ummi, terima kasih sebab sudi duduk dalam rahim
ummi. Terima kasih kepada yang menciptakan dan memeliharamu sepanjang kehamilan
ini. Betapa ummi dan ayah gembira dan bersyukur dengan kehadiranmu. 3 months to
go to meet you my little caliph.
InshaAllah
usaha jadi ummi terbaik, dan ayah juga sama perlu usaha ok!:)